Friday, July 31, 2015

Siasatan 1MDB : Najib Check Mate

Andaian bahawa apabila Penerusi PAC datuk Nur Jazlan dilantik menjadi timbalan menteri siasatan terhadap 1MDB akan dihentikan ternyata meleset. Mereka lupa bahawa PAC mempunyai Timbalan Pengerusi yang mana dengan ketiadaan Pengerusi maka Timbalan mengambil alih fungsinya. Lagi memburukkan keadaan Timbalannya adalah Tan Seng Giaw dari DAP.

Maka sekonyong-konyong Pandikar Amin Mulia membuka tari silat yang jelas canggung. Cuba memberi arahan supaya siasatan dihentikan sehingga pengerusi naru dilantik. Ternyata cubaan itu menampakkan sikap beliau cuba melengah-lengahkan siasatan yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat.

Apa yang Pandikan Amin sepatutnya buat ialah mempercepatkan lantikan pengganti Pengerusi PAC. Bukannya menagguhkan siasatan dan melenggahkan lantikan PAC. Apabila sudah silap percaturan maka keluarlah kenyataan yang tidak sepatutnya. Apabila Timbalan PAC bersuara maka segera panik kabinet kerana isu pemecatan TPM belum lagi reda... 1MDB terus menghantui Najib, UmNo dan BN.

Tiada yang lebih baik selain daripada kita merehatkan semua yang terlibat dan disiasat berkenaan 1MDB melainkan mereka di gantung tugas. Ini termasuklah PM. Sekiranya PM terus bertugas maka lebih banyak pertukaran akan dibuat demi menjaga kepentingannya. Peguam Negara sudah ditukar. Siapa lagi selepas ini?

Mungkin rombakkan 'kecil' organisasi akan berlaku atas nama penyelerasan fungsi tugas dan penambahbaikkan. Yang mana sebenarnya tujuan adalah melengahkan siasatan 1MDB.

Hentikan polimik dan selesaikan siasatan segera.


Wednesday, July 29, 2015

Buka Mata Buka Minda


Harga minyak dunia dalam trend menurun.... tetapi petrol kita terus meningkat naik. Apa rasionalnya? Adakah kita menerima tekanan kadar tukaran wang Ringgit yang semakin lemah? Kini USD1 = RM3.8.

Mana rasional kita?

Jerangkung Dalam Almari@Kabinet


Benarkah rombakkan barisan kabinet terbaru Najib adalah pakej menyelamatkan diri? Beberapa perkara perlu dipertimbangkan untuk menilai tindakkan Najib:

  1. Pertukaran Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
  2. Pertukaran mengejut peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
  3. Perlantikan Datuk Nur Jazlan Mohamed sebagai Timbalan Menteri
Mereka ini semua dikenalpasti sebagai orang yang sangat dekat dengan siasatan 1MDB. Tanpa mereka ini siasatan dan pendakwaan mereka yang salah laku mungkin terjejas. Adakah ada lagi yang akan terkorban dalam 'skandal' besar negara ini? Adakah Gabenor bank negara pula selepas ini?

Adakah ianya pekej menyelamatkan diri atau menyelamatkan negara adalah sesuatu yang boleh dilihat dari pelbagai sudut dan faktor. Apa yang jelas pasaran saham tidak menunjukkan reaksi yang positif. KLCI turun 10.06 kepada 1,699.70 dan mengekalkan trend menurun sejak Najib memperkenalkan GST pada bulan April tahun ini.

1MDB dilihat terus menjerut leher Najib dengan pelbagai tekanan deripada kawan dan lawan. Serangan terbaru TPM telah meletakkan tekanan yang amat kuat kepada Kem Najib yang mungkin menjadi penyebab atau pendorong kepada rombakkan terbaru. Tindakkan Kem Muhyiddin berterusan menyerang Najib tanpa henti tidak memberi manfaat kepada Najib. Tambahan pula adiknya Nazir juga tidak menyebelahinya.

Apa yang diharapkan kepada kabinet baru Najib ini? Di satu sudut ianya dilihat sebagai strategi untuk melewatkan siasatan 1MDB. Kita juga tidak menafikan ianya akan memberi ruang dan masa yang banyak kepada Muhyiddin untuk mengukukuhkan kedudukannya. Dalam masa yang sama, dengan ketiadaan beliau dalam kabinet memberi ruang yang luas kepada beliau untuk bergerak bebas mendapatkan sokongan dari mereka yang simpati dan penyokong tegar beliau.

Dalam keadaan sesak dan senak ini, kita menyeru seluruh rakyat agar membuka mata dan hati. Adakah kita ingin terus membiarkan ketempangan pentadbiran ini berterusan. Ekonomi negara semakin tenat, dana negara semakin kontang, hutang negara semakin bertambah, beban tanggungan juga meningkat. Dalam masa yang sama Najib sedang bergelut untuk menyelamatkan diri.

Apabila bertembung antara menjaga kepentingan diri dan kepentingan negara dimanakah keutamaan Najib? Tindakkan beliau menjelaskan pendiriannya. Keputusan beliau meningkatkan hutang, mencairkan asset, mengeluarkan tabungan dan mengabaikan rancangan strategik pembangunan telah meletakkan beliau sebagai orang yang meletakkan kepentingan diri melebihi kepentingan negara.

Disinilah kuasa dan kemahuan politik diperlukan. Rakyat perlu terus mendesak Najib dengan memberi sokongan kepada PAS sebagai kuasa kedua terbesar selepas UmNo. PAS baru sahaja melalui waktu sukar dan kini sedang mengorak langkah untuk mengukukuhkan kedudukan bersedia menggantikan UmNO. 

Sokongan kepada PAS boleh diterjemahkan kepada penolakkan kepada langkan dan keputusan yang dibuat oleh Najib. Ayuh bangkin selamat kan Malaysia.

#TolakNajib
#SelamatkanMalaysia
#SokongPAS

Tuesday, July 28, 2015

Senarai Penuh Kabinet Terbaru Najib

PERDANA MENTERI
Datuk Seri Najib Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

MENTERI KEWANGAN:
Datuk Seri Najib Razak

MENTERI KEWANGAN II:
Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan Menteri:
1. Datuk Chua Tee Yong
2. Datuk Johari Abdul Ghani

MENTERI PERTAHANAN
Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Timbalan Menteri:
1. Datuk Mohd Johari Baharum

MENTERI DALAM NEGERI 
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri:
1. Datuk Nur Jazlan Mohamed
2. Masir Anak Kujat

MENTERI LUAR NEGERI
Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menteri
1. Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Datuk Seri Mustapa Mohamed
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri 2
Datuk Seri Ong Ka Chuan
Timbalan Menteri:
1. Datuk Ahmad Maslan
2. Senator Datuk Lee Chee Leong

MENTERI KESIHATAN
Datuk Seri Dr S.Subramanian
Timbalan Menteri
1. Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya

MENTERI PENDIDIKAN:
Datuk Seri Mahdzir Khalid
Timbalan Menteri:
1. P.Kamalanathan
2. Chong Sin Woon (Senator)

MENTERI PENGAJIAN TINGGI
Datuk Seri Idris Jusoh
Timbalan Menteri:
1. Datuk Mary Yap Ken Jin

MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Timbalan Menteri:
1. Datuk Mas Ermieyati Samsudin

MENTERI PENGANGKUTAN
Datuk Seri Liow Tiong Lai
Timbalan Menteri:
1. Datuk Abdul Aziz Kaprawi

MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Datuk Amar Douglas Unggah Embas
Timbalan Menteri:
Datuk Noriah Kasnon

MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA
Senator Datuk Seri Salleh Said Keruak
Timbalan Menteri:
1. Datuk Jailani Johari

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri:
1. Datuk Seri Dr James Dawos Mamit

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri:
1. Datuk Alexander Nanta Linggi
2. Datuk Ahmad Jazlan Yaakub

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
Datuk Wilfred Madius Tangau
Timbalan Menteri:
1. Datuk Dr Abu Bakar Diah

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Timbalan Menteri:
1. Datuk Ir Hamim Samuri

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri:
1. Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman

MENTERI KERJA RAYA:
Datuk Seri Fadillah Yusof
Timbalan Menteri:
Datuk Rosnah Rashid Shirlin

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN:
Datuk Hamzah Zainuddin
Timbalan Menteri:
Senator Datuk Paduka Ahmad Bashah Hanipah

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA KELUARGA DAN MASYARAKAT
Datuk Seri Rohani Abdul Karim
Timbalan Menteri
1. Datuk Azizah Mohd Dun
2. Senator Datuk Chew Mei Fun

MENTERI SUMBER MANUSIA
Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem
Timbalan Menteri
1. Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan Menteri
1. Datuk loga Bala Mohan

MENTERI BELIA DAN SUKAN
Khairy Jamaluddin
Timbalan Menteri
1. Datuk M Saravanan

MENTERI JABATAN PERDANA MENTERI
1. Datuk Seri Azalina Othman Said
2. Nancy Shukri
3. Senator Datuk Seri Wahid Omar
4. Datuk Wee Ka Siong
5. Datuk Seri Jamil Khir Baharom
6. Senator Datuk Seri Idris Jala
7. Tan Sri Joseph Kurup
8. Datuk Joseph Entulu Belaun
9. Datuk Seri Shahidan Kassim
10. Senator Paul Low Seng Kuan
11. Datuk Mah Siew Keong
Timbalan Menteri
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Tan Sri Muhyiddin Yassin Digugurkan

PUTRAJAYA, 28 Julai (Bernama) -- Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan daripada barisan kabinet baharu demikian diumumkan pada Selasa dan tempatnya sebagai Timbalan Perdana Menteri diambil alih oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Ahmad Zahid akan terus memegang portfolio Menteri Dalam Negeri.

Pengumuman rombakan kabinet secara langsung menerusi televisyen itu menyaksikan lima orang digugurkan dan tujuh dilantik menteri baharu.

Mereka yang digugurkan:

  • Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri/Menteri Pendidikan)
  • Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah)
  • Datuk Seri Hasan Malek (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan)
  • Datuk Seri G. Palanivel (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar)
  • Datuk Dr Ewon Ebin (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi)

Daripada tujuh menteri baharu itu, tiga merupakan timbalan menteri yang dinaikkan pangkat.

Mereka ialah:

  • Datuk Hamzah Zainudin (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan)
  • Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar)
  • Datuk Seri Mahdzir Khalid (Menteri Pendidikan)

Muka baharu ialah:

  • Datuk Wilfred Madius Tangau (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi)
  • Senator Datuk Seri Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak (Menteri Komunikasi dan Multimedia)

Dua lagi muka lama yang menyertai semula kabinet:

  • Datuk Seri Azalina Othman Said (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
  • Datuk Seri Ong Ka Chuan (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II)
BERNAMA

Bantuan Bencana Semenyih


Bersiaga, bersempati, berukhuwwah, beribadat, berjemaah dalam melaksanakan kerja-kerja untuk ummah demi agama, ikhlas beramal kerana Allah. Insyallah.

Doakan semoga kita terus beristiqamah dan ikhlas dalam kerja amal kita.

Ucapan tahniah semua yg terlibat, sahabat-sahabat dari Semenyih, Kajang, Dusun Tua yang membantu kerja amal ini.

Syukran juga kpd YB Dr Che Rosli  yang turut sama bersama kerja-kerja bantuan bencana mendahulukan urusan rakyat dari urusan peribadinya yang lain. 

Tidak lupa sahabat-sahabat DPPHL, TKP, NKP DPPHL, Komander Amal Sdr Zulfikri, Saudara Edry yang membimbing pergerakan petugas-petugas, otai PAS Naza, Rosli, Tok Deris dan semua geng-geng Amal seluruh Hulu Langat..

"Jangan kata Ketua Kg Sentosa tak payung makan petugas plak.."

Namun tugasan mlm ni, Otai nampaknya lebih ramailah..Satu cabaran kepada anak muda kita...Tahniah semua..

Catatan Ust Saupi...

Jamuan Raya Sg Lui


Rasanya hari ni kenangan cukup manis bila melihat program yang ringkas dari Tok Yunus JKKK Bt.20 Lui. Jika jika dinilai betapa karatnya Lui ni tidak menjangka sambutan warga tempatan sangat hebat dalam menjayakan program jamuan berskala besar. Lebih-lebih lagi ianya dibuat secara gotong-royong..

Tahniah Tok Yunus dan YB Dr Che Rosli, YB Hj Razaly Hassan yang juga komited datang sejak awal lagi bagi memberi sokongan kepada penduduk tempatan dan hadir kemajlis hari itu..

Kita tunggu program 3K di Masjid Sg Lui pula selepas ini..Insyallah.

Monday, July 13, 2015

"KEKALKAN MUAFAKAT, ELAK PROVOKASI"

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

26 Ramadan 1436H / 13 Julai 2015

"KEKALKAN MUAFAKAT, ELAK PROVOKASI"

Oleh: Nik Mohamad Abduh Bin Nik Abdul Aziz
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Ahli Parlimen Pasir Mas.

Dewan Pemuda PAS Malaysia melahirkan rasa dukacita yang mendalam dan begitu perihatin terhadap kejadian pergaduhan yang berlaku di Plaza Low Yatt sejak semalam yang melibatkan anak-anak muda Malaysia yang berjiwa merdeka. Ia dalam apa jua keadaan pun begitu mencemari kemuliaan bulan Ramadhan yang mendidik kita kepada kejernihan, kesabaran, kasih sayang dan kesantunan yang tinggi.

Dengan harapan yang begitu tinggi, kami menyeru semua pihak agar bertenang dan bersama menyokong dan mendorong kepada usaha-usaha penjernihan dan permuafakatan.

Walaupun kita sedih dengan kes jenayah perniagaan yang samada berpunca daripada pihak peniaga atau pun pembeli, ia tidak boleh sama sekali mendorong kepada tindakan beremosi dan merajakan nafsu dalam proses mencapai jalan penyelesaian. Tindakan sedemikian pastinya akan menambahkan lagi kekusutan dan membawa akibat yang lebih buruk.

Justeru Dewan Pemuda PAS Malaysia menyeru anak muda Malaysia agar tidak mudah terpengaruh dengan suara-suara buruk yang bersifat perkauman dan permusuhan. Seperti pesan Rasulullah صلى الله عليه وسلم, dengan kedatangan Islam yang mulia, seruan perkauman dan rasis sudah menjadi bangkai jahiliyah yang ditinggalkan.

Dewan Pemuda PAS Malaysia juga menyeru pihak kerajaan agar segera menjalankan siasatan menyeluruh ke atas kejadian yang berlaku dalam mengenal pasti punca sebenar dan membawa pihak yang bersalah ke muka pengadilan.

Adalah perlu untuk rakyat Malaysia melihat kejadian ini dalam kerangka fikir yang lebih besar. Kerajaan perlulah menjadi contoh dan teladan terbaik ke arah sifat amanah, telus dan benar di dalam menangani isu-isu jenayah perniagaan dan ekonomi yang melanda negara kita. Baik sesebuah kerajaan yang memerintah akan banyak membantu kepada baiknya kehidupan rakyat jelata.

Dewan Pemuda PAS juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada nasihat khas yang telah disampaikan oleh Saudara Afdlin Syauki (https://www.facebook.com/afdlinshauki/videos/10155779379060527/) yang menyeru semua pihak agar bertenang. Ia nasihat baik dan benar yang wajar diikuti.

Terima kasih.

Sunday, July 12, 2015

PAS TIDAK AKAN KHIANATI PRINSIP PERJUANGAN ISLAM

Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan menyokong sepenuhnya  keputusan yang telah diambil oleh Majlis Syura Ulamak PAS  mengistiharkan bahawa hubungan PAS - DAP telah terbatal. 

Bagi PAS , prinsip adalah asas utama dalam apa-apa sahaja keputusan. PAS tidak akan sama sekali bertolak ansur dan menggadaikan prinsip yang telah menjadi teras perjuangan PAS yang telah ditubuhkan sejak sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan lagi.

Menggadaikan prinsip bermaksud PAS telah mengkhianati Islam dan secara tidak lansung ianya  mengkhianati kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat Malaysia kepada PAS untuk mempejuangkan prinsip perjuangan Islam.

PAS sangat konsisten dengan prinsip perjuangan Islam. Dan itulah intipati kepada firman Allah s.w.t di dalam surah Hud ayat 112 yang menjadi slogan PAS selama ini.

فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَنْ تَابَ مَعَكَ وَلا تَطْغَوْا إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ 

Maksudnya :

Maka tetaplah (yakni beristiqamahlah )  engkau (Wahai Muhammad) di atas jalan kebenaran yang haq , sebagaimana telah diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang bertaubat bersama-sama denganmu, dan janganlah kamu melampaui batas ( melanggar arahan Allah s.w.t)  . Sesungguhnya , Dia ( yakni Allah ) Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.

PAS yakin kemenangan adalah milik mutlak Allah s.w.t. Ianya adalah teras akidah dan kepercayaan kami yang tidak akan mungkin sama sekali boleh digoyahkan.

Allah s.w.t  berfirman di dalam surah Al Imran ayat 26 :

قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكِ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَآءُ وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَآءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَآءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَآءُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرُُ 

Maksudnya :

Katakanlah Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki, Di tangan engkaulah segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu. 

Kami yakin inshaAllah rakyat akan terus menggalaskan harapan yang tinggi kepada PAS untuk memikul amanah besar ini untuk menjadi tonggak untuk mempertahankan prinsip dan perjuangan Islam di tanahair di Malaysia.

Nazmi Nik Din, 
Ketua Penerangan ,
Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan.
25 Ramadhan 1436H /12hb Julai 2015