Friday, July 25, 2014

Datuk Seri Abdul Hadi pertahan Tan Sri Abdul Khalid

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

"Insya-Allah itu sikap saya dan saya harap seluruh pimpinan PAS akan bersama dengan keputusan ini walaupun ada pandangan berbeza.

"Saya telahpun dengar semua hujah, kumpulkan sebelum akhirnya saya dapati majoriti kalangan akar umbi PAS bersetuju Khalid Ibrahim dikekalkan atas konsep amanah yang ditunaikannya," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas kuliah Jumaat di rumahnya di Rusila di Marang hari ini.

Menurut Abdul Hadi, hasil penelitian dan kaji selidik dilakukan beliau sendiri melalui beberapa pihak sama ada dalam PAS mahupun pihak luar, didapati majoriti Selangor masih bersetuju Abdul Khalid dikekalkan sebagai menteri besar, namun bergantung kepada perkenan Sultan Selangor.

Katanya kecemerlangan perkhidmatan Abdul Khalid dalam menerajui Selangor hingga ke tahap yang lebih baik termasuk mempertahankan Selangor pada pilihan raya umum ke-13 tidak boleh dinafikan meskipun terdapat kecelaruan yang ditimbulkan dalam Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat Rabu lepas menerima cadangan PKR untuk menggantikan Abdul Khalid  dan mencalonkan presidennya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengisi jawatan itu.

Abdul Hadi berkata alasan pihak yang mahu menukar Menteri Besar Selangor  adalah tidak kukuh dan beliau secara peribadi tidak setuju kerana melihat Abdul Khalid tidak terlibat masalah besar.

"Kalau beliau (Abdul Khalid) terlibat dengan skandal, pecah amanah, salah guna duit Selangor, itu ya (sememangnya) kita boleh tukar. Tapi kalau alasan-alasan yang lain, itu kita boleh urus tetapi bukanlah dengan cara tukar menteri besar dan biarlah dia habiskan tempoh penggal.

"Isunya adalah tunaikan amanah pemimpin. Kita dapati Tan Sri Khalid tidak sampai kepada peringkat khianat terhadap amanah ini, adalah salah sekiranya kita turunkan beliau," tegasnya.

Ditanya sama ada keputusannya itu bakal melebarkan perpecahan dalam pakatan pembangkang, beliau berkata: "Itu perkata mendatang dan kita boleh berbincang dan berunding. PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat dan pendapat berbeza itu sudah biasa sejak dahulu lagi".

Apabila diajukan soalan bahawa pendirian beliau itu dilihat seolah-olah PAS cuba menghalang apa yang didakwa sebagai jalan terakhir untuk Anwar ke Putrajaya, Abdul Hadi menyangkalnya sambil menyatakan perjuangan pakatan pembangkang bukannya perjuangan peribadi tetapi pejuangan untuk rakyat.

Berhubung adakah PAS berhasrat mengajak Abdul Khalid menyertai PAS, beliau berkata pihaknya tidak berhasrat berbuat sedemikian.

"Itu bukan cara kita dan sejak awal lagi walaupun kita (PAS) punyai 15 kerusi DUN, yang lebih daripada PKR, kita (PAS) beri kepada PKR (kerusi MB di Selangor) kerana kita sudah ada Kelantan (diperintah oleh PAS),' katanya sambil menyatakan kesihatannya kini semakin baik dan tetap mengikuti perkembangan politik semasa.

Abdul Hadi sebelum ini menjalani pemeriksaan perubatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN) selepas tahap kesihatannya dilaporkan terjejas semasa menghadiri satu persidangan di Turki bulan lepas.

Ketika ini PAS mempunyai 15 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Selangor manakala PKR (14) dan DAP (15).

Apabila Pengasas Negara Haram Israel Bercakap Mengenai Gaza....

Pelumba basikal Malaysia Azizulhasni Awang (gambar)  bakal berdepan tindakan disiplin oleh jawatankuasa Sukan Komanwel apabila memakai sarung tangan "Selamatkan Gaza" di velodrom Glasgow semalam.

Semalam ketika menyertai perlumbaan sprint lelaki, Azizul memakai sarung tangan tertera perkataan "save" pada sebelah tangannya manakala pada sebelah lagi "Gaza".

Ia dirakamkan oleh kamera selepas perlumbaan yang membawanya ke pusingan suku akhir.

Bagaimanapun Persekutuan Sukan Komanwel yang tidak mahu sukan itu dimasukkan unsur politik memberitahu The Associated Press, mereka akan menghubungi ketua delegasi Malaysia untuk membincangkan kejadian itu dan mengambil tindakan, lapor CTVNews, laman web dari Kanada.

Tindakan itu mungkin memberikan amaran kepada Azizul atau dia boleh dihalang daripada menyertai perlumbaan seterusnya.

Pihak berkuasa Palestine berkata, lebih 750 rakyat negara itu yang kebanyakannya orang awam terbunuh sejak diserang Israel 8 Julai lalu.

Pada laman Twitter dan Facebook, Azizulhasni, yang mempunyai hampir 40,000 pengikut Twitter dan lebih 200,000 likes pada Facebooknya, mencatatkan gambar pengakuan beliau bagi rakyat Palestin.

"Alhmdulillah saya memenangi pusingan 1, 1/4 esok terhadap Kiwi tetapi pasukan pecut layak pertama petang ini. Plz berdoa," katanya melalui twitter yang telah ditweet semula 1,100 kali ketika berita ini disiarkan, dengan ramai antara mereka berdoa agar beliau berjaya dalam perlumbaannya hari ini.

Bantahan Azizulhasni ini datang ketika jumlah kematian di Gaza meningkat kepada 800 di mana sebahagian besar rakyat Malaysia bersimpati dengan nasib rakyat Palestin, malah  kedua-dua belah jurang politik mengutuk serangan terbaru terhadap orang awam.

Semalam 15 terbunuh apabila sebuah sekolah antarabangsa di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang menjadi tempat pelarian mencari perlindungan ditembak Israel.

Susulan itu menyebabkan kemarahan Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon yang mengarahkan serangan dihentikan serta merta.

Azizulhasni, 28, anak kelahiran Terengganu dan bapa kepada dua anak itu merupakan pembawa bendera kontinjen Malaysia pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing, dan memenangi pingat emas di Kejohanan Berbasikal Asia pada April 2008.

Pada Februari 2011, kemalangan semasa perlawanan akhir Piala Dunia acara keirin di Manchester menghalang beliau meneruskan pertandingan. – 25 Julai, 2014.

Tahniah NUFAM...

Kesatuan Anak Kapal Kabin Penerbangan (Nufam) mengulangi gesaannya agar Malaysia Airlines membenarkan anak kapal dari kalangan wanita untuk memakai pakaian menutup aurat.

Ia menjawab kritikan yang mengaitkan tragedi pesawat MH370 dan MH17 dengan pakaian seragam anak kapal MAS yang didakwa tidak menutup aurat.

Nufam dalam kenyataannya menyifatkan dakwaan seperti itu tidak adil kerana anak kapal tersebut tidak berhak menentukan pakaian seragam mereka.

Tuduhan bahawa anak kapal wanita itu mengabaikan tanggungjawab agama mereka juga "tidak betul dan tidak adil" kerana mereka pernah meminta untuk mengenakan tudung atau hijab bersama pakaian seragam.

"Kini tiba masanya isu pakaian seragam hijiab dikaji bagi anggota kru beragama Islam yang ingin mengenakannya dalam penerbangan," kenyataan itu dipetik.

Ia mengulas kenyatan MP PAS semalam yang menggesa MAS mengkaji semula dasar berhubung hidangan alkohol dalam penerbangan dan pakaian kru wanita yang tidak menutup aurat.

Dalam kenyataannya, Nufam turut menyelar pengguna Internet yang melabelkan anggota krunya sebagai "murahan".

“Pada masa kita semua bersedih dengan kejadian MH17, ada pihak yang berjenaka dan mengutuk kru kami. Mereka turut menyebar tulisan jahat mengenai kru wanita kami.

"Kami merayu kepada individu ini supaya menghentikan kritikan ke atas kru kerana mereka terikat dengan perkhidmatan," kenyataan itu dipetik.

Wednesday, July 23, 2014

Jom shopping raya...

CJ : Islam terancam di Pulau Pinang?

The Boy Who Cried Wolf.

Dalam masa kita mendakwa pelbagai gelaran Islam kepada negara Malaysia kita melihat Islam terlalu lemah. Institusi dan authoriti Islam dilihat tidak bermaya. Ini adalah berpunca kegagalan pemimpin yang diamanahkan gagal meletakkan agama Islam ditempat yang selayaknya dan ditadbir oleh orang yang berhak.

Maka muncullah individu-individu tertentu cuba menjadi juara dan melalak sebagaimana kisah 'The Boy Who Cried Wolf'. Ini termasuklah Al Kataki, Zul Nordin, Hasan Akidah dan yang terbaru Bekas Ketua Hakim.

Mereka ini cenderung untuk menyerang orang atau dalam bahasa mudah menyalahkan orang lain. Persoalannya kenapa Islam menjadi lemah... Bukannya kenapa orang lain lebih dominan dan menonjol.

Jangan salahkan lantai kalau tidak pandai menari. Tidak salah kita peka terhadap gerakkan penyebaran agama lain kerana disana ada peruntukkan undang-undang yang jelas tentang ini. Bukan kita menyokong tindakkan bukan Islam, namun persoalannya kenapa Islam tidak buat apa-apa untuk meningkatkan siar dan kedudukan agama islam itu sendiri.

Dimana program dakwah, kebajikan umat Islam dan saudara baru, program penerangan dan perlaksanaan hukum Islam, program menyekat budaya hiburan melampau dan aktiviti songsang. Pelanggaran syariat Islam yang dilihat tidak mampu dikawal.

Jangan berbicara perjuangan sekiranya hidup bergelumang maksiat. Aurat tak terjaga, solat ikut suka, zakat cuba dielak, agama jadi sumber kekayaan, orang jahil dibiar cakap agama secara salah.

Berhentilah salahkan orang lain kalau orang lain berniaga dan kaya-raya. Salahkan diri sendiri kerana jual tanah kepada orang lain dan kaya sekejap kemudiannya merempat papa kedana seumur hidup.

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad membangkitkan masalah yang dihadapi oleh umat Islam di Pulau Pinang, yang menurutnya boleh merebak jika terus dibiarkan.

Antara lain, katanya, mantan Mufti Pulau Pinang memberitahunya adalah susah mendapat peruntukan untuk aktiviti agama Islam di Pulau Pinang, kerana pemimpin agama lain juga menuntut hak yang sama.

"Jika kita tidak membendungnya, perkara seperti ini akan merebak ke seluruh Malaysia. Di waktu itu, waktu penyiaran rancangan-rancangan agama Islam di televisyen pun akan terpaksa dikongsi dengan agama-agama lain.

"Jabatan-jabatan kerajaan dan kampus-kampus universiti kerajaan yang menyediakan surau akan terpaksa menyediakan gereja, tokong dan gurdwara," tambahnya.

Ertinya, tambah beliau, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan sudah tidak bermakna lagi.

Hamid menegaskan demikian di majlis berbuka puasa dengan beberapa NGO Islam di Kuala Lumpur, semalam.

Salinan ucapannya yang bertajuk 'Mempertahankan perlembagaan sebagai asas perpaduan negara', juga dimuatnaik di lamanweb beliau.

Bekas ketua hakim negara itu yang berasal dari Pulau Pinang, mendedahkan bahawa mufti juga memaklumkan kepada beliau mengenai satu kejadian semasa perasmian sebuah bangunan di negeri itu oleh timbalan ketua menteri.

Di majlis itu, katanya, doa dibacakan oleh seorang Padri Kristian, seorang Sami Hindu dan Imam Masjid Negeri.

"Saya amat hairan mengapa Imam Besar pun turut menyertainya. Tidakkah beliau berfikir?" soalnya.

"Saya amat sedih melihat orang Melayu dan Islam begitu 'naive' sehingga mereka begitu mudah diperalatkan sehingga sanggup bertakbir dan bergolek di atas jalan raya sedangkan orang bukan Islam yang untung," tambahnya.

Hamid merujuk kepada protes ekoran BN Perak mengambil alih pentadbiran negeri itu selepas pilihan raya umum 2008.

Mengulas mengenai isu penggunaan kaliman Allah, Hamid berkata beliau hairan mengapa ada orang-orang yang dikenali sebagai ulamak tidak nampak muslihat gereja Roman Katholik yang hendak memakai kalimah Allah dalam bible Bahasa Melayu dan upacara gereja dalam Bahasa Melayu selepas 500 tahun kecewa mengkristiankan orang Melayu secara besar-besaran.

Monday, July 21, 2014

Jom Shopping Meriah!

Program Baucer @RM100 Jom Shopping Hari Raya selama 3 hari : 21-23 Julai 2014 kawasan DUN Dusun Tua bermula 10.30 pagi ini di Giants Batu 9 Cheras. Penerima beratur mendapatkan baucer drp Petugas PKM Dusun Tua

Kedua2 YB Parlimen & DUN bsama-sama meraikan penerima sumbangan.




Saturday, July 19, 2014

YB Dr Che Rosli Di Masjid Lubuk Kelubi

YB Dr Che Rosli sempat mengimami solat Isyak dan seterusnya menyampaikan tazkirah ringkas sebelum menyampaikan sumbangan kepada anak yatim.

Anak Yatim Tidak Dilupakan

YB Hj Razaly Hassan ADN Dusun Tua dan YB Parlimen Dr Che Rosli Che Mat bersama Pengerusi Masgenuine dan pegawai-pegawainya menyampaikan sumbangan Raya kepada seramai 93 orang anak yatim do kawasan DUN Dusun Tua di KOMTA DH petang tadi.