Sunday, December 8, 2013

Misi AMAL Hulu Langat Berlepas Ke Pahang.


KUALA LUMPUR: Kumpulan pertama aktivis Jabatan Amal Selangor yang membawa misi bantuan barangan kepada mangsa banjir berlepas ke Pahang tengah hari tadi.

Pelepasan kumpulan hampir 200 orang yang terdiri daripada sukarelawan Jabatan Amal Selangor, Briged Muslimat dan individu itu disempurnakan Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad dalam satu majlis di Gombak pagi tadi.


Misi yang diketuai Pengarah Jabatan Amal Selangor Khairil Anuar Ismail ini membawa barangan keperluan dengan 15 buah lori 5 tan, 10 buah lori 3 tan, sebuah lori kontena, 25 buah kenderaan pacuan empat roda dan 20 buah kereta.


Antara barangan yang dibawa termasuk makanan, selimut, telekung, pakaian baru dan terpakai, lampin pakai buang dan pelbagai barangan keperluan lain.


Ini merupakan trip pertama Amal Selangor dalam misi membantu mangsa banjir dan trip berikutnya dijadual sepanjang minggu depan.


Dalam pada itu, Jabatan Amal Selangor masih memerlukan sukarelawan dan juga sumbangan berterusan bagi membantu misi ini.


Sumbangan kewangan boleh disalurkan melalui akaun BIMB atas nama Amal Selangor 1201 0010 0354 34.

No comments: