Wednesday, April 3, 2013

Jangan Takut Undi PAS



Pemangku Perdana Menteri Kerajaan Sementara Datuk Seri Najib Razak hari ini memberi jaminan bahawa sebarang peralihan kuasa selepas pilihan raya umum ke-13, jika ada, akan berlangsung dengan aman.

Bercakap ketika mengumumkan pembubaran Parlimen hari ini, Najib menegaskan, kerajaan sedia ada sentiasa menjunjung prinsip demokrasi, tekad tranformasi politik yang dilaungkan serta komitmen dalam menghormati suara rakyat.

"Saya ingin jamin, kerajaan sementara akan meneruskan tugas sesuai dengan undang-undang sehingga selesai pilihan raya.

"Saya juga ingin menyeru, jika berlaku sebarang peralihan kuasa, ia akan berlangsung secara aman dan tertib. Ini iltizam kita untuk menjunjung prinsip demokrasi," katanya.

No comments: