Masihkah kita ingat hujung tahun 90an apabila negara berdepan dengan krisis ekonomi yang menyebabkan negara meningkatkan BLR. Pada masa itu kadar pinjaman kereta mencecah sehingga 9.6%. Akibatnya pertumbuhan ekonomi menjadi perlahan dan peniagaan terjejas teruk.
Kenaikkan kadar BLR ini mulanya dilihat menepati teori ekonomi yang mana apabila wujud inflasi kadar BLR perlu dinaikkan supaya rakyat lebih banyak menabung. Namun langkah ini tidak menguntungkan perniagaan bahkan menjejaskan keseluruhan proses memulihkan ekonomi negara.
Tun Mahathir pada masa itu telah bertindak diluar kebiasaan yang melihat teori ekonomi konvensional adalah salah. Akibat dari itu beliau telah menurunkan BLR dan merancakkan perniagaan. Akibatnya kemampuan untuk membeli kembali dan perniagaan kembali hidup. Ekonomi kembali pulih perlahan-lahan.
Kini kerajaan memperkenalkan pula GST yang mana secara langsung meningkatkan kos harga barang sebanyak 6%. Dahulu hanya sebahagian barang sahaja dikenakan cukai perkhidmatan. namun dengan adanya GST lebih banyak barang akan dikenakan cukai. Kalau BLR dari 5% naik ke 4% sudah cukup untuk menjejaskan sektor peniagaan dan ekonomi negara, bayangkan kesan 6% kepada pasaran jualan negara.
Pastinya dengan adanya cukai ini pengguna akan memperlahankan pembeliah yang akan memberi kesan secara langsung kepada sektor runcit dan barangan pengguna. Sanggupkah kita berdepan sekali lagi masalah ekonomi disebabkan keputusan yang tidak mengambil kira sentimen ini.
Bagaimana pula dengan mereka yang berpendapatan sederhana yang sudah dibebankan cukai pendapatan dari 13% hingga 26%. Apakah nasib mereka? Kini pun pengecualian cukai hanyalah RM9,000 setahun dan untuk isteri yang tidak berkerja sebanyak RM3,000. Untuk RM12,000 setahun ini apa yang mereka bolah buat? Secara purata kita boleh nyatakan bahawa mereka ini diberi RM1,000 sebulan untuk hidup. Sedangkan mereka ini pembayar cukai. Berbanding mereka yang berpendapatan RM2,500 boleh membelanjakan sepenuhnya pendapatan mereka juga mendapat pelbagai pengecualian cukai lain.
Akibatnya golongan pertengahan ini akan tertindas. Tekanan hidup akan terus meningkat. Akibatnya institusi keluarga pula akan terjejas. Inikah yang kita mahu? Perlu di ingat golongan inilah yang paling ramai dan mereka boleh menentukan masa depan kepimpinan negara. Nampaknya ini peuang baik untuk Pakatan Rakyat mendekati golongan ini.
Ubah sebelum parah.
No comments:
Post a Comment