Wednesday, July 29, 2015

Jerangkung Dalam Almari@Kabinet


Benarkah rombakkan barisan kabinet terbaru Najib adalah pakej menyelamatkan diri? Beberapa perkara perlu dipertimbangkan untuk menilai tindakkan Najib:

  1. Pertukaran Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
  2. Pertukaran mengejut peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
  3. Perlantikan Datuk Nur Jazlan Mohamed sebagai Timbalan Menteri
Mereka ini semua dikenalpasti sebagai orang yang sangat dekat dengan siasatan 1MDB. Tanpa mereka ini siasatan dan pendakwaan mereka yang salah laku mungkin terjejas. Adakah ada lagi yang akan terkorban dalam 'skandal' besar negara ini? Adakah Gabenor bank negara pula selepas ini?

Adakah ianya pekej menyelamatkan diri atau menyelamatkan negara adalah sesuatu yang boleh dilihat dari pelbagai sudut dan faktor. Apa yang jelas pasaran saham tidak menunjukkan reaksi yang positif. KLCI turun 10.06 kepada 1,699.70 dan mengekalkan trend menurun sejak Najib memperkenalkan GST pada bulan April tahun ini.

1MDB dilihat terus menjerut leher Najib dengan pelbagai tekanan deripada kawan dan lawan. Serangan terbaru TPM telah meletakkan tekanan yang amat kuat kepada Kem Najib yang mungkin menjadi penyebab atau pendorong kepada rombakkan terbaru. Tindakkan Kem Muhyiddin berterusan menyerang Najib tanpa henti tidak memberi manfaat kepada Najib. Tambahan pula adiknya Nazir juga tidak menyebelahinya.

Apa yang diharapkan kepada kabinet baru Najib ini? Di satu sudut ianya dilihat sebagai strategi untuk melewatkan siasatan 1MDB. Kita juga tidak menafikan ianya akan memberi ruang dan masa yang banyak kepada Muhyiddin untuk mengukukuhkan kedudukannya. Dalam masa yang sama, dengan ketiadaan beliau dalam kabinet memberi ruang yang luas kepada beliau untuk bergerak bebas mendapatkan sokongan dari mereka yang simpati dan penyokong tegar beliau.

Dalam keadaan sesak dan senak ini, kita menyeru seluruh rakyat agar membuka mata dan hati. Adakah kita ingin terus membiarkan ketempangan pentadbiran ini berterusan. Ekonomi negara semakin tenat, dana negara semakin kontang, hutang negara semakin bertambah, beban tanggungan juga meningkat. Dalam masa yang sama Najib sedang bergelut untuk menyelamatkan diri.

Apabila bertembung antara menjaga kepentingan diri dan kepentingan negara dimanakah keutamaan Najib? Tindakkan beliau menjelaskan pendiriannya. Keputusan beliau meningkatkan hutang, mencairkan asset, mengeluarkan tabungan dan mengabaikan rancangan strategik pembangunan telah meletakkan beliau sebagai orang yang meletakkan kepentingan diri melebihi kepentingan negara.

Disinilah kuasa dan kemahuan politik diperlukan. Rakyat perlu terus mendesak Najib dengan memberi sokongan kepada PAS sebagai kuasa kedua terbesar selepas UmNo. PAS baru sahaja melalui waktu sukar dan kini sedang mengorak langkah untuk mengukukuhkan kedudukan bersedia menggantikan UmNO. 

Sokongan kepada PAS boleh diterjemahkan kepada penolakkan kepada langkan dan keputusan yang dibuat oleh Najib. Ayuh bangkin selamat kan Malaysia.

#TolakNajib
#SelamatkanMalaysia
#SokongPAS

No comments: