Tuesday, November 30, 2010

Dr M: Malaysia tak perlu menara 100 tingkat

Nov 29, Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memberi amaran bahawa rancangan kerajaan bagi membina bangunan 100 tingkat Warisan Merdeka akan menyaksikan lebihan hartanah dan ruang npejabat yang kini sudahpun melanda Lembah Klang.

“Jika anda bertanya saya, kita belum memerlukan menara 100 tingkat itu,” kata Mahathir ketika menjawap soalan daripada hadirin pada persidangan "Revisiting Vision 2020" anjuran Institut Pemasaran Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.

"Saya lihat banyak papan tanda 'untuk dijual' dan 'untuk disewa' apabila saya bersiar-siar. Ini bermakna kita telah mempunyai bangunan yang mencukupi.

Sebelum ini, Mahathir menggesa kerajaan merujuk dengan rakyat berhubung projek Warisan Merdeka dan secara tidak langsung menyokongnya kerana berpendapat ia akan memberi kesan ekonomi yang positif.

Dalam nada yang sama, Mahathir berkata beliau mungkin mempunyai pandangan yang berat sebelah kerana Menara Berkembar Petronas adalah projek semasa pemerintahnnya dan beliau tidak mahu melihat rekodnya sebagai bangunan tertinggi di negara ini diatasi.

"Mereka boleh bina, tetapi bukan sekarang, mungkin kemudian... apabila saya tiada lagi,” katanya dalam nada bergurau.

Dubai merupakan contoh klasik tentang lebihan bangunan, katanya lagi ketika menjawab soalan lain daripada hadirin.

Menurut beliau, Jepun dan Hong Kong juga mengalami keadaan yang sama pada masa
lalu.

"Jepun masih belum pulih daripada keruntuhan ekonominya disebabkan oleh lebihan bangunan. Begitu juga Dubai dan apa yang terjadi di sana, boleh terjadi di mana-mana sahaja.

"Banyak orang beli dengan harapan harga akan naik dan mereka boleh menjualnya untuk mendapatkan keuntungan, tetapi ada kalanya harga melonjak terlalu tinggi hingga tidak boleh jual.

"Bila tidak boleh jual, kita tidak boleh bayar balik pinjaman yang kita ambil untuk beli harta itu. Bila perkara begini berlaku dengan meluas, bank-bank akan menjadi mangsa kerana tidak boleh dapat balik wang yang dipinjamkan," kata Mahathir.

Oleh itu, Malaysia perlu berhati-hati.

"Hari ini, kita nampak banyak kren di Kuala Lumpur dan seluruh negara, kita juga bina, tidaklah gila-gila, tetapi gila juga membina," katanya berjenaka.

Kembalikan Hak Rakyat


Kes Bunuh

Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my

KAJANG: Seorang lelaki warga Bangladesh ditemui mati dengan perut terburai selepas dipercayai ditikam di Sungai Tekali, Batu 14, Hulu Langat, di sini, semalam.

Mayat Azmol Hussain berusia 30-an ditemui dalam hutan bersebelahan sungai oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Sakaruddin Che Mood, berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 5.30 petang kelmarin daripada orang awam yang menyaksikan kejadian bunuh itu.

“Saksi mendakwa melihat seorang lelaki berlari sambil memegang perutnya. Saksi yang pelik melihat mangsa berlari mendapati dia dikejar sekumpulan empat lelaki yang menunggang tiga motosikal.

“Mungkin kerana takut, mangsa terjun dari jambatan kira-kira 100 meter berhampiran sungai itu. Saksi menghubungi polis sebelum sepasukan penyelamat dihantar ke tempat kejadian,” katanya pada sidang media di IPD Kajang, di sini, semalam.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian, polis mendapati tompokan darah pada permukaan jalan sebelum pasukan menyelamat menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

Difahamkan, mangsa yang mempunyai pasport dan permit kerja sah bekerja di sebuah kilang di Shah Alam.

“Akibat hujan lebat, operasi terpaksa dihentikan kira-kira jam 11 malam dan disambung semula jam 8 pagi tadi (semalam).

“Kira-kira jam 11 pagi, sepasukan polis menemui mayat mangsa dalam kawasan hutan kira-kira 100 meter dari tempat mangsa terjun,” katanya.

Sakaruddin berkata, berdasarkan siasatan mendapati mangsa masuk ke dalam hutan itu kerana mahu melarikan diri daripada suspek, namun maut kerana mengalami pendarahan serius.

Mangsa cedera di perut dengan kesan torehan pada sebelah kiri sehingga menyebabkan perutnya terburai. “Tiada unsur samun kerana dompet mangsa masih bersamanya. Berdasarkan penemuan permit kerja mangsa, polis menemui majikan, namun mangsa sudah dua tahun berhenti kerja dan bekerja di tempat lain,” katanya.

Polis tidak menolak kemungkinan dendam menjadi motif mangsa ditikam, namun siasatan lanjut masih dalam siasatan.

Menurutnya, saksi kejadian gagal mengenal pasti suspek ekoran tiada nombor plat pada motosikal ditunggang mereka ketika kejadian.

Sehingga kini, polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tuesday, November 23, 2010

Lim Guan Eng telan tanah Melayu Pulau Pinang?

Oleh Ustaz Saiful Bahri

Orang melayu di Pulau Pinang khususnya di Daerah Timur Laut hanya memiliki 1.16% pemilikan tanah berbanding dengan bangsa lain. Maklumat ini timbul setelah BN-UMNO tidak lagi memerintah Pulau Pinang.

Setelah PR-DAP memerintah Pulau Pinang hanya baru 2 tahun… zam-zam allakazam… fuhhh hilang semua tanah milik orang melayu

Siapa yang bersalah? Menurut Utusan Malaysia sebagai lidah rasmi UMNO bahawa penumpuan kaum Cina di kawasan bandar yang kini meliputi hampir seluruh daerah itu bermula sejak kedatangan Francis Light pada 1786 yang mana beliau bertanggungjawab membawa masuk banyak imigran dari China. Kesannya adalah apa yang dilihat sekarang iaitu daerah Timur Laut kini mempunyai penduduk majoriti Cina.

Francis Light yang salah pada tahun 1786. Dan kini DAP pulak yang salah! Pemimpin UMNO buat apa? Siapakah yang menandatangani dasar Jus Soli yang diperkenalkan oleh Malayan_Union meskipun ditolak oleh orang melayu dan Raja melayu? Siapakah yang memerintah Tanah Melayu? Siapa yang memimpin Malaysia? Siapakah yang menyerahkan 100% tanah Singapura ke Lee Kuan Yew? Siapakah yang memerintah Pulau Pinang sehingga tahun 2008?

Hakikatnya UMNO telah gagal dalam menjaga hak dan kepentingan bangsa melayu sendiri. Demi kepentingan kebendaan dan beralasan pembangunan, akhirnya bangsa melayu menjadi mangsa. Sudah lama pemimpin Pas berkempen tentang hal ini. Tetapi masyarakat buat pekak badak aje. Yang tinggal hanyalah boria Pualu Pinang dan orang tua bangsa melayu yang tidur diatas beca. Sebenarnya menurut statistik Penduduk negeri Pulau Pinang Bagi Tahun 2009 adalah 44.89 peratus penduduk bumiputera, manakala penduduk Cina sebanyak 44.27 peratus. Bukannya orang melayu makin sedikit tetapi kemampuan dan keupayaan bangsa melayu gagal dimartabatkan oleh pemimpin UMNO meskipun mempunyai kuasa dan memerintah hampir separuh abad.

Jangankan orang kampong, kakitangan yang bekerja kerajaan pun gagal untuk memiliki tanah di kawasan Timur Pulau Pinang itu. Bukankah sekarang ini kempen UMNO Malaysia sebagai Negara berpendapatan tinggi?

Sebenarnya Umno telah lama mengkhianati tanah orang melayu termasuklah peimpinan BN hatta di sabah dan Sarawak. Tanah Rizab Melayu diwartakan 3 juta hektar pada tahun 1957. Tapi setelah Akta Pengambilan Tanah dipinda oleh mereka (tahun 1991), apa jadi pada TRM. Tahun 1995 tinggal 1.7 juta hektar, merosot 44%. Antara contoh yang jelas; Kerpan (1993, 167 lot seluas 1000 ekar untuk ternakan udang yang tak menjadi), Mambau N9 1994 (930 hektar tanah milik 666 orang untuk pembangunan), Pantai Gelang 1990 (80 penduduk Langkawi diambil tanah untuk Pelangi Beach Resort) dll. TRM di KL, Ipoh, Melaka, Kuantan dan JB tidak sampai 10%. Siapakah sebenarnya yang kayaraya dalam proses pembangunan Tanah Rizab Melayu?. Mereka lebih gembira bila tanah yang ada dijadikan padang golf dan taman rekreasi umum daripada kepentingan rakyat jelata (739 ekar di Batu Gajah, Clearwater Sanctuary Resort dan Pulau Pangkor). Isu tanah bendang Tandop, Alor Star seluas 638.32 hektar diambil untuk perumahan dan perindustrian yang akhirnya dijual kepada bukan Melayu. Apajadi apabila di Langkawi melayu mamak Mahathir sudah mula "melelong"nya atas nama pembangunan? Masih punya tanahkah umat Melayu masa depan di pulau ini?

Bagaimana tanah orang melayu di Lembah Kelang? Isu Kampung Melayu yang tidak berkesudahan?

Singapura ketika dipisahkan dari Malaysia 1965 atas pertimbngan politik UMNO. Umno memberikan Singapura secara percuma kepada bangsa Cina. Sejak itu Melayu mula lenyap dari bumi yang dibuka Sang Nila Utama itu hingga akhirnya tanah sekangkang kera milik keturunan Sultan Hussein pun disapu bersih. Selepas itu akibat daripada kebodohan pemimpin UMNO Pulau Batu Putih terlepas lagi kepada Singapura. Pak Lah Badawi juga melepaskan Blok L & M yang kaya dengan minyak bernilai 320 billion diserahkan kepada Negara jiran Brunei.

Sebab itu UMNO ni kalau kalah barulah mereka sedar? Kalah di Pulau Pinang baru mereka kenal melayu dan barulah nak bela orang melayu. Sekarang ini mereka sedang menggadai tanah Iskandar di Johor Baru. Bila mereka sedar? Jika mereka kalah di Johor. Di Terengganu, apabila Pas memerintah pada tahun 1999 dibuka kembali permohonan tanah dan Pas berjaya mengeluarkan kelulusan kepada 70,000 rakyat Terengganu yang majoritinya bangsa melayu tetapi kenapa dibekukan kembali apabila UMNO berkuasa semula? Kenapa dibatalkan dan sebahagiannya dirampas tanah-tanah mereka? Kenapa tidak diberi geran kepada peneroka yang sudah sekian lama tinggal ditanah rancangan Felda sedangkan mereka sudah lama menyelesaikan hutang dan pinjaman Felda? Sedangkan syarikat-syarikat besar mudah diluluskan atas nama pembangunan beratus dan bahkan beribu hektar!

Inilah jenis dan baka pengkhianat bangsa melayu sebenar. Cara terbaik untuk mengajar UMNO hanyalah menjatuhkannya dalam Pru akan datang. Ketika itu rakyat jadi timun dan UmNO bukan lagi durian tetapi dah jadi tempoyak.

Kemeriahan Program Korban Perdana 2010 Parlimen Hulu Langat dan PAS Kawasan Hulu Langat di Kampung Sungai Kantan Sungai Tekali Hulu Langat

Sabtu 20hb November 2010 baru-baru ini telah diadakan program Korban Perdana 2010 anjuran Parlimen Hulu Langat. JKKK Kampung Sungai Tekali telah menjadi tuan rumah untuk edisi 1431H/2010 ini. Almamdulillah sambutan dari para penduduk sangat menggalakkan. Tiga ekor lembu korban telah ditumbangkan pada program ini. Selain dagingnya diagihkan kepada penduduk setempat kenduri makan tengah hari juga turut diadakan di sini.

Kepada semua yang terlibat tahniah khasnya kepada para pemuda-pemudi serta penduduk tempatan yang sudi memeriahkan program sekaligus memberi peluang pemimpin dan rakyat bertemu dan menghubungkan silaturrahim antara satu sama lain.

Jazakallahu Khairan Kathira kepada semua.


Sdr. Shahmior Kosim (Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Langat)


Kerja-kerja menumbang...


Sembelihan korban Sdr. Mohamad Jan Sulong (Pengarah MTD dan JPD Dusun Tua)


Sembelihan korban Sdr. Shahmior Kosim (Ketua DPPKHL)


Kemeriahan korban...




Kerja-kerja melapah

Tok Ismail (Pengerusi JKKK Nanding) turut membantu

Kaum ibu sibuk membantu kerja-kerja dapur

Sdr. Yaakob Lias (Bendahari MTD) menunjukkan kemahirannya membantu kerja-kerja di dapur


Tuan Haji Razaly Hassan (YDP PAS Kawasan Hulu Langat) membantu kerja-kerja mengedar daging korban kepada penduduk setempat

Tidak ketinggalan, Sdr. Mohamad Jan Sulong (Pengarah JPD Dusun Tua) serta Sdr. Shahmior Kosim (Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Langat)

Friday, November 19, 2010

Kemeriahan gotong-royong Korban Perdana 2010 di Masjid Al-Muttaqin Batu 16 Dusun Tua - Sedutan ucapan Pengarah MTD/JPD serta YB Dr Che Rosli

Tahniah kepada warga pimpinan Masjid Al-Muttaqin Batu 16 Dusun Tua dan ahli jemaah Kariah Dusun Tua yang telah berjaya mengadakan program Korban Perdana 2010 ini. Sebanyak 19 ekor lembu telah ditumbangkan yang juga merupakan satu jumlah yang besar bagi nisbah Kariah Dusun Tua ini.

Pihak MTD juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan takziah kepada Tuan Haji Fahmi Hasanudin Setiausaha Masjid atas pemergian ke Rahmatullah Bondanya yang tercinta. Semoga Allah mengurniakan kesabaran kepada anta sekeluarga.



Tuesday, November 16, 2010

Perutusan Aidiladha 1431H 2010 Pengarah MTD Dusun Tua Sdr Mohamad Jan ...



Sedikit tazkirah peringatan dalam menghadapi Hari Kebesaran Islam bersempena Hari Raya Aidiladha 1431H/2010. Semoga Semangat pengorbanan dan perjuangan para anbiya' dapat diteruskan oleh generasi terkemudian khasnya kita semua dalam usaha memburu redha Allah dan keselamatan di dunia dan akhirat sebagaimana istiqamahnya pejuang-pejuang terdahulu yang telah berjaya mendapat redha-NYA.

Salam pengorbanan buat semua penduduk dan warga pengundi DUN Dusun Tua.

Ikhlas dari warga pimpinan:

Majlis Tindakan DUN Dusun Tua

Parti Islam Semalaysia PAS


Monday, November 15, 2010

Ketua ARC Selangor meninggal dunia










Dalam kenangan......
Harakahdaily
SERDANG, 14 Nov:

Ketua Alternative Riding Club (ARC) Selangor, Firdaus Ibrahim meninggal dunia awal pagi tadi (Ahad) setelah terbabit dalam satu kemalangan motosikal malam tadi.

Kemalangan berlaku sewaktu Allahyarham bersama anaknya, dalam perjalanan pulang dari program Generasi Idaman Selangor (GeMS) anjuran kerajaan negeri di Hulu Langat.

Jenazah Allahyarham kini berada di hospital Sedang manakalah anaknya kini koma dan berada di hospital Kajang.

ARC adalah salah satu unit di bawah lajnah Sukan dan Kebudayaan (DACS) Dewan Pemuda PAS.

Sementara itu DACS negeri Selangor melancarkan derma kilat bagi membantu keluarga mangsa.
Sumbangan boleh disalurkan ke no akaun Maybank 162731037101 atas nama setiausaha Dacs negeri Selangor, saudara Ikhwan.

Berita dipetik dari Harakahdaily.

Untuk makluman, Almarhum juga merupakan sebahagian dari anggota AJK Pemuda PAS Hulu Langat dan Majlis Pemuda DUN Semenyih.

Almarhum merupakan seorang pejuang istiqamah dan berjaya melaksanakan sebaiknya amanah tugas yang telah diberikan. Selaku peminat jentera bermotor beliau menggunakannya sebagai wadah untuk menyampaikan mesej Islam melalui platform ini. Banyak program yang telah beliau usahakan antaranya menyediakan wadah riadhah alternatif untuk peminat motosikal melalui Kelab ARC yang mempunyai pengisian rohaniah dalam kebanyakkan programnya.

Saya sendiri (S/U MTD) pernah dijemput beliau untuk memberikan pengisian tazkirah dan tarbiah untuk anggota serta ahli-ahli ARC Selangor dalam satu program BBQ ahli ARC baru-baru ini.

Di DUN Dusun Tua, Almarhum selain menjadi tonggak utama memeriahkan pengisian program GEMS di Batu 14 kelmarin Sabtu 14hb November 2010 bagi slot pameran motor besar serta sesi bersama mantan juara dan pelumba Cub Prix Malaysia Sdr. Yasir Said, Almarhum turut menjayakan beberapa program lain di DUN Dusun Tua seperti Pemanduan Berhemat di Batu 16 Dusun Tua dan mengetuai konvoi motor mengiringi konvoi kembara Lajnah Kebajikan PAS Selangor bagi mengedarkan bantuan Ramadhan mengedarkan di sekitar DUN Dusun Tua.

Al-Fatihah untuk Almarhum dan semoga dicucuri rahmat ke atas ruhnya dan semoga pemergian Almarhum sebagai pejuang yang syahid dalam aqidah perjuangan menegakkan agama Allah


Berita MTD kembara Ramadhan lalu yang mengandungi foto Almarhum yang turut membantu pasukan MTD Dusun Tua:

http://mtddusuntua.blogspot.com/2010_09_01_archive.html


Almarhum berdiri di belakang berkopiah hitam bergambar bersama YB ISkandar Samad (EXCO Kerajaan Negeri Selangor) dan Sdr. Mohamad Jan Sulong (Pengarah MTD dan JPD Dusun Tua) serta pasukan Kembara Ramadhan MTD Dusun Tua


Almarhum sedang membaca akhbar ketika konvoi berhenti seketika



Almarhum bersama pemuda Kampung Dusun Tua Hulu Langat di sebelah Sdr. Yasir Said. Turut kelihatan Sdr. Gadaffi (Belia JKKK Batu 16) dan Sdr. Mohamad Azlan (Belia JKKK Batu 17 & ARC DUN Dusun Tua)


Almarhum ketika menyelia program Pemanduan Berhemat bersama Sdr. Yasir Said.

Sunday, November 14, 2010

GENERASI IDAMAN SELANGOR – GeMS


Terimakasih dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program GeMS ini. Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada seluruh lapisan masyarakat. Dan mereka yang telah mendapat kerja dalam temuduga terbuka yang diadakan, selamat menjalankan tugas dengan amanah.

Insyalah kita akan bertemu lagi di kesempatan yang akan datang. Lain-lain gambar akan diupdate kemudian.

Friday, November 12, 2010

UMNo Hilang Arah dan Perjuangan

UMNo yang selama ini mencanang berjuang untuk menjaga ketuanan Melayu kini telah berserabut dan hilang arah perjuangan. UMNo yang ditubuhkan untuk membela Bangsa Melayu hilang lenyap dan kini jadi caca merba. Ianya lebih karut dengan kempen 1 Malaysia yang dicanang oleh pemimpin numero unonya Najib.

UMNo yang dulu mempertahankan bangsa Melayu dan agama kini berlagak menjadi kerajaan akibatnya UMNo tidak lagi mengambil berat kebajikan orang Melayu dan kini sebok menjadi pengadil. Lalu jadilah UMNo seperti Pak Kaduk ayam menang sabung namun kampung habis tergadai.

Kini orang Melayu terkapai-kapai sendirian berjuang untuk mempertahankan hak dan keistimewaan bangsa sendiri yang dijamin oleh Perlembagaan.

GENERASI IDAMAN SELANGOR – GeMS


Tarikh : 13 / 11 / 2010
Tempat : Padang Awam Bt 14. Hulu Langat
Anjuran : Jawatankuasa Tetap Pendidikan,Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor
Kerjasama :

  • Pejabat Daerah Hulu Langat
  • Majlis Perbandaran Kajang
  • Jabatan dan Agensi Kerajaan
  • NGO

Objektif

  1. Menyediakan program/ aktiviti yang bersesuaian kepada golongan sasaran terutama remaja, belia dan ibubapa dalam mencegah gejala sosial.
  2. Memberi pendedahan kepada masyarakat terutama golongan remaja dan belia mengenai peluang-peluang pekerjaan dalam Program Jom Kerja.
  3. Mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan masyarakat setempat melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
  4. Memberi pendedahan kepada Masyarakat mengenai tokoh-tokoh ilmuwan di Negeri Selangor melalui Program Jejak Ilmuwan

PAS sedia ganti Umno

KUALA LUMPUR, 12 Nov: Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat akan mengadakan satu seminar esok bagi membincangkan persediaan PAS untuk menggantikan Umno dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU 13).

Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad, seminar "PAS sedia ganti Umno" itu terbuka kepada ahli merangkumi pimpinan pusat, dewan harian, pimpinan negeri, kawasan dan cawangan termasuk ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari parti itu.

"Kita sudah menghantar jemputan kepada semua pimpinan pusat, ahli Parlimen, Adun, dewan harian, negeri, kawasan dan cawangan untuk menghadiri seminar esok," kata Idris kepada Harakahdaily.

Seminar yang akan berlangsung sehari di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor itu bertujuan menanamkan keyakinan kepada ahli bahawa PAS sudah bersiap sedia menggantikan Umno pada PRU 13 selain membentangkan agenda bertindak parti bagi mencapai matlamat itu.

"Kita buat seminar ini untuk bagi penjelasan kepada ahli tentang kesediaan PAS menggantikan Umno.

"Kita mahu daripada seminar ini, ahli akan lebih berjiwa besar untuk merealisasikan matlamat menggantikan Umno dan dapat bekerja dengan lebih kuat lagi," katanya lagi.

Selain itu kata Idris, PAS turut mengundang pihak luar bagi mendapatkan pandangan mereka berkenaan parti itu dan langkah-langkah untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.

Justeru, beliau berharap agar mereka yang menghadiri seminar tersebut akan lebih jelas mengenai perjananan gerak kerja PAS selepas ini.

"Kita harap daripada seminar ini, semua ahli dapat menanamkan dalam fikiran untuk menguasai Putrajaya dan bersiap sedia menghadapi sebagarang kemungkinan PRU diadakan dalam masa terdekat ini, katanya.
Dianggarkan seramai 800 ahli dari seluruh negara akan menghadiri seminar bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.

Seminar itu akan dirasmikan oleh Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, manakala ucapan penutup akan disampiaknaoleh Timbalannya, NasharudinMat Isa.

Dua kertas kerja akan dibentangkan iaitu "PAS Ganti Umno, Rasional dan Tindakan oleh Idris sendiri dan "Umno dan Krisis Ketuanan Melayu" oleh ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar yang juga ahli Parlimen Tumpat.

Manakala di sebelah petangnya pula akan berlangsung forum bertajuk "PAS Ganti Umno:Harapan dan Cabaran" yang menampilkan penganalisis politik, Ghazali Mayudin dan wakil badan bukan kerajaan (NGO) Wadah dan akan dipengerusikan oleh Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiyat.

Wednesday, November 10, 2010

Hari Arafah

Arafat Day on Nov. 15, 2010

By ARAB NEWS

The Day of Arafat, when pilgrims stand in prayer on Mount Arafat near Makkah, will be on Monday Nov. 15, the Supreme Court announced Saturday.

Eid Al-Adha will be on Nov. 16.

Tuesday, November 9, 2010

Menara Warisan vs KLCC

Che Det dengan bangganya membuat kenyataan bahawa sekiranya keputusan Che Jib membina Menara Warisan salah maka keputusannya membina KLCC juga salah. Mungkin cerita ini telah agak lama berlalu namun ianya masih lagi menjadi impian pemimpin UMNo untuk membina Menara Warisan. Mari kita nilai secara waras cadangan ini.

Sengaja saya lambat mengutarakan pandangan bagi memberikan sedikit ruang untuk meredakan emosi dan mengelak dari mengulas berdasarkan nafsu semata-mata. Namun setelah beberapa ketika apa yang terdetik dihati selepas pengumuman oleh PM ketika itu dan sekarang masih sama. Saya masih tidak setuju.

Adakah pembinaan KLCC itu satu pembaziran. Mungkin benar dan juga mungkin salah bergantung dari sudut mana kita melihat sesuatu perkara itu. Sekiranya kita melihat kepada nilai hartanah dan pembangunan sekitar KLCC, mungkin kita kata pembinaan KLCC membantu memberi keyakinan kepada pelabur untuk membina bangunan yang sepadan dengan KLCC. disekitarnya.... Yang mana harganya apartmentnya sekitar RM1,000.00 satu kaki persegi. Saiz sebesar tile kat rumah saya. Apa yang pasti orang tidak membeli satu kaki persegi.... paling kurang 10 x 10 kaki persegi dan dicongak secara direct harganya adalah RM100,000.00. Berapa ramai orang kita orang Melayu yang mampu beli?

Kita biarkan seketika manfaat kepada hartawan. Kita lihat kepada rakyat biasa seperti saya dan rakan-rakan yang seangkatan. Apa manfaat KLCC kepada saya? Adakah setakat mulut melopong ketika mendongak kelangit... Sesekali membawa keluarga dan berlagak seperti orang kaya meronda di taman dan pusat membeli-belah. Kemudian balik tanpa membeli apa-apa namun terpaksa membayar berbelas ringgit untuk pakir di basement. Fuh satu pelaburan yang menguntungkan katanya!

Semasa meronda-ronda tidak nampak jenama tempatan yang memenuhi ruang niaga di KLCC. Ataupun kita sudah memecah tembok jenama dan kita memiliki jenama antarabangsa. Namun rata-rata adalah jenama yang ku kenali berasal dari luar dari Malaysia. Pastinya harga beg tangannya sahaja mencecah ribuan ringgit. Mak datok..... mampu ke anak bangsaku memiliki ini semua? Mungkin anak orang UMNo mampu.

Setelah ditelek dan disukat masih aku tidak faham dimanakah manfaat yang anak bangsa ku dapat dari pembinaan KLCC. Adakah mereka belum bersedia ataupun mereka telah menguasai perniagaan di KLCC tanpa kusedari. Pastinya anak bangsaku kini ramai yang melepak di sekitar KLCC sambil menghirup udara yang masih lagi percuma.

Sekali lagi aku cuba menjawab pertanyaan Che Det.... Adakah pembinaan KLCC satu keputusan yang silap? Dan sekali lagi aku melihat jawapan yang sama.... apa faedah yang anak bangsaku dapat dari pembangunan KLCC dan sekitarnya..... hasilnya:
  1. Kulihat anak bangsaku masih tidak lagi mampu berniaga di KLCC.
  2. Kulihat anak bangsaku masih tidak mampu memiliki apartment disekitar KLCC.
  3. Kulihat anak bangsaku masih tidak mampu menguasai pusat konvension KLCC untuk membuat pameran perdagangan di KLCC.
  4. Kulihat anak bangsaku hanya menjadi pekerja kepada orang lain yang kaya-raya di KLCC.
  5. Kulihat tiada jenama Malaysia yang gagah menguasai ruang niaga KLCC.
  6. Kulihat anak bangsaku hanya melepak di kaki lima KLCC.
  7. Kulihat anak bangsaku hanya berkepit mundir mandir di taman KLCC.
  8. Kulihat anak seni bangsaku tidak mampu masuk dewan Philharmonik KLCC.
  9. Kulihat anak bangsaku masih lagi melopong kagum dengan bangunan KLCC.
  10. Kulihat orang lain kaya-raya kerana membina KLCC.
  11. Kulihat hanya Petronas yang gagah menguasai ruang pejabat KLCC.
  12. Kulihat tuan Maxis... Ananda Krisnan.... tuan tanah lumba kuda sahaja yang boleh duduk di KLCC.
  13. Cuba kau lihat apa yang anak bangsaku dapat manfaat dari pembinaan KLCC......
  14. Kulihat anak bangsaku masih kagum dengan UMNo sebagaimana mereka kagum dengan KLCC.
Aku bimbang kalau satu lagi binaan seperti KLCC dibuat hasilnya juga sama..... Mungkin yang untung dan kaya raya sekelompok kecil pemimpin UMNo yang suara berdegar-degar mahu membela nasib orang Melayu..... Namun akhirnya mereka juga yang kaya-raya sedangkan orang Melayu terus terpinggir, merempat papa kedana dan tiada arah nak dituju.

Maka orang Melayu balik kampung dan tinggal ditepi sungai kerana tanah dikampung pun habis dijual..... Mana hendak dituju oh anak bangsaku.

....akan datang.... UMNo sesat dan hilang arah panduan.

Sunday, November 7, 2010

Majlis Sambutan Deepavali

Majlis sambutan Deepavali di Alam Jaya meriah dengan pelbagai lapisan masyarakat hadir bersama-sama. Kesempatan musim perayaan ini perlu diambil bagi mengeratkan hubungan dikalangan masyarakat. Semua orang perlu melupakan sebentar fahaman politik dan menumpukan kepada permaufakatan bagi manfaat bersama.