Dimana munasabahnya dalam keadaan harga minyak mentah dunia turun kerajaan menaikkan harga minyak. Harga minyak mentah dunia pada 1/7/2014 turun dari USD105 satu barrel kepada USD91 pada 1/10/2014. Namun kerajaan telah membuat keputusan yang tidak wajar dengan menaikkan harga minyak petrol kegunaan awam sebanyak 20 sen. Sedangkan harga minyak RON 97 masih tidak diturunkan akibat penurunan harga minyak dunia.
Sekali lagi kerajaan 20 sen Najib ini telah membuat perhitungan yang tidak wajar. Berapakah manfaat yang kerajaan dapat dari 'penjimatan' 20 sen ini berbanding dengan domino effect yang terpaksa dihadapi oleh rakyat. Perlu di ingat kenaikkan harga barang terus meningkat setiap kali harga minyak naik dan tidak pernah turun.
Akibat kegagalan kerajaan mengawal kes penyeludupan dan kes pengurusan kerajaan maka rakyat menjadi sasaran. Kerajaan mula tunjuk pandai dalam menaikkan harga minyak dengan pelbagai alasan yang menunjukkan kelemahannya.
Sebelum ini kerajaan mengumumkan bahawa kerajaan menampung kehidupan rakyat sebanyak 3 bulan. Selepas kenaikkan harga minyak dan lain-lain barang ini berapa pula kerajaan hendak umumkan.
Dengan sumber kekayaan negara disimpan oleh beberapa kerat individu, GLC dan konglomerat yang rapat dengan kerajaan maka kerajaan dilihat tdak mempunyai kewangan yang kukuh. Disinilah kerajaan membuat alasan untuk mengurangkan subsidi yang dinikmati selama ini oleh rakyat.
Isu harga minyak ini adalah perkara mudah yang boleh diselesaikan sekiranya kerajaan bersungguh. Subsidi barangan telah dinikmati oleh warga asing sejak sekian lama tanpa langkah yang berkesan dibuat. Berapa ramai warga asing menikmati menikmati harga subsidi harga minyak, perkhidmatan kesihatan, barangan kawalan dan lain-lain barangan yang sepatutnya hanya warganegara yang mempunyai hak.
Kita mempunyai kad pengenalan yang canggih, namun tidak pernah digunakan untuk mengawal ketirisan kepada warga asing. Berapa banyak pendatang asing seronok membeli barangan kawalan dengan harga subsidi. Mereka ini juga mengambil kesempatan berniaga dengan kos yang ditanggung oleh rakyat Malaysia.
Kerajaan perlu serius dan bijak dalam mengatasi masalah ini. Jangan ambil jalan mudah. Kalau tak reti memerintah bagi orang lain. Jangan kata orang lain tak pandai memerintah kalau selama ini BNlah yang memerintah dan yang merosakkan sistem ekonomi dan kebajikan rakyat.
Masa semangkin suntuk. Hutang negara terus meningkat. Rakyat terus ditekan untuk membayar harga yang lebih untuk terus hidup. Rakyat terpaksa membayar harga yang mahal atas barang perlu disebabkan cukai yang diperkenalkan oleh kerajaan. Rakyat terpaksa berhutang dengan bank semata-mata untuk membayar cukai yang diperkenalkan oleh kerajaan.
Kerajaan apa ini?
No comments:
Post a Comment