Tuesday, November 2, 2010

Kenduri kesyukuran Taman Wawasan B (2010-10-31)

Salam,

Tahniah diucapkan kepada warga penduduk Taman Wawasan B (berhampiran Taman Pinggiran Delima Hulu Langat) di atas kejayaan memenangi tempat kedua pertandingan Taman tercantik peringkat MPKj Hulu Langat.

Sebagai Taman yang masih dianggap baru sekitar 2-3 tahun, warga taman ini yang diketuai Pengerusi Persatuan Penduduknya iaitu YBhg. En Rosli telah berjaya menyatukan hati dan kesatuan fikrah untuk memastikan kemenangan ini dicapai.

Majlis diadakan pada 9.00 malam Ahad lepas 31hb Oktober 2010 sebagai mensyukuri kemenangan yang turut diserikan dengan kehadiran Sdr Mohamad Jan Sulong (Pengarah JPD Dusun Tua) yang telah memberikan sokongan padu dalam kejayaan ini. Selain itu beliau berkesempatan menyampaikan ucapan dan hadiah dalam program ini.

Apa yang menarik, program ini turut diserikan dengan tazkirah dari Al-Fadhil Ustaz Wahid Zainul Abidin, satu pengisian yang cukup mulia dengan menampilkan golongan 'alim yang berkongsikan peringatan dan nasihat berguna untuk kepentingan semua pihak.

Sarjan Mejar Ahmad Lotfi selaku OCS Balai Polis Batu 14 turut hadir dan beberapa perkara telah dijelaskan beliau antaranya beliau berbangga Taman Wawasan B telah mencapai 'zero crime' sepanjang tempoh Julai-Oktober 2010. Ini juga berkat kesungguhan warga Taman dalam menjayakan usaha ini.

Bagi pihak MTD, tahniah diucapkan kepada warga Taman Wawasan B dan semoga ianya mampu menjadi contoh terbaik kepada lain-lain taman dan kampung dalam usaha memantapkan institusi kejiranan dan kemasyarakatan di tempat kita menuju redha Allah SWT.

Petikan ucapan Sdr. Mohamad Jan Sulong (Pengarah JPD Dusun Tua)







Tazkirah dari Al-Fadhil Ustaz Wahid Zainul Abidin.
Beberapa peringatan dan nasihat dari Syeikh Abdullah Nasih 'Ulwan



Sarjan Mejar Ahmat Lotfi Abdul Rahim





YBhg. En. Rosli (Pengerusi Persatuan Penduduk) mengiringi kehadiran tetamu jemputan

Taman ini cukup dengan aktiviti belia remaja seperti kompang, nasyid dan silat



Semoga menjadi pemuda benteng negara dan aqidah umat Islam

Tahniah diucapkan kepada semua...

No comments: