Nabi SalallahuAlaihiWassalam (SAW) bersabda : “Tiga perkara yang jika terdapat pada seseorang maka dia pasti akan merasai kemanisan Iman. Iaitu Dia mencintai Allah dan rasul-Nya lebih dari selainnya. Dia mencintai atau membenci sesuatu hanya kerana Allah dan dia amat membenci untuk kembali kepada kekufuran seperti dia tidak suka dicampakkan ke dalam api.” (hadis riwayat Bukhari)
Hari ini 24 Jan 2013 bersamaan dengan 12 Rabi'al awwal 1434 adalah cuti umum sempena kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Mungkin sekiranya tidak kerana cuti umum kita tidak perasan tarikh penting ini. Bukan tarikh itu yang penting tetapi apakah yang kita laksanakan bagi melaksanakan pengakuan kita.
Sempena tarikh yang penting ini, marilah kita muhasabah diri kita sejauh mana ketaatan kita kepada Allah dan Rasul. Adakah kita telah melaksanakan segala yang diperintah oleh Allah dan Rasul. Kita hidup ada manual. Sebagaimana kita beli kereta dan barangan elektrik kita diberikan kaedah pengunaan melalui manualnya. Allah telah membekalkan kita dengan Al-Quraan dan Rasul sebagai pembimbing supaya kita tidak sesat.
Sejauh manakah kita taat dengan Allah dan Rasul? Pernahkan kita membandingkan apa yang diperintahkan dan apa yang kita telah laksanakan? Sekiranya kita tidak mampu melaksanakan sendirikan adakah kita bersama-sama dengan mereka yang menyokong perjuangan Nabi Muhammad SAW?
Bagaimanakan kita tahu yang kita berada di jalan yang benar? Ataupun kita amat jahil hingga tidak mampu membezakan apa yang sunnah dan mana yang punah. Perhatikanlah persekitaran anda.... Adakah anda berada dalam kelompok mereka yang mematuhi perintah Allah dan Rasul dari sudut perbuatan, pakaian, jual beli, berkeluarga, bermasyarakat dan pemerintahan.
Mungkin kita biasa dengar orang kata pakai jubah dan serban bukan semestinya baik... Sebaliknya adakah mereka yang mendedahkan aurat itu baik? Yang memakai jubah dan serban nampak baik.... tetapi mereka yang mendedahkan aurat jelas salah.
Tepuklah dada tanya Iman....
No comments:
Post a Comment