Wednesday, August 20, 2008

Program Kerohanian DUN Dusun Tua

Alhamdulillah, program Bulan Solat menutup tirainya malam tadi Selasa 19 Ogos 2008. Program yang bermula pertengahan bulan Rejab 1429H tahun ini dilanjutkan sehingga lewat 15 Syaaban telah melaksanakan berbagai pengisian yang bertujuan untuk bersama mengingatkan ahli masyarakat Muslim khususnya tentang kewajipan, keutamaan dan kelebihan ibadat Solat.

Bermula dengan perasmian oleh YB Dr Che Rosli Che Mat Ahli Parlimen Hulu Langat dan forum perdana di Masjid al-Muttaqin Batu 16 Dusun Tua seterusnya diikuti dengan program-program seperti jelajah ceramah masjid-masjid dan surau DUN Dusun Tua. Ceramah untuk ahli qariah dan jemaah masjid/surau, ceramah untuk kaum ibu, progam untuk anak-anak belia remaja dan pelajar seperti smart solat serta XPDC dakwah edaran risalah kempen bulan solat.

Program adaptasi dari perlaksanaan kerajaan negeri Kelantan ini akan terus dilaksanakan dan diperbaiki perlaksanaannya agar semua mendapat faedah dan manfaatnya.











Sebahagian program bulan solat:

Jelajah ceramah Bulan Solat Masjid dan Surau DUN Dusun Tua,







XPDC Dakwah dan edaran risalah kempen bulan solat, ingat mengingati sesama kita memanjangkan risalah Islam ke serata DUN Dusun Tua.













Program ceramah Bulan Solat kaum ibu dan Smart Solat













No comments: