Aktiviti turun padang adalah aktiviti politik sedangkan yang diharapkan oleh mangsa bencana adalah bantuan bukan tunjuk muka semata-mata. Tetapi itulah dia konsep politik BN, mereka tunjuk muka dengan harapan mereka akan diundi semula bila pilihanraya nanti.... Makluman : Imbuhan/gaji/elaun DUN RM8,000.00 sebulan siapa nak bagi?! Najib sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Negara Buat apa?... Wujud lagi ke jawatankuasa ni? Najib jangan buat tak tahu pulak.
______________________________KLANG, 6 September - Prihatin dengan nasib mangsa ribut di beberapa kawasan dewan undangan negeri (DUN) Selat Klang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini turun padang bertemu penduduk selain menyampaikan bantuan makanan pagi tadi.
Dato' Menteri Besar diiringi Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selat Klang yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Dr Halimah Ali dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang, Mislan Tugiu.
Beliau ketika berucap di hadapan lebih 1,000 mangsa kejadian yang berlaku Isnin lalu itu berharap setiap mangsa akan dapat dibantu.
"Kita akan pastikan setiap mangsa akan dapat diberi pertolongan dan memastikan pemberian itu mesti sampai kepada semua mereka yang menerima bencana ini," katanya pada majlis penyampaian bantuan di Dewan Teluk Pulai dekat sini.
Dato' Menteri Besar berkata dalam saat-saat kecemasan ini, kerajaan persekutuan seharusnya turut menghulurkan bantuan kepada mangsa bencana alam ini dan malangnya situasi itu tidak berlaku.
"Oleh itu, kerajaan negeri akan mengambil alih tugas kerajaan persekutuan untuk selesaikan situasi bencana alam di Selat Klang ini dengan mengambil pendekatan menolong mereka yang terlibat," katanya.
Tambah Abdul Khalid, satu jawatankuasa gerak kerja telah ditubuhkan bagi menyelesaikan masalah itu termasuk menilai kos baikpulih rumah mangsa yang rosak akibat kejadian ribut itu.
Katanya, walaupun tugas itu adalah sukar dan memerlukan ketertiban, namun ia perlu dilaksanakan dengan penuh amanah.
"Tugas ini adalah amanah di mana kita mesti berikan pertolongan kepada mereka yang perlu dan kita tidak boleh ambil kesempatan dalam usaha ini," tambahnya.
Beliau berkata usaha membantu mangsa bencana ini tidak harus kenal agama, bangsa mahupun pegangan politik.
Usaha membantu mangsa bencana alam ini turut mendapat bantuan Yayasan Amal Malaysia, Lembaga Zakat Selangor dan Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah Kuala Langat.
Kejadian ribut pada Isnin lalu turut menjejaskan premis perniagaan dan kediaman di beberapa kawasan di Klang seperti Sungai Udang, Kampung Delek, Teluk Gadong, Teluk Pulai dan Rantau Panjang.
No comments:
Post a Comment