Saturday, August 22, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Ramadhan datang lagi dengan seribu rahmat, pengampunan dan pembebasan api neraka. Hanya mereka yang beriman dengan yakin akan menyambut kedatangan Ramadhan dengan hati yang gembira. Ini dapat dizahirkan dengan amal perbuatan dalam bulan yang mulia ini. Marilah kita raikan Ramadhan ini dengan memperbanyakkan amal, sedekah dan membantu mereka yang memerlukan.
Masjid Batu 14 sekali lagi menganjurkan program sempena Ramadhan ini. Pagi tadi bermulalah taklimat untuk peserta-peserta yang bakal mengikuti pertandingan hafazan dan bacaan. Anak-anak kita yang berusia dibawah 9 tahun dikumpulkan bagi menguji kemahiran hafalan dan bacaan dari segi kelancaran, tajwid dan sebutan. Mereka dikehendaki menghafal ayat-ayat Al-Fatehah, Al-Kafirun, Al-Ikhlas, Al-Alaq, An-Naas dan Ayat Kursi. Sementara bacaan pula mereka dikehendaki membaca 2 ayat terakhir surah Al-Bakarah.

Program akan dibuat setiap Sabtu dan Ahad bermula minggu hadapan dan pihak masjid akan memilih 3 yang terbaik untuk mendapat hadiah istimewa. Insyallah semua perserta akan diberikan saguhati dan sijil. Marilah kita raikan program anak-anak kita ini sebagai tanda galakkan dan sokongan.


No comments: