Tuesday, July 28, 2015

Tan Sri Muhyiddin Yassin Digugurkan

PUTRAJAYA, 28 Julai (Bernama) -- Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan daripada barisan kabinet baharu demikian diumumkan pada Selasa dan tempatnya sebagai Timbalan Perdana Menteri diambil alih oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Ahmad Zahid akan terus memegang portfolio Menteri Dalam Negeri.

Pengumuman rombakan kabinet secara langsung menerusi televisyen itu menyaksikan lima orang digugurkan dan tujuh dilantik menteri baharu.

Mereka yang digugurkan:

  • Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri/Menteri Pendidikan)
  • Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah)
  • Datuk Seri Hasan Malek (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan)
  • Datuk Seri G. Palanivel (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar)
  • Datuk Dr Ewon Ebin (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi)

Daripada tujuh menteri baharu itu, tiga merupakan timbalan menteri yang dinaikkan pangkat.

Mereka ialah:

  • Datuk Hamzah Zainudin (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan)
  • Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar)
  • Datuk Seri Mahdzir Khalid (Menteri Pendidikan)

Muka baharu ialah:

  • Datuk Wilfred Madius Tangau (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi)
  • Senator Datuk Seri Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak (Menteri Komunikasi dan Multimedia)

Dua lagi muka lama yang menyertai semula kabinet:

  • Datuk Seri Azalina Othman Said (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
  • Datuk Seri Ong Ka Chuan (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II)
BERNAMA

No comments: