Friday, September 20, 2013

Adil : Agihan Ikut Kaum Atau Keperluan?

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkan bantuan di majlis Pemerkassaan Ekonomi Bumiputera, minggu lalu.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkan bantuan di majlis Pemerkassaan Ekonomi Bumiputera, minggu lalu.Bantuan kewangan berasaskan kaum dan rancangan memperkasa Bumiputera akan tersasar matlamatnya seperti polisi terdahulu  dan kaum Melayu akan lebih mendapat manfaat jika Perdana Menteri memberinya kepada kumpulan miskin, kata Professor Emeritus  Datuk Dr Mohamed Ariff.

Beliau berkata, kaum Melayu membentuk 80 peratus isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan.

Maka, katanya, cadangan seperti meningkatkan saham unit amanah Bumiputera di bawah program  Amanah Saham Bumiputera  tidak akan membantu kaum Melayu miskin, kerana mereka tidak mampu membeli unit amanah.

Merujuk kepada usaha jangka masa panjang berasaskan kaum, beliau berkata: "Polisi Ekonomi Baru mempunyai matlamat  jujur tetapi kekayaan yang diagihkan menerusinya tidak melepasi kepada kaum Melayu yang kurang bernasib baik. Kekayaan kekal  dalam kumpulan kecil."

Katanya, perkara sama akan berlaku lagi dan pendapat beliau senada dengan pandangan yang dikeluarkan oleh bekas menteri Zaid Ibrahim  semalam kepada The Malaysia Insider.

Zaid berkata, "Saya tidak melihat keperluan polisi khusus kepada satu-satu kaum. Itu semua mengarut dan idea membantu  kumpulan tertentu dengan polisi tidak lagi diperlukan.

"Jika Melayu masih ramai yang miskin. Ada sesutu yang tidak kena dengan polisi."

Sabtu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak melancarkan program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang  menggariskan lima teras iaitu meningkatkan daya modal insan, memantapkan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat,  mengukuhkan aset bukan kewangan, memperhebat keusahawanan dan memantapkan ekosistem penyampaian kerajaan terhadap  golongan Bumiputera.

Beberapa usaha itu termasuk beberapa bahagian program ekonomi termasuk bantuan kewangan, yang menurut  Putrajaya adalah bertujuan membantu Bumiputera.

Penganalisis sebaliknya melihat langkah itu sebagai usaha untuk meraih sokongan menjelang pemilihan parti Umno bulan depan,  malah pakar perlembagaan, Dr Azmi Sharom berkata ia pencabulan Perlembagaan Persekutuan yang menjanjikan  kesaksamaan.

Kenyataan Dr Ariff bagaimanapun hanyalah pandangan sekumpulan kecil daripada pemimpin Melayu berpengaruh yang menolak polisi  berasaskan kaum tersebut, serta mempertahankan perkara sedemikian tidak akan berjaya.

"DEB (Dasar Ekonomi Baru) telah lama digunakan dan kerajaan sewajarnya bergerak dengan dasar yang lebih berkesan daripada  berasaskan kaum kepada yang lebih memerlukan.

"Peralihan dasar akhirnya akan memberi manfaat kepada orang Melayu kerana ia membentuk sebahagian besar 40 peratus daripada  isi rumah golongan berpendapatan rendah," katanya.

DEB yang diperkenalkan pada 1971 oleh Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein bertujuan mencapai perpaduan  negara dan integrasi nasional, kemudiaan digantikan dengan Model Ekonomi Baru (MEB) yang lebih ke arah meritokrasi di samping  mengekalkan keistimewaan ekonomi kepada Melayu yang menjadi asas utama dalam dasar DEB.

Dr Ariff berkata, dasar kerajaan kelihatan bersifat populis dan tidak memberi tumpuan.

Katanya, pemberian hanya perlu diberikan dalam keadaan krisis, seperti kebuluran, kerana mereka mengeluarkan insentif untuk  bekerja keras.

“Orang Melayu tidak akan mampu untuk bersaing dalam persekitaran global jika mereka terus bergantung kepada bantuan,” katanya.

Menurut Zaid, kerajaan seharusnya memberi bantuan kepada setiap kaum berdasarkan keperluan mereka, termasuk mereka yang  bukan Bumiputera mahupun Melayu.

"Agenda Bumiputera itu adalah satu bentuk diskriminasi dan tidak adil kepada kaum lain," katanya.

Zaid berkata,persepsi Bumiputera tidak mampu bersaing secara efektif dengan kaum lain juga tidak tepat, kerana polisi yang  kononnya ingin membantu mereka itu akan membuatkan mereka menjadi malas. - 20 September, 2013.MI.

No comments: