Friday, July 25, 2014

Apabila Pengasas Negara Haram Israel Bercakap Mengenai Gaza....

Pelumba basikal Malaysia Azizulhasni Awang (gambar)  bakal berdepan tindakan disiplin oleh jawatankuasa Sukan Komanwel apabila memakai sarung tangan "Selamatkan Gaza" di velodrom Glasgow semalam.

Semalam ketika menyertai perlumbaan sprint lelaki, Azizul memakai sarung tangan tertera perkataan "save" pada sebelah tangannya manakala pada sebelah lagi "Gaza".

Ia dirakamkan oleh kamera selepas perlumbaan yang membawanya ke pusingan suku akhir.

Bagaimanapun Persekutuan Sukan Komanwel yang tidak mahu sukan itu dimasukkan unsur politik memberitahu The Associated Press, mereka akan menghubungi ketua delegasi Malaysia untuk membincangkan kejadian itu dan mengambil tindakan, lapor CTVNews, laman web dari Kanada.

Tindakan itu mungkin memberikan amaran kepada Azizul atau dia boleh dihalang daripada menyertai perlumbaan seterusnya.

Pihak berkuasa Palestine berkata, lebih 750 rakyat negara itu yang kebanyakannya orang awam terbunuh sejak diserang Israel 8 Julai lalu.

Pada laman Twitter dan Facebook, Azizulhasni, yang mempunyai hampir 40,000 pengikut Twitter dan lebih 200,000 likes pada Facebooknya, mencatatkan gambar pengakuan beliau bagi rakyat Palestin.

"Alhmdulillah saya memenangi pusingan 1, 1/4 esok terhadap Kiwi tetapi pasukan pecut layak pertama petang ini. Plz berdoa," katanya melalui twitter yang telah ditweet semula 1,100 kali ketika berita ini disiarkan, dengan ramai antara mereka berdoa agar beliau berjaya dalam perlumbaannya hari ini.

Bantahan Azizulhasni ini datang ketika jumlah kematian di Gaza meningkat kepada 800 di mana sebahagian besar rakyat Malaysia bersimpati dengan nasib rakyat Palestin, malah  kedua-dua belah jurang politik mengutuk serangan terbaru terhadap orang awam.

Semalam 15 terbunuh apabila sebuah sekolah antarabangsa di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang menjadi tempat pelarian mencari perlindungan ditembak Israel.

Susulan itu menyebabkan kemarahan Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon yang mengarahkan serangan dihentikan serta merta.

Azizulhasni, 28, anak kelahiran Terengganu dan bapa kepada dua anak itu merupakan pembawa bendera kontinjen Malaysia pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing, dan memenangi pingat emas di Kejohanan Berbasikal Asia pada April 2008.

Pada Februari 2011, kemalangan semasa perlawanan akhir Piala Dunia acara keirin di Manchester menghalang beliau meneruskan pertandingan. – 25 Julai, 2014.

No comments: