Monday, April 22, 2013

Ceramah: Petugas parti tidak perlu mohon permit

KUALA LUMPUR: Pihak petugas parti tidak perlu memohon permit atau membuat apa-apa makluman kepada pihak polis jika ingin membuat sebarang ceramah dan lain-lain perhimpunan pada PRU13 ini.

“Ceramah dan perhimpunan boleh diteruskan tanpa melanggar apa-apa peruntukan undang-undang,” jelas Pengarah Perundangan Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Zulqarnain Lukman dalam satu kenyataan.

Menurutnya, atas semangat transformasi yang dilaungkan oleh kerajaan dan pesta demokrasi yang berjalan sekarang serta pemansuhan Seksyen 27 Akta Polis, maka pihaknya berpendapat bahawa keperluan untuk mendapatkan permit sudah tidak wujud lagi.

Berikut ialah penjelasan beliau.

Salam dan tahniah kepada semua calon yang berjaya menghantar borang pencalonan masing-masing.

Kami telah mendapat laporan bahawa ada sesetengah OCPD yang mengarahkan parti politik bertanding untuk memohon suatu permit daripada mereka berdasarkan seksyen 24B(3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Kami juga difahamkan bahawa pihak polis telah membuat borang khusus bagi permohonan permit ini dan telah diedarkan kepada wakil parti.

S. 24B (3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 menyatakan,
"Seseorang calon atau ejen pilihan rayanya boleh, semasa tempoh berkempen -
(a) mengadakan, memanggil atau mengaturkan apa-apa perjumpaan awam terbuka, perhimpunan awam terbuka, pertunjukan awam terbuka atau hiburan awam terbuka; atau
(b) memberikan apa-apa ucapan awam terbuka atau syarahan awam terbuka,
di dalam bahagian mana-mana pilihan raya yang baginya calon itu bertanding tetapi hanya jika dia memegang suatu permit untuk berbuat demikian yang dikeluarkan kepadanya oleh pegawai polis yang menjaga daerah di mana perjumpaan, perhimpunan, pertunjukan atau atau hiburan itu hendak diadakan atau ucapan atau syarahan itu hendak diberikan.

Kami tidak bersetuju dengan arahan OCPD itu kerana sebelum ini (dalam pilihan raya yang lepas) tidak pernah suatu permit dipohon di bawah seksyen 24B ini tetapi permit dikeluarkan menurut Seksyen 27 Akta Polis. S.27 Akta Polis telah dimansuhkan pada 23/4/2012 [2 hari lagi adalah hari ulangtahun pemansuhan S.27 ini] dan oleh itu keperluan untuk memohon permit sudah tiada lagi.

S. 27 kemudiannya telah digantikan dengan Akta Perhimpunan Aman 2012. Seksyen 1(2) Akta Perhimpunan Aman ini secara jelas menyatakan akta ini tidak terpakai bagi suatu perhimpunan yang merupakan suatu kempen pilihan raya di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Oleh itu, atas semangat transformasi yang dilaungkan oleh kerajaan dan pesta demokrasi yang berjalan sekarang serta pemansuhan Seksyen 27 Akta Polis, maka kami berpendapat bahawa keperluan untuk mendapatkan permit ini sudah tidak wujud lagi.

Kami juga berpendapat keperluan permit di bawah S.24B Akta Kesalahan Pilihan Raya tidak dapat berdiri dengan sendirinya [melainkan terpaksa bergantung kepada S. 27 Akta Polis yang telah dimansuhkan] kerana kekurangan peruntukan yang sahih berkaitan penyuraian, tatacara permohonan, pembelaan dan lain-lain isu berkaitan. Malah, borang yang digunakan PDRM itu tidak digazetkan untuk dijadikan undang-undang atau dalam kata lain PDRM sendiri melanggar undang-undang jika mengarahkan kepada parti untuk memohon permit.

Kesimpulannya, pihak petugas parti tidak perlu memohon permit atau membuat apa-apa makluman kepada pihak polis jika ingin membuat sebarang ceramah dan lain-lain perhimpunan. Ceramah dan perhimpunan boleh diteruskan tanpa melanggar apa-apa peruntukan undang-undang. HD.

Mike Tyson Kempen Sokong Pakatan Rakyat


Inilah namanya seorang pemimpin sejati walaupun pernah dikutuk kerana melakukan kesalahan ketika bersama Umno. Tetapi alhamdulillah, dengan nyawa masih bersisa di jasad, Allah SWT masih lagi memberi ruang kepada hamba-Nya untuk bertaubat dan membetulkan kesilapan lalu.

Senario ini berlaku kepada seorang bekas pemimpin besar Umno yang sudah pun mengisytiharkan sokongan kepada PAS.

Dan buktinya, kehadiran bekas Menteri Besar Selangor, Muhammad Muhd Taib atau lebih di kenali gelaran 'Mike Tyson' pada majlis Jamuan Rakyat di Sungai Choh dekat sini, yang diadakan ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-13 berlangsung, mengejutkan banyak pihak.

Kemunculan beliau sekali gus mengesahkan laporan sebelum ini bahawa seorang bekas menteri besar akan menyertai komponen Pakatan Rakyat.

Menurut calon kerusi Parlimen Hulu Selangor, Khalid Jaafar, Muhammad dijangka mengumumkan secara rasmi penyertaan beliau sebagai ahli PAS di ibu pejabat parti itu hari ini.

"Saya melihat pengunjung hampir 2,000 orang yang hadir di majlis Jamuan Rakyat ini terkejut melihat kehadiran bekas Menteri Besar Selangor ini.

"Sambutan diterima cukup hangat daripada penduduk sekitar," katanya semalam. 


Majlis tersebut dianjurkan oleh Persatuan Bengkulu Malaysia yang turut dihadiri Presidennya, Brigadier Jeneral Abdul Hadi Abdul Khatab dan turut hadir ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Choh. 

Turut hadir, calon kerusi DUN Batang Kali, Dr K Ramachandran. Muhammad atau lebih dikenali sebagai Mat Taib yang merupakan bekas ADUN Batang Kali dan pernah menang tanpa bertanding sebanyak dua kali di kawasan itu.

"Beliau turut menjulang tangan saya bersama Ramachandran sebagai sokongan terhadap pencalonan kami di kawasan ini.

"Mat Taib turut dijangka menghadiri program bersama Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim pada 2 Mei ini, insya-ALLAH," katanya.

Dalam laman sosial Facebooknya enam jam lalu, Khalid mengatakan:
Jeng jeng jeng. Tan Sri Muhammad Taib tamu mengejut di jamuan rakyat Persatuan Bengkulu di Sungai Choh tengahari tadi lantas memberikan sokongan pada saya..


Muhammad merupakan bekas menteri Kabinet dan Naib Presiden Umno.

Menurut Khalid dalam laman sosial itu juga, Muhammad sangat terharu dapat berjumpa semula dengan bekas pengundinya yang sudah mengundi selama empat penggal hingga dilantik menjadi menteri besar pada 1986.

Apa yang menarik perhatian, penyokong Umno yang mengetahui majlis tersebut enggan bertemu dengan Muhammad malah mencemuhnya dengan kata-kata kesat hingga dilabelkan sebagai 'pengkhianat bangsa dan agama'.

Bagaimanapun, Muhammad hanya tersenyum melihatkan gelagat pemuda Umno yang seakan marah dengan keputusannya menyertai dan menyokong calon Pakatan Rakyat di bekas kerusi DUN yang dipegangnya selama empat penggal berturut-turut.

Saturday, April 20, 2013

P101 Dr Che Rosli Che Mat


Sekitar Penamaan Calon P101 dan N23






















SETELAH MENERIMA TEKANAN KUAT DARI RAKYAT AKHIRNYA KETUA PENGARAH ROS KELUARKAN SURAT MEMBENARKAN DAP MENGGUNAKAN LAMBANG ROKET PADA PRU 13 INI!!!!!

Sedar akan implikasi bakal diterima oleh UMNO/BN maka surat dari Ketua Pengarah ROS telah dihantar secara tangan kepada YAB Sdr Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP malam tadi memberi izin dan kebenaran DAP menggunakan lambang roket untuk PRU 13 ini.

SPR dikatakan telah mengarahkan semua Pegawai Pengurus Piliharaya supaya menerima permohonan calon-calon DAP menggunakan lambang roket untuk bertanding.

Inilah dinamakan SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT.

Kerja jahat sebegini tidak mudah dilupakan oleh rakyat.. Titisan air mata Penasihat DAP, Lim Kit Siang akan sentiasa segar bugar dalam kepala para pengundi terutamanya dari kaum Tionghua...Kemarahan dan kebencian cara DAP dilayan akan diterjemahkan dalam bentuk undi.. PERCAYALAH!!!!!

INI KALI LAH.... JOM UBAH....SELAMATKAN MALAYSIA....PAS GANTI UMNO... PR GANTI BN - PR Election News


Penggunaan Logo PAS Oleh Calon DAP : Akhirnya Roket Mendarat Di Bulan

Saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi DAP Karpal Singh pada petang ini bahawa calon-calon DAP akan menggunakan logo PAS di Semenanjung Malaysia dan logo PKR di Sabah dan Sarawak di dalam pilihanraya umum 5 Mei ini. Ini berikutan sehingga jam 3 petang hari ini, DAP belum mendapat mendapat sebarang respon penarikan balik surat penggantungan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan juga tiada tanda-tanda surat itu akan tiba.

Saya ingin melahirkan simpati kepada DAP di atas tragedi yang menimpa mereka di saat-saat akhir penamaan calon besok hari. Sudah tentu tidak dapat dibayangkan kesedihan yang melanda ekoran terpaksa mengenepikan lambang rasmi yang telah digunakan zaman berzaman. Isu logo sekalipun mungkin nampak kecil bagi sesetengah pihak, tetapi ia melambangkan maruah dan harga sebuah perjuangan.

Dari sudut yang lain, kesediaan DAP menggunakan logo PAS ini saya sifatkan sebagai detik bersejarah dalam perjuangan PAS semenjak lebih separuh abad ia ditubuhkan. Dalam melayari bahtera politik tanah air, PAS dan DAP sering dilagakan oleh UMNO/Barisan Nasional. Di hadapan bangsa Melayu, pemimpin UMNO menakut-nakutkan mereka dengan bahaya DAP dan begitu juga sebaliknya di hadapan bangsa Cina, mereka digembar-gemburkan dengan imej PAS sebagai taliban, radikal dan sebagainya. Natijahnya, Melayu Islam dan bukan Melayu terus hidup dalam keadaan syak wasangka antara satu sama lain.

Hari ini, benteng tersebut telah runtuh sepenuhnya. DAP tanpa takut-takut lagi telah merobohkan persepsi ini apabila bertindak berani memilih logo PAS untuk bertanding di kawasan-kawasan yang telah diperuntukkan kepada mereka khususnya kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Cina. Saya kira, inilah saat di mana perjuangan PAS sudah tidak menjadi kegerunan lagi kepada bangsa Cina. Sekalipun ia masih belum diterima sepenuhnya, namun sedikit demi sedikit ia telah hilang.

Saya mengimbau kembali saat ketika Perjanjian Hudaibiyyah dimeterai antara Rasulullah SAW dan orang-orang Musyrikin Mekkah. Kabilah-kabilah Arab di sekitar Madinah yang masih belum memeluk Islam mengambil keputusan untuk bernaung di bawah naungan kerajaan Islam Madinah. Di saat itulah, sahabat-sahabat Rasulullah SAW diuji dengan rasa terhina akibat melihat secara zahir bagaimana perjanjian tersebut berat sebelah. Namun kesabaran mereka segera diganjari oleh Allah SWT apabila perjanjian tersebut membuka peluang Rasulullah SAW menakluki kota Makkah apabila perjanian tersebut dilanggar di mana Bani Khuzaah yang masih belum memeluk Islam dan berlindung di bawah naungan Islam diserang oleh kaum Musyrikin.

Alhamdulillah, ketika UMNO masih menjaja keris tumpulnya merata-rata, perjuangan PAS sudah mula diterima di kalangan non muslim. Ketika UMNO main kayu tiga dengan perjuangan bangsa Melayu, PAS terus ke hadapan membawa misi dakwah dengan slogan PAS for All. Non Muslim di sana sini tidak lagi segan silu membawa bendera PAS dan sebaliknya tidak pernah kita saksikan mereka membawa bendera keris tidak bersarung milik UMNO.

Saya yakin, benih Islamphobia yang disemai UMNO semakin mati tunasnya. Keputusan DAP ini insya-Allah satu rahmat besar buat PAS. Ia sebenarnya rezeki buat perjuangan Islam. Mungkin Barisan Nasional merasakan langkah ini bakal membantutkan gerak langkah Pakatan Rakyat, namun sesungguhnya ia mengandungi rahmat yang sangat besar. Jika Perjanjian Hudaibiyyah membuka jalan kepada pembukaan kota Makkah, maka tidak mustahil langkah kerajaan Barisan Nasional ini sedang membuka kepada pembukaan Putrajaya dan pembinaan Malaysia Baru. Tidak mustahil tarikh 6 Mei 2013 nanti, perayaan besar-besaran kemenangan rakyat akan berlangsung di seluruh negara menyaksikan keruntuhan Barisan Nasional.

Yakinlah keputusan ini membuka pintu sejarah yang akan dikenang zaman berzaman. Inilah saatnya di mana akhirnya roket berjaya mendarat di bulan!

Salam hormat,

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

Wednesday, April 17, 2013

Usah momok pengundi, kata Musa pada Dr M, Shahrizat

Bekas ketua polis negara Musa Hassan menggesa ahli politik berhenti menakutkan orang ramai dengan membuat kenyataan tentang kemungkinan berlakunya ketegangan dan rusuhan kaum jika terdapat pertukaran kerajaan dalam pilihan raya umum.

Bercakap dalam forum berhubung peralihan kuasa yang aman dan lancar di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam, Musa mengulas kenyataan terbaru oleh Ketua Wanita Umno Shahrizat Jalil dan bekas perdana menteri Dr Dr Mahathir Mohamad.

NONEShahrizat sebelum ini dilapor membangkitkan peristiwa 13 Mei 1969 dalam ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung Tahunan Umno pada November tahun lalu.

Sementara Mahathir pula baru-baru ini menulis di blog bahawa pemimpin popular DAP Lim Kit Siang boleh merenggangkan Melayu dan Cina dalam kempennya untuk mendapatkan Gelang Patah.

"Sebagai pemimpin, mereka patut menasihatkan rakyat bertenang dalam memilih kerajaan pilihan hati mereka," kata Musa, yang dilihat lantang menyuarakan pendapatnya selepas bersara.

"Bagi saya, (kenyataan) itu hampir seperti menghasut," tambahnya.