Thursday, January 29, 2009

Pilihanraya demokrasi masjid-masjid di DUN Dusun Tua

Setelah sekian lama hak rakyat dinafikan untuk membuat dan melantik ahli jawatankuasa masjid secara demokrasi, akhirnya ruang ini dibuka semula dan dapat dilaksanakan dengan aman serta dalam suasana kondusif...

Alhamdulillah setakat yang didengari tiada sebarang masalah besar berlaku. Di Masjid al-Muttaqin Batu 16 Dusun Tua, dari awal sehinggalah ke akhir mesyuarat berjalan penuh ukkhuwwah dan pemilihan dilakukan sangat terbuka dan telus.



Mesyuarat dikendalikan oleh pegawai dari JAIS dan dibantu setiausaha dan pemeriksa kira-kira dari Masjid sebagai wakil masjid



Turut mengundi sama, calon Nazir Masjid Dusun Tua yang juga sepakat dipilih ahl-ahli qariah..



Antara calon yang mendapat undi terbanyak dari ahli-ahli qariah, Tuan Haji Ismail Sudir sebagai calon Imam.









Selamat bertugas kepada semua yang terpilih untuk mengemudi dan mentadbir rumah Allah. Di hadapan menanti cabaran memperbaiki kekurangan masa lepas dan saat merintis tauladan mulia bermula sekarang!











Maksud Firman Allah Ta’ala :

“Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.”
(Surah At-Taubah, ayat 18)

dan bukannya kuasa politik jahil!

2 comments:

JYMaster said...

Saya mencadangkan Pihak Masjid Al Muttaqin Dusun Tua menggunakan System SMS dalam menyebarkan maklumat aktiviti masjid kepada semua jemaah di Dusun Tua.

Bagi tujuan ini saya menawarkan HYPROBULKSMS.

HYPROBULKSMS adalah web base application.

untuk memperolehinya, saya menawarkan harga serendah RM250.

juga Rm75 untuk 500 sms.

Pihak Masjid boleh hubungi saya di 0192206757. Saya akan hadir ke lokasi untuk membuat demo.

JYMaster said...

Saya anak tempatan Dusun Tua...cucu Allahyarham Cikgu sharif. Nama saya Jamal