Wednesday, September 10, 2008

MINYAK MENTAH TURUN DI BAWAH USD100

N.Y. Oil Falls, Brent Drops Below $100, as OPEC Signals No Cuts

By Mark Shenk

Sept. 9 (Bloomberg) -- Crude oil fell to a five-month low in New York and Brent oil in London dropped below $100 a barrel as the Saudi Arabian and Venezuelan oil ministers signaled that OPEC will maintain production levels when it meets today in Vienna.

Crude oil for October delivery fell $3.08, or 2.9 percent, to $103.26 a barrel at 2:48 p.m. on the New York Mercantile Exchange. Futures touched $101.74, the lowest since April 2, as prices fell for the seventh day in eight. Prices have dropped 30 percent from a record $147.27 on July 11.

Brent crude oil for October settlement declined $3.10, or 3 percent, to settle at $100.34 a barrel on London's ICE Futures Europe, the lowest settlement price since April 1. Futures touched $98.94, the lowest intraday price since March 25. The contract has dropped nine straight days, the longest stretch since 1988.

_________________________________

Di mana janji hendak turunkan harga bahan bakar serta mengurangkan beban RAKYAT?

Adakah mereka kini dibebani oleh masalah dalam parti yang tidak berkesudahan hingga lupa tanggungjawab kepada Majikan/Rakyat yang melantik mereka. Kini Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang. Persiapan untuk melihat anak-anak ceria di hari lebaran bercampur-baur. Tambahan pula dengan pengumuman Pak Lah yang hanya akan menurunkan minyak pada akhir tahun sekiranya harga terus setabil di bawah paras USD109. Kini harga berada pada paras USD102 dan sesekali jatuh dibawah USD100. Adakah kini Rakyat terpaksa menyara/memberi subsidi negara pulak di atas kelemahan Pak Lah.

Dikala rakyat terpaksa mengikat perut untuk membeli susu anak yang terus naik tak turun-turun, harga beras yang masih kekal tinggi dan lain-lain barang keperluan yang tidak menunjukkan penurunan. Cuma hujan sahaja yang turun.... .itupun di Utara tanahair. Diharap mereka yang ditimpa musibah diberi kekuatan dan kesabaran di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini.

Monday, September 8, 2008

MB Serahkan Bantuan Makanan Kepada Mangsa Ribut

Aktiviti turun padang adalah aktiviti politik sedangkan yang diharapkan oleh mangsa bencana adalah bantuan bukan tunjuk muka semata-mata. Tetapi itulah dia konsep politik BN, mereka tunjuk muka dengan harapan mereka akan diundi semula bila pilihanraya nanti.... Makluman : Imbuhan/gaji/elaun DUN RM8,000.00 sebulan siapa nak bagi?! Najib sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Negara Buat apa?... Wujud lagi ke jawatankuasa ni? Najib jangan buat tak tahu pulak.
______________________________

KLANG, 6 September - Prihatin dengan nasib mangsa ribut di beberapa kawasan dewan undangan negeri (DUN) Selat Klang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini turun padang bertemu penduduk selain menyampaikan bantuan makanan pagi tadi.

Dato' Menteri Besar diiringi Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selat Klang yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Dr Halimah Ali dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang, Mislan Tugiu.

Beliau ketika berucap di hadapan lebih 1,000 mangsa kejadian yang berlaku Isnin lalu itu berharap setiap mangsa akan dapat dibantu.

"Kita akan pastikan setiap mangsa akan dapat diberi pertolongan dan memastikan pemberian itu mesti sampai kepada semua mereka yang menerima bencana ini," katanya pada majlis penyampaian bantuan di Dewan Teluk Pulai dekat sini.

Dato' Menteri Besar berkata dalam saat-saat kecemasan ini, kerajaan persekutuan seharusnya turut menghulurkan bantuan kepada mangsa bencana alam ini dan malangnya situasi itu tidak berlaku.

"Oleh itu, kerajaan negeri akan mengambil alih tugas kerajaan persekutuan untuk selesaikan situasi bencana alam di Selat Klang ini dengan mengambil pendekatan menolong mereka yang terlibat," katanya.

Tambah Abdul Khalid, satu jawatankuasa gerak kerja telah ditubuhkan bagi menyelesaikan masalah itu termasuk menilai kos baikpulih rumah mangsa yang rosak akibat kejadian ribut itu.

Katanya, walaupun tugas itu adalah sukar dan memerlukan ketertiban, namun ia perlu dilaksanakan dengan penuh amanah.

"Tugas ini adalah amanah di mana kita mesti berikan pertolongan kepada mereka yang perlu dan kita tidak boleh ambil kesempatan dalam usaha ini," tambahnya.

Beliau berkata usaha membantu mangsa bencana ini tidak harus kenal agama, bangsa mahupun pegangan politik.

Usaha membantu mangsa bencana alam ini turut mendapat bantuan Yayasan Amal Malaysia, Lembaga Zakat Selangor dan Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah Kuala Langat.

Kejadian ribut pada Isnin lalu turut menjejaskan premis perniagaan dan kediaman di beberapa kawasan di Klang seperti Sungai Udang, Kampung Delek, Teluk Gadong, Teluk Pulai dan Rantau Panjang.

Bekerja Untuk Selesaikan Masalah, Bukan Sekadar 'Tunjuk Muka'

KLANG, 6 September - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi rakyat ialah dengan membuat kerja untuk mengatasi masalah itu bukan hanya menunjukkan muka kepada mereka sebagai tanda sudah turun padang.

"Kematangan kita ialah menyelesaikan masalah, bukan turun (padang) dan tengok-tengok muka, bukan (caranya).

"Cara yang kita buat ialah melalui cara bekerja dan (daripada masalah tertentu), memerlukan masa (untuk diatasi)," katanya ketika mengulas dakwaan yang beliau tidak turun padang menjenguk mangsa ribut di sekitar Selat Klang dan Rantau Panjang Isnin lalu.

Menurut beliau, sumbangan bantuan yang hendak diberi kepada penduduk tidak harus dinilai melalui berapa ramai, berapa wang mahupun berapa jam yang telah digunakan untuk membantu.

"Banyak cakap saja tidak guna, (kerana) buat kerja lebih baik," katanya.

Beliau berkata kehadiran beliau selepas kejadian itu tidak diperlukan memandangkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan itu (Selat Klang), Dr Halimah Ali sudah ada dan sangat aktif membantu.

"Kami berkomunikasi melalui sms dan telefon bagaimana hendak menyelesaikan masalah yang dihadapi mangsa...jadi lebih baik Menteri Besar tidak datang tetapi boleh hantar tukang rumah dan lain-lain untuk membantu penduduk," katanya.

Abdul Khalid ketika ditanya sama ada jika beliau menjenguk penduduk pada masa itu akan dapat memberikan sokongan moral, beliau berkata ia tidak diperlukan orang yang dalam kecemasan.

"Mereka hendakkan pertolongan. Itu sebab saya hendak tukar konsep (sokongan moral) itu, ada ahli politik yang suka 'bergaya', tetapi saya bukan datang dari kumpulan seperti itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita selepas menyampaikan bantuan makanan kepada mangsa kejadian ribut di Dewan Orang Ramai Teluk Pulai pagi tadi.

Kehadiran beliau bersama-sama dengan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail dan Dr Halimah menafikan andaian sesetengah pihak yang Abdul Khalid tidak prihatin dengan nasib mangsa.

Sementara itu menurut Rodziah, jawatankuasa gerak kerja yang telah dibentuk akan membuat penilaian kerosakan bagi setiap rumah dan menggalakkan semangat gotong royong di kalangan penduduk.

Menurut beliau, kerajaan negeri sudah menyediakan peruntukan untuk membantu mangsa ribut berkenaan melalui Tabung Bencana Negeri.

"Kita juga telah menambah peruntukan dalam tabung itu tambahan kepada peruntukan sedia ada program kerajaan prihatin yang disumbangkan setiap anak syarikat kerajaan negeri," katanya.

Beliau berkata dianggarkan sebanyak 20 kediaman yang ranap akan dipastikan dibina semula.

"Kita bagi pada pihak kontraktor yang betul untuk memastikan rumah mereka dapat didirikan dengan baik," katanya.

Beliau menganggarkan sejumlah RM25,000 bagi sebuah rumah diperuntukkan bagi tujuan itu.

Rodziah berharap nasib yang menimpa penduduk di kawasan terbabit akan mendapat perhatian kerajaan persekutuan.

"Jangan lihat ini kerajaan negeri Selangor sahaja punya masalah, sepatutnya kerajaan persekutuan patut turun padang dan sama-sama menyelesaikan masalah rakyat.

"Saya memohon kerajaan persekutuan tidak memandang ini sebagai hal ehwal politik tetapi isu kemanusiaan," katanya.

Beliau juga berharap Dato' Menteri Besar seorang tidak harus dibebankan dengan masalah itu sedangkan ada kepimpinan lain yang boleh turun padang.

Kejadian ribut yang berlaku Isnin lalu menjejaskan kediaman 1,107 penduduk di Selat Klang dan hampir 500 penduduk di Rantau Panjang.

Friday, September 5, 2008

Guan Eng umum tubuh SAR, kembalikan bantuan perkapita

Mohd Sabri Said
Fri | Sep 05, 08 | 12:22:45 pm MYT

PULAU PINANG, 5 Sept (Hrkh) - Kerajaan Negeri Pulau Pinang bercadang menubuhkan Sekolah Agama Rakyat (SAR) sendiri tidak lama lagi di kawasan yang akan dimaklumkan kemudian kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Jelasnya dalam majlis berbuka puasa bersama kepimpinan PAS Negeri di Restoran Kassim Mustaffa di Seberang Jaya semalam beliau menambah, semua cadangan itu akan diuruskan oleh Exco Hal Ehwal Agama, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Penerangan dan Perhubungan Masyarakat, Mohamad Fairus Khairudin.

Beliau berharap Adun Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman bekerjasama dengan Mohamad Fairus untuk berbincang mengenainya di samping membantu merealisasikan perancangan agar tidak ketinggalan.

"Kerajaan Negeri sedang merancang untuk menubuhkan SAR sendiri tidak lama lagi namun tempat, berapa buah dan peruntukan akan diberitahu kelak, " ujarnya.

Kerajaan Negeri juga akan mengembalikan peruntukan kepada SAR setelah dicantas oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) di era bekas Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad.

Peruntukan itu amat wajar tegasnya, untuk menghidupkan pergerakan persekolah agama untuk generasi Islam.

Menurut Lim lagi, Kerajaan Pakatan Rakyat bukan sepertimana BN yang sanggup menghukum SAR kerana sokongan pada parti itu kurang kononnya kebanyakan orang Melayu berpaling tadah menyokong pembangkang.

"Bila peruntukan dicantas oleh Kerajaan BN ia memberi kesan terhadap pendidikan terutamanya pihak sekolah yang mengelolakannya. Setelah berkuasa kita akan beri kembali, " katanya yang juga Ahli Parlimen Bagan.

PAS KETINGGALAN?

Oleh YB Iskandar Abdul Samad

PAS ketinggaalan di dalam Pakatan Rakyat? Puas saya memikirkan dari sudut mana.

Kalau dari segi kerusi yang dimenangi memang benar tetapi itu bukan salah Pakatan Rakyat. PAS hanya menang 8 kerusi walhal PKR mendapat 15 dan DAP 13.

PAS telah bertanding 20 kerusi, PKR 20 dan DAP 15. Adakah PAS akan memenangi lebih kerusi jika tidak berada di dalam Pakatan? Adakah salah Pakatan yang membuat PAS gagal mendapatkan sebarang kerusi di Sabak Bernam, Tg. Karang atau Sg. Besar?

Dalam kerajaan pula bagaimana? PAS dengan 8 kerusi mendapat 3 orang Exco sama dengan DAP yang ada 13 kerusi. Fikirkan!

Ahli majlis dalam PBT? Memang benar PAS ketinggalan berbanding dengan DAP dan PKR. Tetapi menurut rakan-rakan lain dalam Pakatan, ini sepadan dengan kerusi yang dimenangi. PAS sudah tentu akan berkata mereka mempunyai jentera yang lengkap, mempunyai ahli di setiap ceruk negeri Selangor oleh itu wajar diberikan jumlah ahli majlis yang lebih. Mungkin ada benarnya hujjah ini kerana jumlah ahli-ahli majlis dari NGO lebih dari PAS yang merupakan komponen Pakatan. Mungkin kalau begitu jika hendak mencari PACA, mintalah tolong dari NGO bukan dari PAS lagi.

Dari segi Exco pula bagaimana? PAS ada 3 Exco tapi jika ada ahli-ahli PAS yang tidak bersetuju dengan pemilihan mereka (ada yang mengatakan mereka “orang Hasan Ali”) maka mereka sudah tentu akan mengatakan PAS tidak mempunyai sebarang Exco!

Di negara-negara maju, portfolio-portfolio terpenting di dalam kerajaan selalunya adalah kesihatan, perumahan dan pendidikan (Health, Housing & Education). Di Selangor, dua dari tiga portfolio ini dipegang oleh PAS. Saya menjaga perumahan dan Dr. Halimah pula pendidikan.

Tetapi yang paling penting, hal ehwal agama di bawah PAS. Tetapi ada yang mempertikaikannya kemajuan agama Islam di bawah Pakatan, walaupun baru 4 bulan lebih di bawah Pakatan. Walaupun yang mempertikaikan itu dapat berceramah atau mungkin juga berkhutbah di masjid dan surau. Sesuatu yang mustahil sebelum 8 Mac.

Kemenangan 8 Mac telah membebaskan surau dan masjid walaupun kebanyakan DUN-DUN yang dimenangi mempunyai majoriti bukan Islam. Ada yang berkata masjid dan surau dibebaskan oleh orang-orang Cina dan India. Mungkin ada yang marah kepada mereka yang bercakap begini tetapi ini realitinya. Di DUN saya kita kalah di kampung Melayu tetapi menang besar di kampung baru Cina.

Implikasi kemenangan ini adalah :

1. Penceramah-penceramah yang sebelum ini dilarang memberi kuliah di masjid dan surau boleh berbuat demikian sekarang walaupun perlu mendapat tauliah dahulu.
2. Para jemaah tidak lagi tidur ketika khutbah Jumaat akibat dari khutbah-khutbah yang tidak bermaya dan mengampu kerajaan Barisan Nasional.
3. Peranan masjid dan surau telah diperkasakan. Tidak lagi sepi kecuali waktu-waktu solat tetapi telah diadakan pelbagai program seperti program-program kesihatan dan motivasi.
4. Banyak masjid dan surau telah memberi ruang kepada AJK-AJK baru yang cenderung kepada perjuangan Islam.
5. Zakat tidak lagi dikuasai oleh golongan-golongan tertentu tetapi benar-benar dimanfaatkan untuk rakyat. Saya terkejut begitu cepat duit zakat dapat dikeluarkan apabila telah berlaku kebakaran di Kg. Pandan, RM38,000 tunai dalam masa kurang dari 24 jam.

Ini berlaku di saat dan ketika belum ada lagi arahan untuk menukar jawatankuasa masjid dan surau. Mungkin ini berlaku di kawasan-kawasan yang mempunyai wakil rakyat tetapi dengan kerajaan negeri milik Pakatan, tidak ada sebab kenapa ahli-ahli PAS tidak bertindak dengan lebih pro-aktif bagi kawasan-kawasan yang kita kalah. Di kawasan-kawasan yang PAS kalah, kawasan-kawasan yang majoritinya pengundi Islam, usaha-usaha dakwah ini patut dilipat ganda. Tumpukan kepada peluang-peluang yang terbuka kepada kita bukan kepada perkara-perkara yang belum lagi kita perolehi.

Jadi ketinggalan macam mana? Berbalik kepada PAS tidak dapat apa-apa, apa sebenarnya yang diperolehi PKR dan DAP?

Apa yang DAP dapat lebih dari PAS? Kilang haram? Tokong yang lebih besar? Belum ada lagi keputusan.

Apa yang PKR dapat lebih dari PAS? Memang benar pengurus pasukan bolasepak Selangor diberikan kepada orang PKR tetapi adakah itu yang dikejar? Pengarah-pengarah GLC? Belum ada lagi perlantikan walaupun ianya patut disegerakan sebelum puak-puak UMNO di dalamnya melelong segala hartabenda.

Memang benar terdapat perkara-perkara yang mengguris hati ahli-ahli PAS. Tetapi adakah sebab itu kita lari kepada UMNO? Bukankah UMNO juga pernah menaja konsert lebih merosakkan dari Mas Idayu dan Ella? Bukankah UMNO yang meluluskan segala lesen-lesen arak di seluruh Negara?

Kita peringkat negeri Selangor terdapat Jawatankuasa Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh 4 orang ahli dari setiap parti. Saya tidak berada di dalamnya.

Di dalam jawatankuasa ini, semuanya sama taraf. Menurut DAP, tidak ada gelaran “YB”, semuanya “Saudara”. Jawatankuasa ini yang menentukan polisi kerajaan atau menentukan agenda kerajaan.

Tetapi mentadbir negeri bukan seperti mentadbir Kawasan atau Cawangan. Ianya terlalu luas. Terdapat begitu banyak jentera kerajaan dan pegawai kerajaan yang terlibat. Kita baru empat bulan. Sepertimana Kelantan ketika baru empat bulan memerintah, banyak cabaran yang perlu dihadapi


Hanya diperlukan sedikit kesabaran. Bukan dari orang Selangor tetapi dari seluruh warga PAS dari seluruh negara. Walaupun susah sebab tahap kesabaran kita berbeza-beza, contohnya orang Kelantan memang penyabar manakala orang Terengganu, menurut isteri saya yang berasal dari Terengganu, agak gopoh.

Saya amat berharap pimpinan PAS tidak akan bertindak berdasarkan laporan-laporan yang tidak tepat dari Selangor. Saya bimbang jika laporan-laporan ini diberikan oleh mereka yang sememangnya cenderung kepada UMNO, maka yang baik juga dikatakan buruk. Saya takut sebab laporan yang tidak tepat dari Selangor, PAS di peringkat tertinggi akan membuat keputusan untuk mendekati UMNO dan BN.

Saya mohon maaf jika penilaian saya ini tidak tepat. Saya hanya mempunyai pengalaman berada di kerajaan Pakatan Rakyat. Adakah kedudukan PAS lebih baik di dalam BN? Itu saya tidak ada pengalaman. Tanyalah mereka yang pernah berada di dalam kerajaan BN seperti Dato’ Mustafa Ali yang pernah menjadi Timbalan Menteri ketika PAS berada di dalam BN.

22 Julai 2008

Wednesday, September 3, 2008

Selangor Tidak Iktiraf JKKKP, 366 Ketua Kampung Terima Surat Pelantikan

SHAH ALAM, 30 Ogos - Selangor mengulangi pendirian tidak akan mengiktiraf kewujudan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) di negeri ini.

Dato' Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata jawatankuasa serupa di peringkat negeri sudah diwujudkan oleh kerajaan negeri, jadi jawatankuasa yang tidak berkaitan dengannya tidak akan diiktiraf.

"Kita hanya berikan keutamaan kepada organisasi kerajaan negeri untuk menggunakan kemudahan fasiliti seperti dewan orang ramai," katanya ketika diminta mengulas yang JKKKP tidak akan dibenarkan menggunakan segala kemudahan milik kerajaan negeri.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan surat pelantikan kepada 366 ketua kampung tradisi negeri Selangor di Wisma PKPS, di sini tengah hari ini.

Menurut beliau, lantikan ketua kampung terletak dalam bidang kuasa kerajaan negeri yang mana ketua kampung adalah di bawah kelolaan penghulu yang juga dilantik oleh kerajaan negeri.

Tambahnya, kewujudan dua jawatankuasa serupa hanya akan membazirkan wang pembayar cukai.

"Kita harap kerajaan persekutuan tidak akan bazirkan wang pembayar cukai...rakyat Selangor membayar kadar cukai yang tinggi berbanding rakyat di negeri-negeri lain," katanya.

Jelasnya, pengurusan wang pembayar cukai perlu dilakukan dengan betul bagi mewujudkan perkhidmatan yang cekap dan telus.

Sementara itu, Abdul Khalid berharap ketua kampung yang dilantik akan dapat menjalankan tugas untuk semua kaum tanpa mengira fahaman politik.

"Kita hendak cari mereka yang sanggup bekerja, tidak membezakan perkhidmatan mereka antara rakyat, maknanya tidak kira parti atau etnik.

"Kita gembira hendak mengatakan kepada orang ramai yang kita tidak melantik orang yang hendak menjadi ketua kampung kepada komuniti-komuniti tertentu sahaja," katanya.

Semua ketua kampung yang dilantik akan melalui tempoh percubaan selama enam bulan untuk disemak dan dinilai oleh pejabat daerah, selain tidak dibenarkan memegang apa-apa jawatan dalam parti.

Dalam tempoh itu, senarai nama ketua kampung terbabit akan dihantar untuk tapisan keselamatan oleh pihak polis bagi memastikan mereka mempunyai rekod bersih.

Cuti Oh Cuti....

31 Ogos = Hari pembebasan dari penjajah = Independence Day = Hari Kemerdekaan
16 September = Hari pembentukkan negara Malaysia = National Day = Hari Kebangsaan

Anwar kata 16 September tarikh keramat. Hari pembentukkan Malaysia. Hari yang perlu dirai oleh seluruh rakyat Malaysia. 16 September juga tarikh 'bersemadinya' BN.

Najib kata "Semua lapisan rakyat telah menerima bahawa 31 Ogos adalah Hari Kemerdekaan dan untuk mengiktiraf hari lain sebagai Hari Kemerdekaan akan memberi pelbagai andaian, pertelagahan dan tidak sihat daripada segi perpaduan nasional".


Tuesday, September 2, 2008

Adakah Fries McD Halal?


Hello Jafri:

Thank you for taking the time to contact McDonald's.

We appreciate this opportunity to share information with you about our french fries. For flavor enhancement, McDonald's french fries suppliers use a very small amount of beef flavor as a natural flavoring during the par-frying process at the potato processing plant. In the restaurant, the french fries are cooked in vegetable oil.

You may be interested to know that we recently updated our nutrition information to include the ingredients in "natural flavors" for all our US core menu items. Customers will now be able to find out if a natural flavor comes from a dairy, meat or vegetable source. We do not ship our french fries all over the world. We have distributors all over the world that adhere to religous standards. Also McDonald's has never used pig fat. If you are interested in reviewing this information, please visit our web site at www.mcdonalds.com. We hope this information is helpful.

Again, thank you for contacting McDonald's. We hope to have the opportunity of serving you again soon under the Golden Arches.

Donnell
McDonald's Customer Response Center

ref#:5380495

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Please do not "reply" to this email response. All "replies" go to an unmonitored mailbox and are not reviewed. If you wish to contact McDonald's Customer Response Center again, please visit our website at www.mcdonalds.com.

You wrote:

Recently I received this message:

MCDONALDS announced in the 1990's that it changed its frying oil from animal fat to vegetable oil for those who are vegetarian. However, it turned out that this information did not turn out to be completely true French fries are fried slightly in animal fat then frozen and shipped to all the McDonald's stores for the final frying The following information was announced on the Arabic BBC channel .

Basically, what they do is they cut the potatoes into slices and then coat them with a thin layer of lard (pig fat) or cow fat so that when it is fried it will crunch. Then these fries are shipped to McDonald's stores in different parts of the world including India and the Arab countries. Mc Donald's apologized to the Indians after receiving complaints, since a good number of Indians do not eat anything that has ingredients derived from animals. And of course no apology has been made to the Arab countries. So in summary, Mc Donald's fries is coated with a layer of either cow fat or lard (pig fat which is thicker and cheaper) then shipped to all Mc Donald's stores over the world, which is then fried in vegetable fat.

Please alert all those you know of this information.

Please confirm.

Perutusan Mursyidul Am PAS sempena Ramadan


Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat
Mon | Sep 01, 08 | 9:27:56 am MYT

Alhamdulillah kita dipertemukan kembali dengan bulan penuh rahmat dan keampunan daripada Allah Subhanawataala. Saya merakamkan ucapan selamat menyambut Ramadan al-Mubarak kepada seluruh rakyat Malaysia dan umat Islam di pelusuk dunia.

Menjadi kebiasaan kita orang Melayu mengenali Ramadan sebagai bulan puasa. Tanpa disedari sebutan yang sudah lama berakar umbi itu tidak tepat dengan pengertian sebenar Ramadan.

Ramadan bukan sekadar dihiasi dengan ibadat puasa yakni menahan diri daripada makan, minum dan apa sahaja yang membatalkan puasa kerana takrifan sebenarnya lebih luas lagi.

Puasa juga sebenarnya boleh dilakukan pada bulan lain, seperti yang menjadi amalan sesetengah daripada kita iaitu bulan Rejab dan Syaaban. Sebab itulah penggunaan istilah Ramadan lebih tepat bagi menggambarkan maksud dalam melaksanakan amal ibadat sepanjang bulan penuh berkat ini.

Ramadan juga membawa maksud bulan kebajikan di mana di dalamnya ada zakat fitrah yang menjadi kewajiban dilaksanakan setiap umat Islam. Umat Islam amat digalakkan bersedekah sebagai melengkapkan amalan ibadat puasa kita di siang hari.

Ini kerana di sekeliling kita ada mereka yang kurang bernasib baik. Maka pada kesempatan ini kita hulurkan sedikit sumbangan kepada mereka.

Oleh itu saya mengajak umat Islam menggunakan kesempatan Ramadan kali ini bagi menggandakan amal ibadat serta memohonkan keampunan daripada Allah Taala.