Monday, August 31, 2009

Perutusan Kemerdekaan

Tahniah kepada Malaysia kerana hari kemerdekaan yang ke 52. Telah banyak kejayaan telah dicapai dan banyak lagi yang menanti.

Sebagai rakyat Malaysia kita tentulah mahu melihat Melaysia menjadi sebuah negara yang makmur dari segi persekitaran, masyarakat, keamanan dan ekonominya. Tentunya kita mahu melihat negara ini di pandang tinggi oleh masyarakat seluruh dunia.

Berikut adalah keluaran khas berita Arab News hari ini. Tak sangka ada iklan tentang Malaysia secara besar-besaran di sini. Tahniah, mungkin Malaysia masih perlu mengiklankan diri untuk dikenali.
Pun begitu saya terkejut apabila melihat ruangan iklandalam akhbar yang sama di bawah ini.
Waja hanya dijual dengan harga 37,950 rial (1 rial bersamaan 95 sen) jaminan 3 tahun atau 60,000 km. Wow murahnya..... tapi tak kan saya nak beli Proton jika Toyota Camry model baru pun hanya jadi taxi sahaja di sini. Kalau dibandingkan dengan harga di Malaysia..... Saya yakin semua rakyat akan rasa bengang, angin, tension, meroyan ataupun apa juga istilah yang membuat kita rasa grrrrrrr.

Pastinya Proton di sini kualitnya lebih baik dengan full-spec. Persoalannya adakah ini semua di buat dengan menghisap darah rakyat sendiri? Kita perlu membayar harga yang lebih tinggi sedangkan Proton dibuat di Malaysia dan untuk rakyat malaysia. Sekiranya kita gagal membuat kereta yang harga yang lebih munasabah baik kita tak payah buat Proton dan kita import sahaja kereta. Pastinya lebih murah.... hingga guru besar pun boleh pakai Volvo.

Sekiranya syarikat kereta India Tata boleh mengeluarkan kereta Tata Nano dengan harga USD2,000.00 (RM7,000.00) kenapa tidak Proton. Tak pun Produa. Tetapi ke mana arah kita nak bawa industri ini? Di Malaysia dengan RM7,000 mungkin kita hanya boleh dapat motorsikal 150 cc baru kalau tak pun Kancil yang berusia lebih 10 tahun... Kesian......

Orang Merdeka kita pun merdeka jugak..... Orang sampai bulan kita bayar tambang untuk ke bulan.... itu pun pakai duit rakyat. Inilah nasib kita jadi rakyat UMNO ni.......

Sunday, August 30, 2009

Merdeka!!!!!

Alhamdulillah Hari Merdeka datang lagi. Syukur juga nampaknya tiada lagi program maksiat yang diadakan oleh kerajaan. Sambutan 'sederhana' menjimatkan wang cukai rakyat. Alangkah baiknya sekiranya Hari Merdeka disambut pada setiap tahun dalam bulan Ramadhan.

Ramadhan mengajar manusia supaya hebih dekat dengan Allah. Tetapi ada juga golongan yang masih leka dibuai mimpi. Hidup adalah perjalan yang amat singkat. Sesingkat masa antara Azan, Iqamah dan Solat. Ingatlah bila kita lahir orang azankan dan qamatkan kita..... solatnya bila? Sudah tentu solat yang orang buat untuk kita juga iaitu solat jenazah. Begitu pendeknya usia kita sebenarnya. Mati itu sangat dekat sedangkan semalam semakin jauh meninggalkan kita.

Salam blogger dari rantau. Merdeka!..... dari Arab Saudi.

Tuesday, August 25, 2009

Alhamdulillah - PAS Menang

PERMATANG PASIR, Aug 25 – PAS’s Mohd Salleh Man has won the Permatang Pasir state vote here in Penang by a big majority of 4,551 votes.

Official results show Mohd Salleh polled 9,618 votes while Barisan Nasional’s (BN) Rohaizat Othman received 5,067 votes.

The win for PAS was widely expected as the seat is within Datuk Seri Anwar Ibrahim’s Permatang Pauh parliamentary stronghold.
___________________________________

Dari jauh aku melihat kemenangan yang sungguh bermakna ini. Segala pujian bagi Allah yang memberi kemenangan di bulan Ramadhan yang mulia ini. Ramadhan Kareem. Salam dari Arab Saudi.

Saturday, August 22, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Ramadhan datang lagi dengan seribu rahmat, pengampunan dan pembebasan api neraka. Hanya mereka yang beriman dengan yakin akan menyambut kedatangan Ramadhan dengan hati yang gembira. Ini dapat dizahirkan dengan amal perbuatan dalam bulan yang mulia ini. Marilah kita raikan Ramadhan ini dengan memperbanyakkan amal, sedekah dan membantu mereka yang memerlukan.
Masjid Batu 14 sekali lagi menganjurkan program sempena Ramadhan ini. Pagi tadi bermulalah taklimat untuk peserta-peserta yang bakal mengikuti pertandingan hafazan dan bacaan. Anak-anak kita yang berusia dibawah 9 tahun dikumpulkan bagi menguji kemahiran hafalan dan bacaan dari segi kelancaran, tajwid dan sebutan. Mereka dikehendaki menghafal ayat-ayat Al-Fatehah, Al-Kafirun, Al-Ikhlas, Al-Alaq, An-Naas dan Ayat Kursi. Sementara bacaan pula mereka dikehendaki membaca 2 ayat terakhir surah Al-Bakarah.

Program akan dibuat setiap Sabtu dan Ahad bermula minggu hadapan dan pihak masjid akan memilih 3 yang terbaik untuk mendapat hadiah istimewa. Insyallah semua perserta akan diberikan saguhati dan sijil. Marilah kita raikan program anak-anak kita ini sebagai tanda galakkan dan sokongan.


Wednesday, August 19, 2009

Meneruskan Perjuangan

Agak lama juga tak ada update dalam blog ini. Bukan apa cuma terlalu banyak aktiviti, program dan perkara yang perlu diselesaikan. Beberapa hari ini kita melihat banyak perkara yang muncul dan berita-berita yang menarik perhatian kita antaranya perkahwinan Ust Akil Hayy, pilihanraya Permatang Pasir, calon BN yang didakwa salah laku, kenyataan TG Dato Nik Aziz yang menyebabkan pengikut Islam hadhari melompat-lompat. Rasanya ini semua tak perlu komen panjang lebar. Cukuplah sekadar berita ada itu.

Saya ingin menyentuh semula permasalahan tempatan yang kian mendesak iaitu prasarana pendidikan anak-anak kita. Sebelum ini saya ada sentuh kemudahan sekolah menengah yang tidak mencukupi di kawasan Dusun Tua ini. Satu lagi institusi yang amat penting dan perlu diambil perhatian iaitu sekolah agama.

Pernahkan kita ambil perhatian berapa jumlahkah anak-anak kita yang belajar di sekolah agama. Ini amat penting memandangkan pelajaran agama di sekolah kebangsaan amat sedikit dan tidak memadai. Dari jumlah yang sedikit ini berapa ramai pula yang berhenti setakat darjah 6. Meraka ini sama ada tidak boleh meneruskan pengajian ke peringkat menengah atau tiada tempat lantaran kemudahan yang amat terhad.

Saya fikir sudah sampai masanya kita meningkatkan kemudahan pendidikan anak-anak kita ini bagi memastikan generasi yang lahir nanti mereka yang celik agama. Sampai bila kita hendak melihat generasi yang akan datang akan terus hanyut ditelan gejala sosial yang tidak berkesudahan. Sekiranya institusi pendidikkan hanya setakat darjah 6 apakah yang kita harapkan? Mereka yang hanya sekolah setakat darjah 6 ini umpama mereka yang hidup baru merdeka. Tak kanlah selepas lebih 50 tahun merdeka kita masih sekolah setakat darjah 6 sahaja lagi.

Tolonglah, bantulah dan mangunkanlah generasi baru yang lebih cemerlang dengan meningkatkan institusi pendidikkan yang mula dipinggirkan ini. Sekiranya kita tidak mahu generasi akan datang terus hanyut ditelan budaya songsang mari kita gerakkan perjuangan ini. Kami mahu sekolah menengah agama untuk penduduk disini.

Wassalam.

Friday, August 14, 2009

Hassan Ali, Ronnie Liu sepakat isu 'Arak' selesai


KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Selangor Dato' Dr Hassan Ali bersama Exco DAP Ronnie Liu menyatakan kata sepakat isu penjualan Arak dianggap sudah selesai.

Kedua-dua mereka dilihat berjabat tangan dan berdamai secara terbuka di satu sidang media bersama di Tropicanna dekat sini petang tadi.

Dalam kenyataan kedua-dua belah pihak, mereka bersetuju bahawa penjualan arak dibenarkan bagi orang bukan Islam.

Namun ianya mesti dikawal dan tidak dibenarkan kepada orang Islam. Dalam masa yang sama, difahamkan, kedua-duanya bersetuju bahawa tidak ada permit baru akan dikeluarkan bagi tujuan penjualan minuman beralkohol itu.

Turut hadir di sidang media yang dibuat sejurus selepas Seminar Pakatan Rakyat di Tropicana, ialah Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung PAS Dato' Mustafa Ali beserta barisan pimpinan parti masing-masing. Image

Dalam sidang media itu Anwar menyatakan bahawa penubuhan Jawatankuasa Displin Pakatan Rakyat akan ditubuhkan di peringkat pusat bagi memantapkan lagi dasar dan pelan tindakan pemimpin Pakatan Rakyat.

Seminar itu juga adalah bertujuan memperkukuhkan Pakatan Rakyat sekaligus cuba menangkis pelbagai tohmahan dan serangan 'pyswar' yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) dan Umno mutakhir ini. - azm

Thursday, August 13, 2009

Ketua kumpulan Rabbani, Asri meninggal dunia - Al-Fatehah

Allahyarham Asri (tengah) bersama kumpulan Rabbani.

KUALA LUMPUR: Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.

Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.

Wednesday, August 12, 2009

Dr Hasan tidak tunduk 'ugutan' DAP

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali berkata beliau tidak akan tunduk terhadap 'ugutan' timbalan pengerusi DAP Selangor, Tony Pua supaya beliau dikenakan tindakan disiplin ekoran kenyataannya berhubung isu rampasan minuman keras di Shah Alam.

Bercakap dalam sidang akhbar di Shah Alam hari ini, Dr Hasan sebaliknya berkata beliau akan berusaha lebih bersungguh-sungguh lagi bagi memelihara prinsip parti Islam itu demi kebaikan rakyat Selangor.

Katanya, usaha beliau tidak akan terjejas dengan ugutan seumpama itu demi berjuang untuk Islam.

Malah, katanya, beliau sedia berdepan dengan apa juga tindakan daripada kepimpinan tertinggi, walaupun termasuk dipecat dari jawatannya.

Beliau bagaimanapun menafikan bahawa kesungguhannya itu akan mencetuskan pergeseran dengan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat.

Sebaliknya, beliau menyifatkanya sebagai "riak kecil yang akan memperkukuhkan kedudukan kita".

Minggu lalu, Pua menuntut supaya Dr Hasan dikenakan tindakan disiplin kerana menggesa rakan exconya dari DAP, Ronnie Liu dipecat atau ditukar portfolio kerana "campurtangan dalam urusan agama Islam"

Pua yang juga ahli parlimen Petaling Jaya Utara menyifatkan tindakan Hasan itu "sebagai tidak perlu dan tidak wajar" kerana Liu telah "melaksanakan tanggungajawabnya dengan memulangkan barangan yang dirampas secara tidak sah dari pemiliknya".

Berikutan itu, Dr Hasan menuduh Liu campurtangan dalam keputusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang merampas alkohol dari sebuah kedai serba aneka.

Liu bagaimanapun menafikannya dengan berkata pembabitannya dalam kontroversi tersebut hanyalah "menasihatkan"MBSA bahawa serbuan ke atas kedai 7-Eleven di Seksyen 8 Shah Alam adalah tidak sah dan tidak selari dengan dasar kerajaan negeri.

Tuesday, August 11, 2009

Itu bukan kenyataan saya: Siew Fook

SEREMBAN – Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Loke Siew Fook menafikan beliau telah mengeluarkan sebarang kenyataan menghina Islam, sebaliknya mengakui menjadi mangsa laman blog yang tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata, kenyataan yang tersiar dalam laman blog www.sjsandteam.wordpress.com ternyata sengaja mahu menimbulkan api kemarahan masyarakat Islam terhadap dirinya, sekali gus untuk mengaibkannya.

“Memang saya terkilan kerana perkara itu saya tidak pernah cakap. Saya menafikan sekeras-kerasnya. Saya tidak pernah keluarkan kenyataan yang menghina Islam atau agama lain.

“Saya rasa ada pihak yang cuba mahu memburukkan dan mengapi-apikan keadaan kononnya saya anti Islam,” katanya.

Beliau berkata, laman blog berkenaan bukan miliknya, tetapi dibangunkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan sengaja mahu mencetuskan keadaan huru-hara.

“Itu bukan lama blog saya dan saya tidak boleh kawal dan bertanggungjawab terhadap laman blog itu. Tetapi yang jelas, perkataan keterlaluan menghina Islam itu sebenarnya adalah daripada komen pembaca laman blog berkenaan yang saya tidak tahu siapa,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini semalam.

Siew Fook berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang kesal dengan kenyataan Pengerusi DAP Negeri Sembilan itu menyerang peribadi pendakwah Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah secara keterlaluan, biadab dan boleh mencetuskan ketegangan agama di dalam laman blog berkenaan.

Bagaimanapun, Siew Fook menafikan perkataan mencaci keterlaluan itu adalah kenyataannya, sebaliknya ia adalah komen-komen daripada pembaca laman blog berkenaan dan tidak menolak kemungkinan pihak tertentu cuba memutarbelitkan fakta.

Difahamkan, laman blog berkenaan telah pun ditutup sejak semalam.

Berikutan tersiarnya laman blog berkenaan, Siew Fook yang juga Ahli Parlimen Rasah membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur kira-kira 3 petang semalam.

“Saya mengutuk siapa yang membuat komen sebegitu. Saya harap orang ramai menyiasat dulu fakta berkenaan dan jangan terpengaruh dengan dakwaan palsu yang berniat jahat,” katanya. Read more!

Laporan Polis Anthony Loke Nafi Tuduhan Menghina Islam

Saya datang ke Balai Polis IPD Dang Wangi pada hari ini 10 Ogos 2009 untuk membuat satu repot polis untuk MENAFIKAN dengan sekeras-kerasnya bahawa saya pernah menulis beberapa artikel yang dikatakan menghina agama Islam dan DYMM Sultan Perak serta Raja Nazrin Shah. Dalam 2 hari ini, beberapa blog dalam internet dan sebaran SMS telah menuduh saya menulis tulisan yang dikatakan menghina Islam dengan kata-kata lucah dan kesat dan yang terbaru menuduh saya menghina Sultan Perak.

Mereka mendakwa saya telah menulis artikel-artikel tersebut dalam sebuah laman blog http://sjsandteam.wordpress.com/. Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak tahu-menahu tentang kewujudan blog ini dan tidak tahu siapa pemunya blog tersebut. Saya hanya mengetahui bahawa ada orang yang tidak bertanggungjawab yang telah meletakkan satu kenyataan akhbar saya yang bertajuk “Ridhuan Tee must apologize to Teoh Bneg Hock’s family” ke dalam blog tersebut. Selepas itu, ada pemberi-pemberi komen yang saya tidak tahu siapa telah menulis beberapa ayat yang kesat terhadap Ridhuan Tee dan agamanya. Saya langsung tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen tersebut.

Dalam blog yang sama, terdapat satu lagi artikel yang dikatakan saya menghina Sultan Perak dan Raja Nazrin yang didakwa oleh dua blog iaitu marahku.blogspot.com dan kitaanakmelayu.blogspot.com. Saya menafikan sekerasnya-kerasnya dakwaan tersebut. Saya TIDAK pernah menulis apa-apa tulisan berkenaan dengan Sultan Perak. Ini adalah satu dakwaan yang palsu dan fitnah terhadap saya.

Saya membuat laporan ini untuk menafikan dakwaan-dakwaan tersebut dan mengharapkan tuduhan yang palsu itu dapat diberhentikan.

Sekian laporan saya

KENYATAAN AKHBAR PAS SELANGOR

Pendirian PAS Selangor berhubung isu jual-beli arak di Selangor, PAS Selangor mahukan isu kontroversial melibatkan kawalan penjualan arak di kawasan majoriti penduduk Melayu/Islam di negeri Selangor ini tidak dieksploitasi atau diputarbelitkan oleh mana-mana pihak sama ada individu atau mereka yang mewakili pertubuhan termasuklah pihak Umnodan Barisan Nasional.

Dalam hal ini melalui satu Mesyuarat Khas Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor, Ahad lepas, PAS Selangor telah menyambut baik segala maklum balas dan pandangan yang telah diberikan oleh pelbagai pihak khasnya dari kalangan masyarakat Melayu/ Islam di negeri ini berhubung isu tersebut. PAS merakamkan ucapan ribuan terima kasih serta sangat menghargai segala bentuk sokongan dan galakkan serta pandangan yang positif yang telah mereka tunjukkan itu yang mencerminkan keprihatinan rakyat terhadap isu ini.

Dalam pada itu PAS menegaskan bahawa ia tidak pernah menyarankan kepada ahli-ahlinya untuk menganjurkan sebarang “road show” bersama dengan Umno/BN kerana PAS Selangor yakin yang ia memiliki kekuatan sendiri untuk membawa dan mempertahankan isu ini.

Melalui Mesyuarat Khas itu, PAS Selangor telah mengkaji dan menilai semula segala tindakan-tindakan yang telah diambil oleh parti berhubung isu ini dan menegaskan bahawa ia akan terus konsisten dengan tuntutannya agar segala jenis minuman arak yang diharamkan penjualan dan pembeliannya melalui Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor tidak lagi dijual di kawasan majoriti penduduk Melayu/Islam di negeri ini.

Harus ditegaskan bahawa tuntutan itu bukannya ke arah "total ban" ataul arangan menyeluruh ke atas penjualannya seluruh Selangor tetapi sebaliknya hanya di kawasan majoriti Melayu/Islam sahaja demi membentuk sebuah masyarakat yang sihat dari gejala buruk akibat peminuman arak ini.

PAS Selangor juga ingin menegaskan bahawa ia tidak pernah sekali-kali menuntut agar YB EXCO Kerajaan Tempatan Selangor Tuan Ronnie Liu digugurkan dari barisan EXCO kerajaan negeri. Sebaliknya apa yang dituntut adalah perubahan jawatan itu dari penyandangnya kepada YAB Menteri Besar sendiri atau mana- mana Exco lain yang Menteri Besar fikirkan sesuai.

Selain itu PAS Selangor kini sedang meneliti cadangan yang diberikan oleh YAB Menteri Besar berhubung kawalan kendiri terhadap penjualan arak ini dan memohon agar Menteri Besar memberikan penerangan lanjut berhubung kaedah kawalan beliau itu beserta mekanismanya. Jika dalam tempoh sebulan ini kaedah tersebut didapati gagal atau tidak berjaya maka PAS Selangor akan mengemukakan cadangan-cadangan yang difikirkannya wajar untuk mengatasi dan menyelesaikan masalah ini.

10 Ogos 2009

YB DATUK DR HASAN MOHD ALI
Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor