Friday, August 29, 2008

Logo Merdeka mirip simbol anugerah Taiwan?

Logo sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-51 didakwa mirip logo anugerah produk cemerlang yang diberikan oleh kementerian hal-ehwal ekonomi Taiwan.

Logo tiga warna utama Jalur Gemilang yang memenangi hadiah RM10,000 berbeza sedikit daripada lambang anugerah Taiwan, yang serba merah, apabila ia memuatkan tiga bulatan kecil di tengah-tengahnya.

Sisi-sisi reka bentuk itu juga lebih bulat berbanding logo Taiwan itu.

Dengan kerjasama Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan (TAITRA), produk-produk yang cemerlang dari negara itu ditampalkan dengan logo anugerah itu setiap tahun sejak 2003.

Bersama logo merah itu yang telah didaftarkan sebagai cap dagang, produk terbaik republik itu bertulis "It's very well. Made in Taiwan."

Logo sambutan kemerdekaan Malaysia tahun ini dengan slogan 'Perpaduan Teras Kejayaan' dimenangi oleh seorang artis bernama Anuar Dan.

Malaysiakini sedang mendapatkan ulasan artis berkenaan.

Logonya antara 800 penyertaan yang diterima untuk peraduan melukis logo sambutan ulang tahun kemerdekaan negara tahun ini yang bakal disambut dua hari lagi.

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal melancarkan logo dan slogan itu awal bulan ini bersama lagu baru ciptaan Datuk Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah) dan Lokman Ghani.

Menurut penjelasan rasmi, logo ini diilhamkan daripada "ikatan tiga figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan 'Perpaduan Teras Kejayaan'.

"Tiga ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara" yang mewakili pelbagai kaum mencapai kejayaan dalam perpaduan.

Di logo sambutan kemerdekaan itu, merah membawa makna keberanian rakyat, putih (kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia), biru (perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia), manakala kuning (sistem beraja dan Yang di-Pertuan Agong).

Malaysiakini telah dimaklumkan mengenai kemiripan kedua-dua logo itu melalui emel yang diterima daripada seorang pembaca.

Thursday, August 28, 2008

Anwar Angkat Sumpah


KUALA LUMPUR: PKR adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim was sworn in as Permatang Pauh MP at 10.05am Thursday in a brief ceremony in Dewan Rakyat here.

Anwar, who turned up for the event in a simple black baju melayu, was accompanied by his wife Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail and their daughter Nurul Izzah.

The moment he entered the Dewan, he was instantly surrounded by other Pakatan Rakyat members, including Penang Chief Minister Lim Guan Eng, Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, DAP veteran Lim Kit Siang and PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

However, only three ministers were present in the House for the swearing-in.

The swearing-in took place in front of Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

After the swearing-in, Anwar took his place on the first seat on the Opposition block.

Sepanggar MP Datuk Eric Enchin Majimbun, who is from Sabah Progressive Party (SAPP) took the opportunity to congratulate Anwar on his win as he stood up to field the first query in the question and answer session.

Minister in Prime Minister's Department Datuk Seri Nazri Abdul Aziz also congratulated Anwar on behalf of the Government when he stood up to reply the first question.

He later said that the live telecast of Parliament proceedings is only meant to show the question time and not other matters, which is why Anwar's swearing-in was not aired.

Nazri said the opposition should not be over-sensitive about the matter.

Wednesday, August 27, 2008

Kita Menang

PERMATANG PAUH, MALAYSIA, 26 OGOS 20008

Alhamdulillah, Allah memberikan kita kejayaan. Kemenangan ini merupakan saat penentu dan bakal menentukan hala tuju negara ini.

Saya berkongsi kegembiraan yang dirasai oleh semua rakyat Malaysia pada hari bersejarah ini. Ianya merupakan kemenangan buat rakyat.

Pada 8 Mac rakyat Malaysia memilih Harapan Baru. Hari ini di saat kita bakal menyambut hari kemerdekaan, rakyat menyahut seruan tersebut. Dengan ini kita merayakant hari kemerdekaan sepertimana pendiri-pendiri negara kita inginkan-sebuah negara dan rakyat yang bersatu.

Berhadapan dengan cabaran yang getir, kita memilih untuk menumpukan perhatian kepada isu yang berkaitan dengan negara ini. Seruan kita agar negara ini bersatu, mulai mengamalkan urus tadbir yang baik dan memperkasakan ekonomi telah menguburkan kempen yang berbaur perkauman, cita-cita individu yang sering mendapat habuan hasil dari penyalahgunaan kuasa dan eksploitasi politik yang berasaskan ketakutan serta penipuan.

Kami telah menjanjikan satu lembaran baru untuk Malaysia dan kami pasti akan melaksanakan janji kami. Kami akan melaksanakan Agenda Ekonomi Malaysia untuk memulihkan keadaan ekonomi kita, membasmi kemiskinan dan membantu sesiapa sahaja yang terpinggir tanpa berasaskan kaum. Kami akan memulihkan intergriti badan kehakiman, memerangi rasuah dan membina sebuah negara yang bersatu.

Dan kami akan menjadi sebuah kerajaan yang komited untuk merealisasikan aspirasi rakyat.

Dengan kejayaan 8 Mac dan juga kemenangan malam ini saya berani untuk menegaskan kita mampu bersama-sama menghadapi segala rintangan di masa hadapan.

Kami tidak akan menang tanpa dokongan kukuh dari rakan-rakan kami dalam Pakatan Rakyat dan juga sokongan ribuan rakyat Malaysia tidak kira samada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, yang datang ke Permatang Pauh, bekerja keras, memerah keringat serta mengirim doa demi memastikan kemenangan ini. Saya sangat menghargai keberanian, tekad dan kesungguhan kamu semua; saya mengucapkan tahniah terhadap komitmen saudara semua terhadap prinsip bersama sebuah kemerdekaan, keadilan dan demokrasi.

Langkah kecil buat Permatang Pauh hari ini akan memastikan perubahan besar buat Malaysia.

ANWAR IBRAHIM

Friday, August 22, 2008

Majlis Pelancaran Al-Quds & Forum Perdana

Tarikh / Masa Jumaat 22 Ogos jam 8 malam.
Lokasi Komplek Sukan MPKj, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi.
Perasmian Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Ahli Panel Dato' Harun Din, Dato' Ismail Kamus dan Dato' Hasim Yahya.
Moderator Dato' Dr Hasan Ali.
Tajuk Al-Quds, Antara Cabaran & Harapan.

Thursday, August 21, 2008

Taman Indah Jaya - Banjir Kilat

Masalah banjir di Taman Indah Jaya masih tidak berkesudahan. Setiap kali hujan lebat melanda penduduk sentiasa berada didalam kebimbangan. Walaupun hanya melibatkan beberapa buah rumah tetapi masalah ini terus berpanjangan sejak mereka mendiami kawasan ini lebih sepuluh tahun lalu.

Tahun lepas satu projek membina semula longkang telah dibuat dibawah projek JKKK, malangnya ia masih tidak menyelesaikan masalah. Ini adalah kerana saliran air keluar ke Sungai Langat masih tidak diperbesarkan. Akibatnya banjir kilat terus berlaku. Terakhir semalam petang. Sesuatu perlu dibuat bagi menyelesaikan masalah ini. Aduan telah dibuat kepada MPKj pada 21/8/2008 untuk tindakkan lanjut.

Konsert Avril Lavigne dan Merdeka


Konsert Avril Lavigne telah ditangguhkan atas alasan dekat sangat dengan hari kemerdekaan. Bagaimana pula dengan konsert yang bakal (selalunya ada) diadakan pada malam merdeka oleh artis tempatan? Apakah bezanya kensert Avril Lavigne dengan konsert artis kita? Bukan nak sokong konsert Avril Lavigne tetapi kita patut adil untuk semua pihak. Kalau konsert Avril Lavigne tak boleh konsert tempatan pun sama.

Apa pun sepatutnya sambutan kemerdekaan adalah masa kita memperingati perjuangan dan pengorbanan generasi yang lalu menuntut kemerdekaan bagi anak cucu mereka. Bukannya nak seronok-seronok melihat pejuang kemerdekaan terkorban. Adakah wajar di hari yang begitu bersejarah dipenuhi dengan riang-ria sorak ketawa sedangkan pejuang kemerdekaan bermandi darah, mengorbankan diri, kesenangan dan keselesaan hidup diri dan keluarga.

Apakah kita lupa dalam tempoh dari 1511 apabila Portugis menjajah Melaka hingga 1957 kita merdeka? Berapa ramaikah yang telah terkorban demi mempertahankan agama, bangsa dan negara? Kita pula sebok untuk seronok-seronok.... Akhirnya hari merdeka tidak ubah semacam pesta hiburan yang dipenuhi dengan sorak sorai.

Kita pula.... apa sumbangan kepada anak cucu kita? Adakah kita bakal membentuk generasi unggul atau tunggul yang hanya hidup untuk seronok-seronok semata-mata.

_________________
Malaysia asks Avril Lavigne to postpone concert

Wed Aug 20, 3:32 AM ET

KUALA LUMPUR, Malaysia (Reuters) - Malaysia's government has told promoters of a concert by Canadian pop star Avril Lavigne to postpone the show because it could mar the country's independence day celebrations, an official said on Wednesday.

The decision came after the opposition Islamic party, Parti se-Islam Malaysia, objected to the August 29 concert in the capital city of Kuala Lumpur, saying that Malaysia, which is predominantly Muslim, should not ape Western values and cultures.

Munajat Perdana sempena peperiksaan UPSR dan PMR

Pengisian rohaniah terus dipergiatkan bukan hanya sekadar majlis-majlis ilmu semata-mata. Program Munajat Perdana Selasa lepas di Masjid Batu 14 yang telah menghimpunkan anak-anak pelajar yang bakal menduduki peperiksaan. Juga turut serta para ibu bapa yang hadir memberikan sokongan serta menadah ilmu dan menyantap halwa rohani dari Al-Fadhil Ustaz Farhan.

Program dimulakan sejurus selepas solat Maghrib dengan bacaan Yasin dan Munajat. Kemudian para peserta berehat untuk sedikit jamuan dan diteruskan dengan Munajat dan Solat Sunat Hajat berjemaah selepas Solat Isya seterusnya program ceramah dimulakan.

Dalam suasana kekalutan berbagai peristiwa dan kejadian negatif berbentuk jenayah dan gejala negatif kesan didikan yang semakin longgar terhadap masyarakat hari ini, mendorong pihak MTD Dusun Tua untuk terus menggiatkan usaha untuk bersama mentarbiah ahli masyarakat setempat.

Agak tertarik dengan ucaptama Presiden PAS di dalam Muktamar PAS minggu sudah yang ada mengingatkan kepada golongan pendakwah untuk memantapkan kaedah dan memperbaharui kaedah dakwah bagi menarik golongan terutamanya di zaman moden serba mencabar ini.

Kaedah yang digunapakai oleh Al-Fadhil Ustaz Farhan sangat menarik perhatian dan tidak membosankan para peserta Munajat Perdana sekaligus meninggalkan kesan positif terutamanya di kalangan anak-anak pelajar. Penyampaian yang diiringi tayangan video dan slide cukup memberikan maklumat yang berguna serta mengingatkan masalah-masalah dan gejala buruk yang perlu diinsafi semua pihak.

Turut hadir Sdr. Mohd Sany Hamzan yang juga Pengarah Jawatankuasa Pengurusan DUN Dusun Tua, Sdr. Mohd Jan Sulong Ahli Majlis MPKj merangkap Pengarah Majlis Tindakan DUN Dusun Tua dan beberapa AJK MTD Dusun Tua.

Kepada para pelajar khususnya di DUN Dusun Tua, kami mengucapkan selamat berjaya di dalam peperiksaan yang akan datang dan teruslah menjadi pelajar, anak yang soleh serta hamba Allah yang bertaqwa yang berjaya di dunia dan di akhirat. Tahniah kepada Al-Fadhil Ustaz Musa Baharudin juga merupakan Penyelia Masjid-Masjid dan Surau Hulu Langat yang telah berjaya menyelia program ini dari awal hingga berjaya.

Semoga lahir insan soleh di DUN tercinta ini buat menjadi benteng aqidah dan keutuhan agama Allah. Ma'an Najah...





















Wednesday, August 20, 2008

Apa Pentingnya Kemenangan DS Anwar Kepada Negara

  1. Rakyat mahukan perubahan.
  2. Negara perlu perubahan.
  3. Kita perlukan perubahan kepimpinan.
  4. Kita mahu pemimpin yang tahu menghormati dan menghargai rakyat.
  5. Kita mahu pembersihan total dalam barisan kepimpinan negara dan kakitangan kerajaan.
  6. Kita mahu pemimpin yang tahu harga diri.
  7. Kita mahu pemimpin yang TIDAK memperbodohkan rakyat.
  8. Kita mahu rakyat sedar bahawa pemimpin boleh ditukar ganti.
  9. Kita mahu rakyat yang tahu hak mereka.
  10. Kita menolak pemimpin yang berlagak sebagai TUAN.
  11. Kita menolak pemimpin yang suka cakap bohong.
  12. Kita menolak pemimpin yang tidor.
  13. Kita menolak pemimpin yang menjahanamkan bangsa sendiri.
  14. Kita menolak pemimpin yang pentingkan diri sendiri.
  15. Kita menolak pemimpin yang menjual negara.
  16. Kita menolak pemimpin yang cakap tak serupa bikin dan bikin tak serupa cakap.
  17. Kita mahukan negara yang berkebajikan yang rakyat boleh bernaung dibawahnya.
  18. Kita mahukan kerajaan yang telus kepada rakyatnya.
  19. Kita mahukan pemimpin yang memahami penderitaan rakyat.
  20. Kita mahukan pembangunan yang seimbang untuk seluruh rakyat.
  21. Kita mahukan pembelaan yang sewajarnya kepada yang lemah.
  22. Kita mahukan peluang yang adil untuk semua pihak.
  23. Kita mahukan sebuah negara yang membangun dari segi rohani dan jasmaninya.
  24. Dll....
Bersedialah untuk mengisi perubahan ini..... Insyallah.

Malam Ini : Kisah Benar - Siaran langsung di TV9...siaran tertunda di TV3

Program Siri Debat Agendadaily yang akan mempertemukan dua orang kuat Pulau Pinang, akan berlangsung pada jam 9 malam 20 Ogos ini bertempat di Balai Budaya Tun Syed Nasir,Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur.

Agendadaily selaku penganjur debat berkenaan telah mendapat pengesahan daripada kedua-dua belah pihak untuk menjayakan debat berkenaan.

Kedua-dua pihak juga telah bersetuju debat berkenaan akan dijalankan atas tajuk "Kisah Benar Kontroversi Tanah di Pulau Pinang".

Ini adalah debat kedua dianjurkan oleh Agendadaily. Debat pertama antara Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diadakan pada 15 Julai 2008.

Debat antara Tsu Koon dan Guan Eng ini akan disiarkan secara langsung oleh TV 9 manakala siaran tertunda oleh TV3 pada malam itu juga.

Format debat antara kedua-dua mereka akan dijalankan sama seperti format debat yang pertama dahulu.

Debat ini juga akan dikendalikan oleh moderatornya, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Datuk Johan Jaaffar.

Program Kerohanian DUN Dusun Tua

Alhamdulillah, program Bulan Solat menutup tirainya malam tadi Selasa 19 Ogos 2008. Program yang bermula pertengahan bulan Rejab 1429H tahun ini dilanjutkan sehingga lewat 15 Syaaban telah melaksanakan berbagai pengisian yang bertujuan untuk bersama mengingatkan ahli masyarakat Muslim khususnya tentang kewajipan, keutamaan dan kelebihan ibadat Solat.

Bermula dengan perasmian oleh YB Dr Che Rosli Che Mat Ahli Parlimen Hulu Langat dan forum perdana di Masjid al-Muttaqin Batu 16 Dusun Tua seterusnya diikuti dengan program-program seperti jelajah ceramah masjid-masjid dan surau DUN Dusun Tua. Ceramah untuk ahli qariah dan jemaah masjid/surau, ceramah untuk kaum ibu, progam untuk anak-anak belia remaja dan pelajar seperti smart solat serta XPDC dakwah edaran risalah kempen bulan solat.

Program adaptasi dari perlaksanaan kerajaan negeri Kelantan ini akan terus dilaksanakan dan diperbaiki perlaksanaannya agar semua mendapat faedah dan manfaatnya.











Sebahagian program bulan solat:

Jelajah ceramah Bulan Solat Masjid dan Surau DUN Dusun Tua,







XPDC Dakwah dan edaran risalah kempen bulan solat, ingat mengingati sesama kita memanjangkan risalah Islam ke serata DUN Dusun Tua.













Program ceramah Bulan Solat kaum ibu dan Smart Solat