Thursday, January 29, 2009

Konvoi bermotosikal ukhuwwah para pemuda Dusun Tua

Cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini telah digunakan oleh para pemuda Kg Dusun Tua Batu 16 dan Batu 17 bersama-sama berkonvoi motosikal ke Cherating. Program rutin tahunan anjuran pemuda Kg Dusun Tua ini diteraju oleh Biro Belia JKKK Batu 17 Dusun Tua dengan kerjasama rai Majlis Perwakilan Penduduk Zon 1 & 3 serta Jawatankuasa Pengurusan DUN Dusun Tua

Program dirasmi dan dilacarkan oleh YBhg Al-Fadhil Ustaz Musa Baharuddin yang menggantikan YBh. Sdr Mohd Jan Sulong yang juga merupakan Ahli Majlis MPKj.
Turut bersama dalam majlis pelancaran dan memberikan ucapan ialah Sdr. Saupi Azran selaku Setiausaha JKKK Batu 17 Dusun Tua merangkap wakil Pengerusi JKKK Batu 17 Dusun Tua, juga Sdr Mohd Ghazali Md Sair Pengerusi JKKK Batu 16 Dusun Tua.







Program yang diketuai oleh Sdr Mohd Azlan Mohamad Tamjis yang juga merupakan ketua Biro Belia JKKK Batu 17 Dusun Tua telah bertungkus-lumus bersama rakan-rakan pemuda Kg Dusun Tua untuk menjayakan program ini dari awal merencana, mendapatkan kelulusan dan bantuan belanjawan, pendaftaran peserta dan penyertaan peserta.









Sekitar 31 buah motosikal berkuasa rendah dan 2 buah kereta turut bersama di dalam konvoi ke Cherating ini. Perjalanan pergi menghadapi sedikit ujian apabila menempuh hujan lebat yang turun beberapa kali sepanjang perjalanan yang bermula sekitar jam 11.00 pagi dan tiba pada jam 3.30 petang Hari Ahad 25hb Jauari 2009.







Peserta bermalam di Chalet Kampung Inn berhadapan kawasan kejadian mati lemas peserta konvoi berkereta dari kumpulan Parit Raja Motor Club. pada Hari Isnin keesokannya.

Program-program riadhah dan santai memenuhi agenda sepanjang 3 hari 2 malam di sana yang antaranya pertandingan bolasepak pantai, BBQ, solat berjemaah dan tazkirah serta turut membeli-belah di sekitar Kemaman dan Cherating.





Perjalanan pulang agak mencabar apabila sebuah motosikal terpaksa ditolak kerana menghadapi kerosakan mekanikal dan juga sebuah lagi terpaksa diperbiaki dan Alhamdulillah dapa diperbaiki.







Terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz Khairuddin Jawahir yang terpaksa hadir dari Johor dan sanggup bersama peserta konvoi untuk bersama memimpin program rohaniah peserta konvoi.



Kepatuhan kepada setiap arahan marshall konvoi membolehkan perjalanan sepanjang konvoi lancar dan tiada sebarang masalah.















Aksi terakhir salah sebuah motosikal yang terpaksa 'dipapah' pulang selepas menghadapi masalah kerosakan.



Pengarah program konvoi dan pengarah pengisian rohaniah









Selamat tiba ke destinasi lebih kurang jam 10.30 malam selepas bertolak keluar dari Cherating sekitar jam 3.30 petang.





Tahniah kepada peserta-peserta konvoi dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan membantu.

JKKK Batu 17 Dusun Tua
JKKK Batu 16 Dusun Tua
Majlis Perbandaran Kajang
Jawatankuasa Pengurusan DUN Dusun Tua.

No comments: