Polis menahan peguam hak asasi manusia Eric Paulsen kira-kira jam 9 malam ini di Brickfields, Kuala Lumpur, dipercayai bagi membantu siasatan susulan kenyataannya mengkritik khutbah Jumaat yang disediakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), menerusi media sosial, minggu lalu.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitternya berkata: @PDRMsia baru sahaja menangkap Eric Paulsen di Brickfields.
Tweet itu menerima hampir 100 retweet setakat ini.
Sebelum ini, Khalid berkata, Paulsen yang juga pengarah eksekutif Lawyers for Liberty (LFL) akan disiasat mengikut Akta Hasutan 1948 kerana mendakwa Jakim mempromosikan fahaman ekstremis di negara ini.
“Kenyataan sebegini memang wajar kita siasat mengikut Akta Hasutan,” katanya melalui laman sosial Twitter.
Paulsen dipercayai membuat catatan di akaun Twitternya berkata:“Jakim sedang mempromosikan ekstremisme setiap Jumaat. Kerajaan perlu menanganinya jika serius mahu banteras ekstremisme di Malaysia.”
Susulan penahanannya, LFL dalam akaun Twitternya berkata lebih 20 anggota polis datang untuk menahan Paulsen yang kemudiannya dibawa ke Balai Polis Dang Wangi.
Ahli LFL yang juga ahli Parlimen Padang Serai N Surendran menerusi Twitternya berkata polis membawa Paulsen ke firma guamannya, Daim & Gamany, dan merampas komputer ribanya.
Mengulas mengenai penahanan itu, Surendran yang juga naib presiden PKR berkata tindakan polis itu seperti tindakan terhadap gangster besar.
Sementara itu, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menerusi akaun Twitter mendakwa Paulsen bersetuju untuk bekerjasama dalam siasatan berhubung kenyataan dibuat menerusi Twitternya itu.
Pada masa sama Suaram turut mengecam penahanan itu dan mempertikaikan keperluan 20 anggota polis dikerah untuk menahan Paulsen.
Bernama hari ini melaporkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa pihak berkuasa menyiasat Paulsen, ekoran kenyataannya itu kerana perbuatan itu perlu diberi perhatian dan tindakan sewajarnya mesti diambil.
"Islam bukan ektremis, sejak bila pula orang kita (rakyat Malaysia) bertindak luar biasa. Islam adalah agama yang paling sederhana," katanya di Cyberjaya, hari ini.
Muhyiddin berkata dakwaan kononnya khutbah Jumaat diseleweng tidak harus timbul kerana khutbah ialah rukun solat yang menyentuh perkara bukan saja berkisar tentang konteks kehidupan Islam malah merangkumi isu kemasyarakatan dan kemanusiaan.
"Paulsen mungkin tidak tahu langsung tentang ini atau dia tidak mendalami soal Islam," katanya.
Terdahulu hari ini, Paulsen membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya susulan beberapa ancaman bunuh yang diterimanya sejak dua hari lalu.
Paulsen berkata, ugutan yang diterimanya daripada "cybertrooper" Umno berniat jahat kerana turut menuduhnya menghina Islam.
"Ini tidak benar, saya hanya mengkritik Jakim di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM)," katanya, kepada pemberita hari ini. – 12 Januari, 2015. MI.

No comments:
Post a Comment