Friday, April 5, 2013

Kerja Siapakah Ini..... Orang Gila Atau Orang Takut Hilang Kuasa?




Panji-panji PAS di Sungai Gahal telah diruntuhkan oleh tangan-tangan yang benci dengan PAS dan takut kalah. Ketakutan mereka yang amat sangat terhadap kesungguhan petugas-petugas PAS yang berkerja siang dan malam tanpa mengenal penat telah menyebabkan mereka hilang pertimbangan dan menyerlahkan kebodohan mereka.

Perlu di ingat setiap panji-panji yang dinaikkan adalah atas titik peluh dan duit ringgit yang keluar dari poket ahli PAS. Kami ahli PAS diajar untuk bersabar. Tetapi ingat kami juga manusia yang mempunyai hati dan perasaan. Sabar itu ada hadnya. Maruah kita juga ada nilainya.

Jangan ingat PAS parti kampungan. Jangan ingat PAS parti orang penakut. Jangan ingat PAS parti orang cikai. Jangan salahkan kami sekiranya ada yang menerima padah. Kami akan pertahankan harta dan wang ringgit yang kami infakkan untuk mempertahankan agama Allah.

Beringatlah.... kalau tertangkap buruk akibatnya. Jangan kata kami tak bagi tahu.

No comments: