Friday, January 30, 2009

Berhenti berdemonstrasi di hadapan kedutaan Amerika Syarikat!

Biasanya apabila berlaku kekejaman Yahudi ke atas umat Islam Palestin, seluruh dunia akan berdemonstrasi di hadapan kedutaan Israel, Amerika Syarikat dan negara-negara kuasa besar dunia yang lain.

Berbeza dalam isu terkini yang berlaku di Gaza. Sebagai membantah kekejaman ini, umat Islam di negara-negara Arab bukan sahaja berdemonstrasi di hadapan kedutaan Israel dan Amerika Syarikat, tetapi mereka berhimpun di hadapan kedutaan Mesir dengan melaungkan slogan yang mengecam pemimpin Mesir, Jordan, Arab Saudi dan lain-lain.

Kalau dahulu, mereka melaungkan slogan, "Khaibar, khaibar ya yahud, jaizyu Muhammad saufa ya'ud," kini mereka menukarkannya kepada slogan baru, "Khaibar, khaibar ya yahud, Mubarak 'aduwwullah!".

Kenapa marah sangat umat Arab kepada pemimpin-pemimpin Arab? Kalaupun pemimpin Arab itu jahat, bukankah Yahudi lebih jahat. Yahudi yang bunuh umat Islam Palestin. Yahudi yang rampas tanah orang Islam Palestin. Yahudi yang tabur bom ke atas bumi Gaza.

Orang-orang Arab kata, "Ya, memang Yahudi yang bunuh umat Islam. Memang Yahudi yang hancurkan bumi Gaza. Tetapi mereka tidak akan berani berbuat demikian jika tidak mendapat isyarat daripada pemimpin-pemimpin Arab."

"Ini bukan kali pertama. Dahulu ketika tentera Mesir hampir menang menentang tentera Yahudi (1938) selepas dibantu oleh ahli-ahli gerakan Ikhwanul Muslimin, pemimpin Mesir merasa bimbang. Mereka bimbang kemenangan ini akan membuatkan gerakan Islam jadi kuat dan mengancam kedudukan mereka di tampuk kuasa."

"Tentera Mesir dikerah pulang. Orang Ikhwan juga diperintah balik. Bila sampai di Kaherah, mereka ditangkap beramai-ramai dan disiksa di dalam penjara Mesir (bukan penjara Israel). Hasan Al Bana yang mengepalai mujahidin Mesir dibunuh di Syari' Ramsis."

"Hari ini peristiwa yang sama berulang. Hamas mendapat sokongan majoriti rakyat. Pemimpin Mesir dan pemimpin-pemimpin sekular negara-negara Arab sedar bahawa Hamas adalah gerakan Islam. Sedangkan Fatah sekular. Kalau dibiarkan Hamas menang di Palestin, bermakna ideologi sekular pemimpin Arab juga bakal menemui kehancuran. Maka mereka cuba memberi jalan seluasnya kepada Israel untuk menghancurkan Hamas."

"Biar bumi Palestin hancur. Biar umat Islam habis terbunuh. Demi untuk melihat Hamas tidak lagi berkuasa di Palestin. Inilah pegangan pemimpin-pemimpin Arab."

Pandangan majoriti rakyat Arab ini ada benarnya. Umat Islam Palestin tidak mendapat bekalan senjata mahupun makanan dan perubatan dari negara-negara sebangsa dan seagama dengan mereka. Pintu sempadan di tutup.

Pada tahun 2002, empat orang pejuang Palestin ditembak mati oleh tentera Jordan (Arab/Islam) di sempadan Palestin-Jordan kerana cuba membawa masuk bantuan dari Jordan ke Palestin. Bukan tentera Israel yang tembak mereka. Tetapi tentera Jordan! Tentera Israel yang berada di sebelah sana hanya memerhatikan dari jauh sambil tersenyum.

Begitu juga dengan sempadan Palestin-Mesir. Ia ditutup rapat sejak sekian lama. Apabila tentera Yahudi undur dari Rafah/Gaza dua tiga tahun lalu, rakyat Palestin cuba meruntuhkan tembuk sempadan. Namun kemudiannya dibina kembali oleh Mesir. Seolah-olah Mesir sengaja mengurung rakyat Palestin untuk diratah oleh Yahudi.

Tidak ada apa yang boleh disalurkan ke Palestin menerusi sempadan negara-negara Arab. Justeru, tidak hairanlah kita melihat di dalam TV bagaimana umat Islam Palestin terpaksa menghadapi serangan kereta kebal Israel dengan hanya melontar batu ke arah mereka.

Pejuang-pejuang dari negara umat Islam juga tidak dapat masuk ke Palestin untuk sama-sama berjuang membantu saudara seagama mereka di Palestin. Mereka hanya mampu berdoa dari jauh.

Ingatkah saudara kepada peristiwa di Afghanistan pada tahun 1979. Apabila Soviet Union menceroboh bumi Afghan, umat Islam bangun menentang. Cantiknya, beberapa tahun kemudian, Pakistan yang dipimpin oleh Jeneral Zia ul Haq membuka pintu sempadan. Peluang ini lantas direbut oleh umat Islam dari pelbagai negara untuk pergi ke Afghanistan, dengan membawa bantuan kewangan, senjata, makanan dan sebagainya bagi membantu umat islam Afghan.

Muncullah nama-nama pejuang seperti Dr Abdullah Azam (dari Palestin), Syeikh Tamim Al Adnani, Syeikh Usamah bin Laden (dari Arab Saudi), Dr Abd Majid Zandani (dari Yaman), Aiman Az Zawahiri (dari Mesir) dan lain-lain pejuang yang sangat dikagumi oleh rakyat Afghan. Hasilnya, Soviet Union bukan sahaja terpaksa balik kampung dengan sungguh menghinakan, bahkan kerajaan negara berkenaan tumbang tanpa perlu mujahidin menyerang. Mereka kalah di Kabul, mereka tumbang di Moskow.

Dengan kemenangan itu juga, satu demi satu negara jajahan mengisytiharkan diri keluar dari kesatuan USSR. Yang tinggal hanya Russia sahaja. Andai kata sempadan Palestin dengan negara-negara Arab (Mesir, Jordan, Lubnan dan Syria) dibuka, insya Allah bukan sahaja Israel yang akan kalah. Bahkan Amerika Syarikat juga akan hancur.

Zulkifli pula ajak MP Umno sertai PAS bentuk kerajaan pusat

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang sebelum ini disebut-sebut menyertai Umno atau PAS, menggesa ahli-ahli Parlimen dari Umno agar menyertai PAS untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baru.

Zulkifli, yang menjadi perhatian ekoran kontroversi dalam isu membantah forum anjuran Majlis Peguam Ogos lalu berkata, cara terbaik menyelesaikan masalah penyakit kronik Umno ialah dengan membubarkan parti itu.

"Apa yang menyedihkan, kelemahan pimpinan dan parti Umno hari ini menyebabkan bukan sahaja hak istimewa bangsa mula dipertikaikan, malah agama Islam sendiri turut diserang dan diperlekehkan.

"Saya percaya cara terbaik untuk memartabatkan dan memperkukuhkan Islam dan bangsa Melayu ialah dengan membubarkan Umno, sekali gus saya menyeru supaya semua ahli dan pimpinan Umno supaya menyertai PAS," kata beliau dalam blognya.

Zulkifli memenangi kerusi itu atas tiket PKR, yang Jawatankuasa Disiplinnya pernah memangil beliau berhubung isu tersebut.

Kata beliau, jika cadangan itu diterima, PAS yang mempunyai 24 Ahli Parlimen, akan menambah kedudukannya sebanyak 89 anggota Dewan Rakyat.

"Ini akan menjadikan Ahli Parlimen PAS berjumlah 113 orang, sekali gus membolehkan PAS membentuk Kerajaan Persekutuan dengan majoriti mudah (sebanyak 112).

"Dengan sokongan Ahli Parlimen PKR seramai 31 orang (21 beragama Islam) maka PAS akan boleh membentuk kerajaan persekutuan dengan majoriti yang selesa.

"Insya-Allah dengan menjadikan peristiwa Gaza sebagai pengajaran, saya berharap dan berdoa agar pimpinan dan ahli Umno akan dapat berlapang dada dan memikirkan serta menimbang cadangan saya ini," katanya lagi.

Kelmarin, Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddin mencadangkan pembubaran kesemua sayap Wanita, Pemuda, Putera dan Puteri Umno sebagai salah satu cara membendung masalah politik wang, rasuah dan salah guna kuasa dalam Umno.

PKR merupakan salah satu komponen Pakatan Rakyat, yang Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meletakkan sasaran mahu membentuk kerajaan pusat yang baru dengan menarik wakil rakyat Barisan Nasional (BN) menyertai pihaknya menjelang 16 September lalu.

Tetapi ia tidak menjadi kenyataan.

Ahad lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota dari Umno, Datuk Nasarudin Hashim menyertai PKR.

Hati-hati risiko guna kad debit

Pemegang kad debit menghadapi risiko hilang semua simpanan dalam akaun tanpa jaminan bank jika kad itu disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, kata Gabungan Persatuan- persatuan Pengguna Malaysia (Fomca).

Setiausah agungnya Muhammad Sha'ani Abdullah berkata sindiket penipuan boleh mencuri data pemilik kad untuk diklon sebagai kad debit palsu untuk membeli barangan, lapor Bernama.

Tambahnya, kerana kad debit disambung terus kepada akaun pemegang kad dan sebarang pembelian menggunakannya, wang akan ditolak serta-merta daripada akaun pengguna.

"Ini bermakna risiko terletak sepenuhnya pada pemegang kad debit dan bank tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang dialami oleh pemegang akibat penyalahgunaan kad berkenaan," beliau dipetik berkata hari ini.

Berbeza dengan pengguna kad kredit yang mendapat jaminan tertentu bank, pemilik kad debit tidak mendapat jaminan sedemikian.

"Jika kad kredit disalahgunakan oleh pihak tertentu, maka pemegang boleh mempertikaikan jumlah perbelanjaan dan menuntut semula bayaran dari bank," katanya.

Muhamad Sha'ani, yang juga ketua eksekutif Pusat Perkhidmatan Aduan Pengguna Nasional (NCCC), menambah bank tempatan membuat promosi kad debit secara agresif sejak tahun lepas dan pengguna perlu berwaspada untuk memilikinya.

Bagaimanapun sumber perbankan menjelaskan, risiko kad debit adalah minima apabila digunakan dalam negara kerana penggunaannya berdasarkan tandatangan pemegang dan kad mempunyai cip keselamatan.

Tambahnya, seperti dipetik agensi berita itu, pemegang kad debit tidak perlu berhutang untuk berbelanja kerana mereka hanya dapat berbelanja mengikut jumlah simpanan dalam akaun sahaja.

"Ini membantu mendisiplinkan pengguna dari segi perbelanjaan yang tidak perlu atau menanggung hutang berlebihan," kata sumber yang tidak didedahkan identitinya.

Kad debit itu baik untuk bank kerana mereka tidak perlu memberi sebarang kredit kepada pemegang dan sekali gus mengurangkan risiko pinjaman tidak berbayar, tambahnya.

Pak Lah Boleh Cakap Macam Ni Ke?

Dia ni pembunuh!

Inilah kenyataan Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan kepada Presiden Negara Haram Israel Shimon Peres di atas pentas di persidangan ekonomi dunia di Davos. Adakah pemimpin negara Islam yang lain berani mengatakannya? Pak Lah?

Inilah antara sebab mengapa regim Zionis ini terus bongkak dan dengan angkuh terus memperlecehkan dunia Arab dan umat Islam keseluruhannya.

Akibat peperangan Palastine Israel 1948, regim Zionis terus menguasai negara Palastine sedikit demi sedikit sehingga rakyatnya terpinggir dan terus ditekan supaya meninggalkan negaranya. Kini negara haram Israel ini lebih besar dari kawasan negara Palestine.

Sedangkan Polis tidak boleh melepaskan tembakkan kepada penjenayah di kawasan awam... inikan pula orang yang kena bom itu masih tidak pasti musuh atau bukan. Adalah satu jenayah yang tidak boleh dimaafkan bila Israel mengebom penempatan awam Palestine atas alasan Hamas melancarkan serangan dari sana. Adakah polis dibenarkan melepaskan tembakkan keatas penjenayah yang amat dikehendakki semasa mereka berada di kompleks membeli belah yang sesak dengan orang ramai? Fikirkanlah.....

Selamatkan Palestine!.....

_________________________________

Turkish PM admonishes Israel president over Gaza

DAVOS, Jan 30 — Turkey's prime minister stalked off the stage at the World Economic Forum red-faced yesterday after reproaching Israel's president over the Gaza offensive by saying "You kill people."

The packed audience, which included President Barack Obama's close adviser Valerie Jarrett, appeared stunned as Turkish Prime Minister Recep Tayyip Erdogan and Israeli President Shimon Peres raised their voices and traded accusations.

Peres was passionate in his defence of Israel's three-week offensive against Hamas militants, launched in reaction to eight years of rocket fire aimed at Israeli territory. As he spoke, Peres often turned towards Erdogan, who in his remarks had criticised the Israeli blockade of Gaza, saying it was an "open air prison, isolated from the rest of the world" and referred to the Palestinian death toll of about 1,300, more than half of those civilians. Thirteen Israelis also died.

"Why did they fire rockets? There was no siege against Gaza," Peres said, his voice rising in emotion. "Why did they fight us, what did they want? There was never a day of starvation in Gaza."

The heated debate with Israel and Turkey at the centre was significant because of the key role Turkey has played as a moderator between Israel and Syria. Erdogan appeared to express a sense of disappointment when he recounted how he had met with the Israeli Prime Minister Ehud Olmert days before the offensive, and believed they were close to reaching terms for a face-to-face meeting with Syrian leaders.

Obama's new Mideast envoy, George Mitchell, will be in Turkey for talks on Sunday.

Erdogan was angry when a panel moderator cut off his remarks in response to an impassioned monologue by Peres defending Israel's offensive against the Hamas rulers of Gaza.

"I find it very sad that people applaud what you said," Erdogan said. "You killed people. And I think that it is very wrong."

The angry exchange followed an hour-long debate at the forum attended by world leaders in Davos. Erdogan tried to rebut Peres as the discussion was ending, asking the moderator, Washington Post columnist David Ignatius, to let him speak once more.

"Only a minute," Ignatius replied.

"Mr Peres, you are older than me. Your voice is too loud," Erdogan told Peres, saying his emotion belied a guilty conscience.

"You kill people," Erdogan told the 85-year-old Israeli leader. "I remember the children who died on beaches. I remember two former prime ministers who said they felt very happy when they were able to enter Palestine on tanks."

When Erdogan was asked to stop, he angrily stalked off, leaving fellow panellists UN Secretary-General Ban-Ki moon and Arab League Secretary Amr Moussa.

"When it comes to killing, you know it too well," the Turkish leader said.

When the moderator tried to cut short Erdogan's remarks, saying it was past time to adjourn for dinner, he answered in frustration, "Don't interrupt me. You are not allowing me to speak."

He then said: "I will not come to Davos again."

Ultimately, Erdogan stressed he left not because of a dispute with Peres but because he was not given time to respond to the Israeli leader's remarks. Erdogan also complained that Peres had 25 minutes while he was only given 12 minutes.

"I did not target at all in any way the Israeli people, President Peres, or the Jewish people," Erdogan told a news conference afterwards.

"I am a prime minister, a leader who has specifically expressly stated that anti-Semitism is a crime against humanity," he said.

Peres and Erdogan raised their voices — highly unusual at the elite gathering of corporate and world leaders, which is usually marked by polite dialogue.

Moussa, a former Egyptian foreign minister, said Erdogan's action was understandable.

"Mr Erdogan said what he wanted to say and then he left. That's all. He was right." Of Israel, he said, "they don't listen."

Erdogan brushed past reporters outside the hall. His wife appeared upset. "All Peres said was a lie. It was unacceptable," she said, eyes glistening.

"I have known Shimon Peres for many years and I also know Erdogan. I have never seen Shimon Peres so passionate as he was today. I think he felt Israel was being attacked by so many in the international community. He felt isolated," said former Norwegian Prime Minister Kjell Magne Bondevik.

"I was very sad that Erdogan left. This was an expression of how difficult this situation is."

Earlier yesterday, Israeli election front-runner Benjamin Netanyahu told another session that keeping nuclear weapons out of Iran's hands was more important than the economy because the financial meltdown is reversible.

"What is not reversible is the acquisition of nuclear weapons by a fanatic radical regime ... We have never had, since the dawn of the nuclear age, nuclear weapons in the hands of such a fanatical regime," said Netanyahu, who is seeking to return to the Israeli prime minister's office.

Iran maintains that it is seeking nuclear power for peaceful purposes and not for a weapons programme.

An Iranian official in Davos appeared to extend a hand to the Obama administration as discussion broadened to include Iran, oil and what might be expected from the new leaders in Washington.

Foreign Minister Manouchehr Mottaki said Tehran would take a "cooperative approach" with the US as long as it saw changes that go beyond words.

"We do believe that if the new administration of the United States, as Mr Obama says, is going to change its policies not in saying but practice, they will find in the region a cooperative approach and reaction," Mottaki said.

Obama has stressed the importance of engaging Iran, a country the Bush administration often singled out as the most dangerous in the Middle East. — AP

Thursday, January 29, 2009

Konvoi bermotosikal ukhuwwah para pemuda Dusun Tua

Cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini telah digunakan oleh para pemuda Kg Dusun Tua Batu 16 dan Batu 17 bersama-sama berkonvoi motosikal ke Cherating. Program rutin tahunan anjuran pemuda Kg Dusun Tua ini diteraju oleh Biro Belia JKKK Batu 17 Dusun Tua dengan kerjasama rai Majlis Perwakilan Penduduk Zon 1 & 3 serta Jawatankuasa Pengurusan DUN Dusun Tua

Program dirasmi dan dilacarkan oleh YBhg Al-Fadhil Ustaz Musa Baharuddin yang menggantikan YBh. Sdr Mohd Jan Sulong yang juga merupakan Ahli Majlis MPKj.
Turut bersama dalam majlis pelancaran dan memberikan ucapan ialah Sdr. Saupi Azran selaku Setiausaha JKKK Batu 17 Dusun Tua merangkap wakil Pengerusi JKKK Batu 17 Dusun Tua, juga Sdr Mohd Ghazali Md Sair Pengerusi JKKK Batu 16 Dusun Tua.







Program yang diketuai oleh Sdr Mohd Azlan Mohamad Tamjis yang juga merupakan ketua Biro Belia JKKK Batu 17 Dusun Tua telah bertungkus-lumus bersama rakan-rakan pemuda Kg Dusun Tua untuk menjayakan program ini dari awal merencana, mendapatkan kelulusan dan bantuan belanjawan, pendaftaran peserta dan penyertaan peserta.









Sekitar 31 buah motosikal berkuasa rendah dan 2 buah kereta turut bersama di dalam konvoi ke Cherating ini. Perjalanan pergi menghadapi sedikit ujian apabila menempuh hujan lebat yang turun beberapa kali sepanjang perjalanan yang bermula sekitar jam 11.00 pagi dan tiba pada jam 3.30 petang Hari Ahad 25hb Jauari 2009.







Peserta bermalam di Chalet Kampung Inn berhadapan kawasan kejadian mati lemas peserta konvoi berkereta dari kumpulan Parit Raja Motor Club. pada Hari Isnin keesokannya.

Program-program riadhah dan santai memenuhi agenda sepanjang 3 hari 2 malam di sana yang antaranya pertandingan bolasepak pantai, BBQ, solat berjemaah dan tazkirah serta turut membeli-belah di sekitar Kemaman dan Cherating.





Perjalanan pulang agak mencabar apabila sebuah motosikal terpaksa ditolak kerana menghadapi kerosakan mekanikal dan juga sebuah lagi terpaksa diperbiaki dan Alhamdulillah dapa diperbaiki.







Terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz Khairuddin Jawahir yang terpaksa hadir dari Johor dan sanggup bersama peserta konvoi untuk bersama memimpin program rohaniah peserta konvoi.



Kepatuhan kepada setiap arahan marshall konvoi membolehkan perjalanan sepanjang konvoi lancar dan tiada sebarang masalah.















Aksi terakhir salah sebuah motosikal yang terpaksa 'dipapah' pulang selepas menghadapi masalah kerosakan.



Pengarah program konvoi dan pengarah pengisian rohaniah









Selamat tiba ke destinasi lebih kurang jam 10.30 malam selepas bertolak keluar dari Cherating sekitar jam 3.30 petang.





Tahniah kepada peserta-peserta konvoi dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan membantu.

JKKK Batu 17 Dusun Tua
JKKK Batu 16 Dusun Tua
Majlis Perbandaran Kajang
Jawatankuasa Pengurusan DUN Dusun Tua.

Pilihanraya demokrasi masjid-masjid di DUN Dusun Tua

Setelah sekian lama hak rakyat dinafikan untuk membuat dan melantik ahli jawatankuasa masjid secara demokrasi, akhirnya ruang ini dibuka semula dan dapat dilaksanakan dengan aman serta dalam suasana kondusif...

Alhamdulillah setakat yang didengari tiada sebarang masalah besar berlaku. Di Masjid al-Muttaqin Batu 16 Dusun Tua, dari awal sehinggalah ke akhir mesyuarat berjalan penuh ukkhuwwah dan pemilihan dilakukan sangat terbuka dan telus.



Mesyuarat dikendalikan oleh pegawai dari JAIS dan dibantu setiausaha dan pemeriksa kira-kira dari Masjid sebagai wakil masjid



Turut mengundi sama, calon Nazir Masjid Dusun Tua yang juga sepakat dipilih ahl-ahli qariah..



Antara calon yang mendapat undi terbanyak dari ahli-ahli qariah, Tuan Haji Ismail Sudir sebagai calon Imam.









Selamat bertugas kepada semua yang terpilih untuk mengemudi dan mentadbir rumah Allah. Di hadapan menanti cabaran memperbaiki kekurangan masa lepas dan saat merintis tauladan mulia bermula sekarang!











Maksud Firman Allah Ta’ala :

“Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.”
(Surah At-Taubah, ayat 18)

dan bukannya kuasa politik jahil!

Sunday, January 25, 2009

ADUN Bota dari Umno sertai PKR

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota di Perak, Datuk Nasarudin Hashim menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuat kuasa hari ini.

Ia diumumkan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat parti itu dekat sini pukul 2.30 petang tadi.

Dengan perkembangan ini, Nasarudin yang juga bekas Ahli Parlimen Parit merupakan ADUN pertama dari Barisan Nasional (BN) dan ADUN kedua menyertai PKR sejak 8 Mac lalu.

Pada November lalu, ADUN Bebas Ngemah di Sarawak, Gabriel Adit menyertai PKR - salah satu anggota komponen Pakatan Rakyat.

Nasarudin juga merupakan bekas Pengerusi Felcra Berhad selama dua tahun sejak Oktober 2006.

Nasarudin ketika mengumumkan keputusannya itu berkata, beliau bertindak sedemikian setelah mempertimbangkan kepentingan rakyat khususnya penyokong dan pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bota.

Nasarudin, 58, berkata, beliau amat yakin dengan kepimpinan PKR yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara ini.

"Setelah mengambil pertimbangan terutamanya melihat perkembangan suasana politik khasnya melihat arah tuju sokongan rakyat selepas pilihan raya umum ke-12 Mac lalu serta keadaan yang wujud dalam parti dan kepimpinan Umno masa kini, saya dengan ini mengambil keputusan untuk keluar dari Umno dan seterusnya menyertai PKR iaitu salah satu parti dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Bagaimanapun beliau mengakui belum memaklumkan keputusan itu kepada Umno dan akan menulis surat dalam waktu terdekat.

Dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, Nasaruddin menewaskan calon PKR, Usaili Alias dengan majoriti 2,068 undi.

Nasarudin dari Umno memperoleh 6,556 undi.

Pada pilihan raya umum ke-12, Pakatan Rakyat yang kini memerintah Perak, menguasai 31 kerusi DUN manakala BN pula 28 kerusi.

Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata, beliau gembira dengan perkembangan itu kerana Nasarudin merupakan seorang tokoh Umno yang penting di Perak terutama dalam Bahagian Parit.

"Beliau seorang yang aktif dalam Umno dan dianggap sebagai tokoh bukan sahaja di Bahagian Parit malah mempunyai potensi yang amat besar di Perak," katanya.

Anwar berkata, hal itu merupakan satu anjakan perubahan memandangkan salah satu sebab Nasarudin menyertai PKR adalah atas kehendak rakyat di kawasannya.

"Saya melihat ini sebagai satu permulaan baru dan anjakan perubahan dalam Pakatan Rakyat," katanya.

MELAYU KEHILANGAN TANAH KERANA MU UMNO!

Saturday, January 24, 2009

TIDAK seperti di Permatang Pauh yang kecoh dengan isu liwat, suasana di Kuala Terengganu lebih ‘geger’ dengan isu hudud dan pemberian hak milik tanah kepada orang bukan Melayu oleh Kerajaan Perak. Kenyataan Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa bahawa melaksanakan hudud adalah agenda perjuangan PAS dibesar-besar oleh media untuk menakutkan pengundi bukan Islam di bandar raya warisan pesisir air itu. Di kalangan pengundi Melayu pula, mereka digemparkan dengan tindakan kerajaan Perak yang dipimpin oleh PAS memberikan hak milik tanah kepada orang-orang Cina yang dianggap merugikan orang Melayu.

Saya tidak nampak apa relevannya isu-isu perkauman seperti ini terus dibangkitkan sedangkan dalam masa yang sama kita bercakap tentang kontrak sosial yang mana kita mengiktiraf bangsa-bangsa bukan Melayu sebagai warga negara. Kelas keduakah status kewarganegaraan orang Cina dan India? Atau kerana mereka bukan ahli BN, maka tidak layak bagi mereka? Memang menjadi senjata politik Umno semenjak zaman pra merdeka lagi untuk menajamkan isu-isu perkauman supaya Umno terus relevan. Mereka membangkitkan isu-isu kepentingan Melayu dan mengangkat keris apabila berhadapan dengan pengundi Melayu, kemudian membesarkan isu-isu agama apabila menemui pengundi bukan Melayu. Inilah kejahatan politik Umno yang sudah ditolak oleh rakyat!

Umno mungkin berterima kasih kepada Raja Dr Nazrin Shah, Raja Muda Perak apabila baginda membangkitkan isu kampung baru ketika menutup Kongres Ekonomi Islam Ketiga baru-baru ini. Memang satu realiti bahawa Raja-raja Melayu tidak senang dengan Racangan Briggs yang membuka kampung-kampung baru untuk menempatkan orang-orang Cina yang tinggal di pinggir hutan. Tujuannya untuk mengelakkan orang Cina dipengaruhi komunis, tetapi Raja-raja Melayu melihatnya dari aspek hak tanah orang Melayu yang terjejas kerana dasar ini dilaksanakan oleh Hendry Gurney, Setiausaha Negara British di Palestin. Raja-raja Melayu takut negara ini menjadi seperti Palestin jika bangsa asing diberikan hak ke atas tanah.

Isu ini bukan hanya isu Raja-raja Melayu, tetapi isu parti-parti Melayu ketika itu juga. Malangnya, ketika orang-orang Melayu mempertahankan hak ketuanan Melayu di negara ini sebelum merdeka dahulu, siapakah yang mendesak hak sama rata diberikan kepada orang bukan Melayu? Bukankah Umno dahulu bermati-matian mahu orang bukan Melayu diterima kerakyatan mereka secara jus soli? Dato’ Onn Jaafar pernah meletakkan jawatan dalam Umno apabila ada ahli Umno menolak dasar jus soli ini dan akhirnya beliau keluar Umno apabila cadangannya untuk membuka keahlian Umno kepada orang bukan Melayu ditolak. Kemudian, dalam National Convention yang dipimpin oleh Umno pada 1954, cadangan PAS tentang kerakyatan dan hak mengundi untuk orang bukan Melayu telah ditolak kerana Umno mahu orang-orang bukan Melayu diterima sebagai rakyat negara ini.

Suasana politik pada masa itu dalam semangat kebangsaan telah membentuk kesedaran orang Melayu ke atas hak ketuanan mereka. Parti-parti kiri berjuang terus supaya hak ini dibela, tetapi dinodai oleh Umno. Raja-raja Melayu sendiri tidak berpuas hati dengan pendekatan Umno ketika itu sehingga Umno bermasalah dengan beberapa istana. Tetapi segalanya telah selesai apabila kita menerima orang bukan Melayu sebagai rakyat negara ini secara sah melalui Perlembagaan 1957. Ini adalah kontrak sosial yang memberikan kedudukan sama taraf antara orang Melayu dan bukan Melayu, walaupun dalam hal tertentu orang Melayu diberikan hak keistimewaan. Inilah realiti yang mesti dan terpaksa kita terima hari ini. Kerana Umno telah menyerahkan hak ini, maka kita perlu melayani rakyat bukan Melayu sewajarnya.

Memang senang untuk kita mempersoalkan tentang kewajaran kerajaan Perak memberikan hak milik 999 tahun kepada penduduk Kampung Baru di Perak yang tidak berbangsa Melayu. Soalnya, mereka adalah rakyat negara ini dan mereka berhak. Ia bukan tanah baru yang dibuka untuk mereka, tetapi tanah yang didiami berpuluhan tahun, mungkin semenjak Rancangan Briggs lagi. Apakah kerana mereka berbangsa Cina, maka kita merasakan orang Melayu terancam. Mengapa Umno tidak berfikiran demikian 50 tahun dahulu ketika semua orang Melayu berfikir begitu. 50 tahun dahulu Umno merasakan orang Cina dan India perlu diberikan hak kerana mereka adalah penyokong Perikatan. Tetapi ketika semua orang Melayu sudah terbuka menerima hakikat negara ini adalah Malaysia, mengapa Umno begitu kolot untuk terus mengapikan isu perkauman yang sempit? Kerana Cina bersama Pakatan Rakyat mungkin!

Jika Umno mahu mempolitikkan apa yang dititahkan oleh Raja Muda Perak itu, mereka harus mencermin diri dahulu. Sedar atau tidak kita bahawa hak ketuanan Melayu ke atas tanah telah dijamin melalui Tanah Rezab Melayu. Saya ingin bertanya kepada kerajaan BN berapakah luas tanah rezab itu sekarang berbanding 50 dahulu? Mengapakah tanah-tanah-tanah milik melayu di Pulau Pinang sudah hampir pupus? Kerana DAP-kah? Atau kerana pengkhianatan Umno. Tanah rezab di Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan negeri-negeri lain masih banyakkah? Bukankah telah adalah peraturan supaya setiap tanah rezab yang diambil alih harus diganti tetapi mengapa ia telah berkurangan? Lupakah Umno bahawa 139,409 hektar tanah rezab melayu di negeri-negeri tersebut telah dibatalkan oleh kerajaan BN dahulu dan hanya 77,208 hektar sahaja yang diganti semula. Masih terdapat baki 62,201 hektar yang perlu diganti oleh kerajaan BN dan ini menunjukkan kerajaan BN gagal untuk mempertahankan tanah rezab melayu sebagai benteng akhir kekuatan politik melayu. Sekarang ini pun, Umno sedang berusaha untuk menghalau orang-orang Melayu di Kampung Baru, Kuala Lumpur supaya mereka dapat menjadikannya Bukit Bintang kedua. Upayakah orang-orang Melayu menguasai pusat-pusat perdagangan jika ia diwujudkan di kampung baru?

Dulu kita pernah digemparkan oleh tindakan salah seorang calon Timbalan Presiden Umno yang dikatakan menggadai tanah-tanah orang Melayu kepada bangsa asing termasuk bukan rakyat negara ini di Johor. Kalau tanah di Johor boleh sahaja dijual kepada warga Singapura dan Hong Kong, mengapa tanah di Ipoh tidak boleh diberi hak milik kepada warga sendiri? Adakah orang-orang Cina di kampung-kampung baru di Perak tidak memberikan ’habuan’ kepada pemimpin Umno untuk hak milik tanah itu, maka mereka tidak berpuas hati. Inilah realiti negara kita bahawa iu-isu hak dan ketuanan ini sengaja dibangkitkan untuk kepentingan politik dan mengisi poket sahaja, bukannya untuk kepentingan bangsa dan negara.

Saya menjunjung kasih kepada Raja Muda Perak di atas titahnya yang mengingatkan kita satu hakikat sejarah, tetapi ia tidak bolh dilihat sebagai sindiran kepada kerajaan Perak yang diketuai PAS. Tetapi ia harus direnung sebagai iktibar terhadap kegelojohan dan kerakusan pemimpin Umno dalam menggadai kepentingan orang Melayu di negara ini. Jangankan tanah, bahasa, pendidikan, politik, sosial dan ekonomi orang Melayu semuanya sudah hampir tergadai angkara Umno. Umno harus memberhentikan kegelojohan mereka sekarang dan rakyat perlu bertindak untuk menamatkan riwayat politik Umno!

YB Dato’ Hj Mahfuz Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena
Merangkap Ketua Penerangan PAS Pusat.

Friday, January 23, 2009

Mana satu Al-Aqsa?

Adakah mereka ini tahu mana satu Al-Aqsa dan mana satu Dome of the Rock? Demo oleh Pikeda.

Cuba perhatikan peta ini :
Ini adalah gambar sebenar masjid Al-Aqsa:

Malaysia kalah 5-0 dengan UAE

Dah banyak sangat kita berbicara tentang politik, ada baiknya kita sembang sesuatu yang ringan. Mungkin ada baiknya kita kelihat sejenak masa depan bolasepak negara. Bukan minat sangat bola tetapi kerajaan telah membelanjakan berjuta-juta ringgit wang rakyat untuk membangunkan infrastruktur dan pasukan yang boleh membangakan negara. Tetapi hingga kini hasilnya tiada dan ia tidak menampakkan kemajuan.

Yang semakin maju dan kaya adalah mereka yang mendapat kontrak membina stadium dan maintenance, supplier jersi, dapat melancung percuma dan makan-makan. Persoalannya kenapa bolasepak kita tidak meningkat? Mungkin kita cuba melihat perkara berikut:

  1. Niat nak buat stadium untuk mendapat projek dan laba berjuta-juta dan bukan hendak membangunkan industri bolasepak. Hasilnya stadium berlambak-lambak di negara tetapi mutu bola sepak masih di takuk sekolah rendah.
  2. Ahli politik, anak, menantu berebut-rebut menjadi pegawai sukan bagi membolehkan mereka mendapat nama dan perhatian supaya mudah menjadi menteri, kemudahan melancung ke luar negara dan mendapat keuntungan dari penajaan. Hasilnya pegawai sukan yang kaya raya sedangkan pemain nak dapat gaji pun terpaksa meninta derma dari peminat.
  3. Pemain yang berkebolehan dan berkualiti enggan mempertaruhkan masa hadapan dalam bola sepak kerana...... ini kena tanya veteran sukan. Apa nasib mereka sekarang? Akibatnya atelit-atelit yang cemerlang memilih untuk mencari kelulusan akademik yang memjanjikan masadepan yang lebik baik. Menyebabkan mereka yang akademiknya tercicir dan mempunyai masalah diseplin meneruskan cabaran ini. Ini mengakibatkan cabaran yang amat getir bagi pengurus sukan dan jurulatih bagi membimbing mereka ini.
  4. Program yang lestari bagi membangunkan sukan ini umpama hangat-hangat tahi ayam. Buat program hanya untuk mendapat nama dan tiada hasil. Sekolah sukan hanya tinggal sekolah dan akademik juga yang menjadi keutamaan akibatnya sukan tetap manjadi nombor dua. Atelit yang cemerlang masih gerhana. Kita masih tercari-cari penyelesaiannya.
Mari kita lihat nama-nama yang masih cemerlang dalam bidang sukan:-
  1. Dato' Nicol David.... masih no 1 dan masih yang terbaik. Kerana ini sukan individu tak perlu mengharapkan orang lain.
  2. Azizulhasni Awang - jaguh basikal bersama kelab professional Australia. Di pun tak payah tunggu orang lain untuk berkayuh.
  3. Dato' Lee Chong Wei.... Pakar jaguh kampung. Hanya perlukan seorang teman untuk berlatih.
  4. Sukan berpasukkan tiada harapan.....
Lain-lain sukan masih tidak menyerlah dan kadang-kadang sahaja bertanding. Bola sepak hanyut hilang entah kemana. Sesuatu perlu dilakukan bagi menyelamatkan wang rakyat dan maruah negara.

Selamat bersukan.....