Sunday, July 29, 2012

Lajim Ukin Tubuh Pakatan Perubahan Sabah (PPS) Untuk Berkerjasama Dengan Pakatan Rakyat

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lajim Ukin hari ini mengumumkan perletakan semua jawatannya dalam parti serta dalam Barisan Nasional (BN) berkuat kuasa serta-merta, untuk bekerjasama dengan barisan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) di Sabah.

Walau bagaimanapun, Lajim yang juga ketua Umno bahagian Beaufort dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkata beliau menyerahkan kepada kepimpinan Umno untuk memutuskan samada untuk mengekalkan atau tidak jawatannya sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, lapor akhbar bahasa Inggeris The Star.

Perkembangan ini dilihat sebagai satu tamparan hebat kepada pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang akan berlangsung tidak lama lagi.

“Bagi jawatan Timbalan Menteri, saya serahkan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) untuk menentukkan kedudukan saya kerana itu budi bicara beliau.

“Bagi menentukan keahlian saya dalam Umno, saya menyerahkan kepada Majlis Tertinggi Umno untuk mengambil tindakan... kalau mereka rasa saya menyalahi peraturan parti mereka boleh pecat saya,” katanya dipetik Bernama.

Beliau mengumumkan keputusannya itu ketika berucap dalam majlis berbuka puasa di kediamannya di Likas Jaya, dekat Kota Kinabalu petang tadi, mengikut laporan Bernama.

Lajim turut mengumumkan pertubuhan gerakan baru Pakatan Perubahan Sabah (PPS) di majlis yang sama, yang telah dikaitkan akan berkerjasama dengan PR demi kepentingan negeri Sabah.

Ahli Parlimen Beaufort memberitahu wartawan PPS mempunyai senarai perwakilan seramai 17 orang, bagi setiap kawasan parlimen di Sabah.

Bulan lalu, Lajim mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu.

No comments: