Tuesday, May 4, 2010
Memperkasa jentera.....
Dalam mendepani apa jua keperluan dan permasalahan masyarakat jentera pentadbiran perlu diperkasakan. Ini bukan sahaja bagi memenuhi keperluan masyarakat dan rakyat, tetapi juga menjelaskan tanggungjawab masyarakat kepada negara.
Tanggungjawab yang paling besar adalah keputusan yang perlu dibuat oleh rakyat setiap lima tahun sekali. Apabila diberitakan bahawa lebih dari 3 juta pengundi masih lagi tidak berdaftar maka ini sebenarnya menggambarkan tahap kesedaran masyarakat terhadap hak dan tanggungjawab mereka.
Apakah tahap kesedaran rakyat kita masih terlalu rendah atau kemudahan tiada atau mereka ini jenis tidak kisah. Asalkan mereka boleh kerja, makan, berjalan dan berumah tangga itu sudah memadai bagi mereka. Adakah itu sahaja tanggungjawab kita? Kalu begitu apakah beza kita dengan mereka yang membelakangkan langit?
Bukankah kita dilahirkan di muka bumi ini ada tujuan. Tuang yang paling utama adalah untuk menjadi wakil Allah yang digelar khalifah. Kita punya tanggungjawab untuk mendirikan agama mentadbir dunia ini dengan agama. Adakah masyarakat kita ini telah tersesat jauh di dalam dunia kejahilan tentang tujuan mereka hidup di dunia ini. Atau mereka ini terus dilekakan agar mudah diprogramkan dan dicucuk hidung.
Kesedaran ini perlu disemarakkan. Penerangan perlu digerakkan. Kesedaran perlu bajai. Untuk membina masyarakat yang bertamadun, kita perlu terlebih dahulu membangunkan sumber manusia ini. Masyarakat perlu mempunyai pengetahuan dan juga kesedaran. Mereka perlu membuat keputusan di atas kesedaran dan ilmu bukan sekadar ikut-ikut sahaja.

Monday, May 3, 2010
Pakatan sedia selesai masalah utama kaum India

CAMERON HIGHLANDS, 3 Mei: PAS dan Pakatan Rakyat (PR) akan memberi perhatian serius untuk menyelesaikan dua masalah besar yang dihadapi masyarakat India di negara ini jika diberikan mandat memerintah negara, kata Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.
Menjawab soalan wartawan pada sidang media khas selepas pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS Cameron Highlands, di Hotel Coolpoint, Tanah Rata, dekat sini, semalam, Tuan Ibrahim berkata masyarakat India di negara ini menghadapi masalah pendidikan dan sosial yang teruk walau pun Umno/BN telah menguasai pemerintahan lebih 50 tahun.
“Kalau PR diberikan kuasa pemerintahan di negara ini selepas pilihan raya umum akan datang, kita akan fokuskan usaha kita untuk menyelesaikan dua isu besar yang dihadapi masyarakat India iaitu pendidikan dan sosial.
“Isu besar masyarakat India adalah isu pemilikan tanah dan rumah. Walau pun telah 50 tahun mereka duduk di ladang, tenaga mereka diperah namun sampai tua, sudah beranak, bercucu pun masih tak ada tanah dan rumah.
“Begitu juga saya pergi ke Johor, saya dibawa ke sebuah sekolah Tamil, ada sekolah yang didirikan dalam keadaan yang amat dhaif, macam bukan sekolah. Pendidikan kaum India merupakan isu besar yang akan diberikan fokus,” katanya.
Turut hadir pada sidang media tersebut ialah Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pahang, N Balasubramaniam, Pengerusi Kelab Penyokong PAS Perak, Suria Nayaran, Pengerusi Penaja Kelab Penyokong PAS Cameron Highlands, Rajagopal a/l Katiappan dan pimpinan PAS Pahang.
Nota : Jangan ketinggalan ceramah Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man di Dewan Taman Sri Nanding 4 Mei 2010 9 malam. Semua dijemput hadir.

Sunday, May 2, 2010
Harga Kickdefella RM 4 Juta, Apco RM 77 juta untuk lawan Pakatan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tidak terkejut dengan dakwaan penulis blog Kickdefella, Syed Azizi Syed Abdul Aziz berhubung isu RM 4 juta yang digunakannya bagi melawan Kerajaan BN selama ini.
PAS mahu Kickdefella menyatakan apakah bentuk-bentuk fitnah dan pembohongan yang beliau lakukan untuk memburukan BN dan siapakah yang memberikan kebenaran kepada beliau untuk menyebarkan berita fitnah itu.
PAS yakin, setiap jentera Kerajaan Kelantan telah berkerja bersungguh-sungguh untuk membina imej Kerajaan PAS Kelantan. Namun kita tidak pernah mengarahkan mana-mana pihak untuk menaburkan fitnah dan pembohongan. Hatta bagi jentera penerangan parti sekalipun, kita hanya membuat pendedahan yang mempunyai fakta dan kebenaran.
Seandainya terdapat fitnah dan pembohongan yang dibuat oleh blogger itu, jelas beliau sengaja menciptanya dan berbohong kepada semua termasuk kepada orang yang membayar gajinya. Kickdefella perlu membuktikan siapakah yang mencipta pembohongan itu, adakah pimpinan PAS atau dia sendiri yang merekanya demi untuk membodek Kerajaan PAS selama ini.
PAS mencabar kickdefella untuk membuat laporan kepada pihak Polis dan SPRM jika benar beliau mempunyai bukti yang menunjukan pimpinan PAS mencipta pembohongan dan memaksa beliau menjadikannya sebagai bahan propaganda.
Beliau kini terdesak untuk kembali bersama Umno-BN yang baru-baru ini sanggup membayar RM 77 juta kepada APCO Worldwide untuk mencita Slogan 1 Malaysia dan menjadi perunding kepada Kerajaan BN bagi melawan kebangkitan Pakatan Rakyat.
Kickdefella meletakan harga dirinya RM 4 juta dengan harapan pihak tertentu menawarkan harga yang lebih tinggi supaya beliau terus menyebarkan cerita untuk menjatuhkan imej Kerajaan Kelantan dan Tok Guru Nik Aziz.
Perkara sebegini adalah lumrah dalam dunia politik kerana ada manusia yang sanggup menjual diri demi untuk mencari makan dan hidup mewah. PAS sudah lama bersedia dengan propaganda media sebegini.
Agem propanganda media seperti Kickdefella hari ini sanggup menjual penulisan mereka untuk mendapat bayaran tertentu dari pihak tertentu untuk mengkhianati rakan dan majikan. Mereka hidup bersendirian, kiri kanan ditikamnya. Bila duduk berhadapan mereka membodek, bila dibelakang mereka bekerjasama dengan musuh.
PAS berharap agar jentera penerangan PAS terus berusaha membongkar kezaliman BN dan menyampaikannya pada rakyat. Setiap fakta dan kebenaran harus dibawa kepada rakyat supaya mereka boleh menilai siapa pembohong, siapa pengkhianat dan siapa pejuang sebenar.
Ust. Idris Ahmad

JANGAN ROBOHKAN DOKTRIN WALA’ TAAT DAN THIQAH DALAM PAS
Wala’ , taat, thiqah adalah kalimah yang begitu popular dalam gerakan Islam seperti Pas. Doktrin inilah yang menjadikan asas dan tiang kepada perjuangan Pas sehingga mampu bertahan sampai hari ini. Setiap ahli Pas sudah berbai’ah ketika mengisi borang ahli Pas. Walaupun ada pemimpin yang cabut lari, ahli tetap bersama dengan roda putaran Pas. Mereka tetap dengan Pas, kerana mereka taat selagi pemimpin tidak menyeleweng dengan menyertai pihak musuh.
Mereka sudah diajar oleh baginda nabi SAW ketika melakukan Baiat al-Aqabah yang terkenal sebelum baginda berhijrah. Rasulullah s.a.w bersabda Maksudnya,
“Berbaiahlah kepadaku di atas ketaatan dan mendengar (perintah) di atas cergas dan malas, bersedia bernafkah (memberi sumbangan harta benda) di masa susah dan senang, menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran, bangun untuk menegakkan agama Allah swt tanpa mengendahkan celaan orang yang mencela, dan kamu berbaiah untuk menolongku apabila aku tiba ke negeri kamu dan mempertahankan aku apa yang kamu lakukan untuk mempertahankan diri kamu sendiri, isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu, jadi untuk kamu ialah balasan syurga”.
Hebat macam mana seorang pemimpin kalau ia telah keluar dari Pas ia tidak akan ditaati. Contoh yang boleh kita lihat Datuk Asri haji Muda orang yang hebat ketika itu dengan kelicikan berpolitik dan seorang pidato yang ulung di negara ini. Tetapi apabila beliau keluar daripada Pas maka ia menjadi melukut di tepi gantang.
Apakah kita hendak kata bodoh kepada ahli Pas yang wala’ kepada arahan pimpinan apabila calon yang bertanding di kawasan itu bukan calon Pas. Walaupun peringkat jentera parti bermatian mahu calon Pas yang bertanding. Tetapi kepimpinan tetap juga hendak meletakkan calon di kalangan rakan Pakatan Rakyat (dulunya Barisan Alternatif).
Walaupun peringkat akar umbi tahu bahawa kekuatan jentera dan ahli di tangan Pas. Tetapi apabila keputusan sudah dibuat maka ia dipatuhi oleh ahli Pas. Mereka bertungkus lumus untuk memastikan calon rakan menang. Semuanya ini adalah contoh wala dan thiqah kepada pemimpin.
Dalam berjamaah mana ada keputusan yang diputuskan oleh jamaah semuanya ahli bersetuju. Kalau hendak tunggu semuanya bersetuju maka tidak akan bertemu keputusan.
Sama seperti dalam syarikat mana ada keputusan yang 100% di setujui oleh ahli mesyuarat. Hatta di zaman nabi SAW pun apabila keputusan diputuskan oleh nabi SAW ada yang tidak berpuas hati contohnya, peristiwa pembahagian ghanimah selepas daripada peperangan Hunaian.
Rasulullah saw telah berkenan untuk menyerahkan ghanimah kepada orang Quraisy yang baru memeluk Islam. Tindakan ini telah menyebabkan kaum Ansar kurang senang dan ada antara mereka mengatakan;
“Semoga Allah mengampuni Rasul-Nya, dia memberi Quraisy dan membiarkan kita padahal pedang-pedang kita masih menitiskan darah mereka”
Rasulullah saw mendengar berita tersebut dan baginda mengumpul kaum Ansar dan bersabda;
“Hai kaum Ansar, aku telah mendengar perkataan kamu! Bukankah ketika aku datang kamu masih dalam keadaan sesat kemudian Allah memberikan hidayah kepada kamu dengan perantaraan aku? Bukankah ketika itu kamu saling bermusuhan kemudian Allah menyatukan hati kamu dengan perantaraan aku? Bukankah ketika itu kamu masih hidup menderita kemudian Allah mencukupkan kamu dengan perantaraan aku?”
Setiap kali Rasulullah saw bertanya, mereka menjawab,
“Benar! Sesungguhnya Allah dan RasulNya lebih pemurah dan utama”.
Rasulullah saw meneruskan,
“Hai kaum Ansar, apakah kerana kamu marah kerana tidak menerima sampah dunia yang tiada nilainya? Dengan “sampah” itu aku hendak menjinakkan suatu kaum yang baru sahaja memeluk Islam sedangkan kamu semua telah lama Islam. Hai kaum Ansar, apakah kamu tidak puas melihat orang membawa pulang kambing dan unta sedangkan kamu pulang membawa Rasulullah saw? Demi Allah, apa yang kamu bawa pulang adalah lebih baik dari apa yang mereka bawa.”
Ini berlaku di zaman nabi SAW yang masih menjadi contoh yang hjidup pada ketika itu. Maka apalah sangat di zaman kini yang semakin jauh daripada contoh nabi SAW.
Kerana itulah perjuangan Pas memastikan keimanan sentiasa menjadi tulang belakang dalam perjuangan Pas yang dapat membentuk jiwa dan roh yang hidup dengan sinar islam. Kerana dalam perjuangan yang panjang dan jauh pasti akan hanya mendatangkan keletihan bagi jiwa-jiwa yang tidur dan lemah, kosong daripada nilai keimanan.
Namun diyakini, jiwa yang hidup dan tersinar darinya pancaran Islam yang tidak putus pasti akan dapat mendatangkan kekuatan yang akan memastikan setiap ahli itu akan terus berada di dalam jalan juang yang panjang dan jauh ini. Dalam medan pertempuran kita menghadapi musuh, kita memerlukan persiapan dari pelbagai segi: bilangan yang cukup, keperluan yang lengkap dan kesediaan fizikal yang mantap. Namun jangan kita lupa akan persiapan dasar yang paling utama iaitu ketaqwaan dan keimanan.
Maka jangan kita abaikan bekalan paling utama dalam perjuangan kita iaitu tarbiyah ketuhanan. Kerana ini adalah pendorong yang dijanjikan jaminan kejayaan oleh Allah sebagaimana firmannya:
“Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berbuat kebajikan” (An-Nahl:128)
“Katakanlah: Semuanya (datang) adalah dari sisi Allah” (An-Nisaa:78)
Kalau pemimpin tidak ikhlas mereka akan lari, kerana Pas bukan sesuai untuk orang jahat. Jangan pula kita menuduh bahawa wala’ , thiqah ini candu dalam Pas untuk membolehkan pemimpin melalikan pengikut.
Ini satu tuduhan yang berat. Perlu disedari kebanyakan ahli Pas ini mereka juga pemimpin, sekurang-kurangnya pemimpin di peringkat cawangan atau lajnah. Kalau kita tidak taat nanti orang pula tidak taat kepada kita, akhirnya yang hancur ialah Pas, yang ketawa ialah umno BN Walaupun kita marah kepada pemimpin tetapi jangan kita merobohkan “Intitusi” wala’ taat dan thiqah.
Kita boleh melahirkan rasa tidak puas hati kepada jamaah di majlis yang sepatutnya, tetapi bukan dalam blog. Menceritakan keaiban parti dalam blog sama seperti mendedahkan keaiban suami isteri kepada musuh dan musuh akan adu domba supaya ia menceraikan isteri dan dia akan berkahwin dengan bekas jandanya.
Faedah Taat, wala’ dan thiqah -Ahli dapat menunai tugas mengikut arahan parti supaya tidak menyalahi strategi parti
- Pas mampu mengerahkan ahli untuk turun demo yang besar seperti BERSIH, Mansuh ISA, PPSMI
- Pas mampu mengerahkan tenaga dalam setiap kali pilihanraya tanpa diupah -Supaya tidak timbul jamaah dalam jamaah.
- Dapat bertindak secara jama’i bukan individu. -Supaya kesannya terasa kepada jamaah dan masyarakat kerana ia dilakukan oleh parti.
- Seandainya berlaku kegagalan ia tanggung oleh jamaah bukan oleh individu.
- Dapat mengimbangkan di antara sikap yang berbagai-bagai di dalam parti, kerana ada orang yang keterlaluan, ada orang yang lambat dan ada yang sederhana.
Adakah mampu Pas untuk melakukan demikian kalau kita cuba memusnahkan “institusi doktrin” yang sudah lama dibina. Umno gagal meroboh daripada luar, jangan pula kita sendiri yang hendak membantu merobohkan. Umno gagal hendak membina doktrin ini, mereka hanya boleh hidup dan bernafas dengan wang dan kuasa sahaja. Umno tidak ada wala’, taat dan thiqah, tetapi Pas ada perkara ini.
PAS Hina Sultan atau Umno Yang Maki Sultan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melihat Umno kini semakin terdesak untuk menarik perhatian rakyat dan Sultan khususnya di Kedah. Mereka mendendangkan lagu “PAS hina Sultan Kedah” hanya kerana mereka kini sudah ketandusan isu untuk menyerang Kerajaan Pakatan Kedah.
Adun PAS Kubang Rotan, YB Mohd Nasir Mustafa membangkitkan dua soalan dibawah ini dalam sidang Dun?
Rakyat yang membaca soalan ini pasti akan ketawa melihat reaksi Umno yang begitu panik dan culas dalam membuat bantahan.
Soalan pertama jelas sebagai sindiran kepada Kerajaan Persekutuan yang ditadbir BN kerana begitu sibuk mencampuri hal ehwal urusan Agama Islam di Kedah. Nasir membuat soalan ini selepas mendapat laporan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB. Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Hj Baharom mengunakan JAKIM untuk memanggil imam-imam seluruh negeri Kedah mengadapnya dalam satu program di SP Inn pada 4 April 2010.
Jadi beliau mahu tahu sejauh manakah kuasa Kerajaan Persekutuan dalam hal ini berbanding kuasa Sultan yang menaungi segala program dan aktiviti keagamaan di negeri Kedah.
Soalan kedua jelas menunjukan bahawa beliau mahu satu penjelasan dari pihak Kerajaan berhubung bidang kuasa Kerajaan negeri dalam pentadbiran hal ehwal Islam dinegeri berkenaan sebagai memudahkan rakyat dikawasannya dan diseluruh negeri melihat kuasa-kuasa Kerajaan negeri dan Sultan dalam urusan berkaitan. Ini adalah satu cara untuk mendidik rakyat melihat hak pemimpin mereka ke atas agama dan diri mereka serta hak mereka terhadap pemimpin mereka.
Dalam kedua-dua soalan ini PAS tidak nampak sebarang unsur penghinaan kepada Sultan dan Umno jelas memutar belitkan fakta sebenar lantaran kedangkalan mereka sendiri.
Rakyat tidak lupa sejarah Umno menghina Sultan-sultan selama ini:
Banyak lagi kisah-kisah penderhakaan Umno yang tidak pernah serik memaki hamun Sultan hingga ke hari ini. Ternyata sikap PAS dan Umno terhadap Istana begitu jauh berbeza.
Umno menganggap tindakan PAS yang bertanya secara baik dalam DUN sebagai menghina Sultan dan dalam masa yang sama mereka menganggap tindakan mereka memaki Sultan sebagai teguran kepada Istana.
Rakyat perlu melihat perkara ini dan memahami bahawa mereka bukanlah rakyat yang bodoh, yang tidak pandai membezakan soalan atau makian.
Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
Adun PAS Kubang Rotan, YB Mohd Nasir Mustafa membangkitkan dua soalan dibawah ini dalam sidang Dun?
- Sejauh manakah bidang kuasa KDYMM Tuanku Sultan sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini dihormati oleh kerajaan Pusat?
- Setakat manakah tahap tidak boleh campur tangan kerajaan negeri Kedah dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam, nyatakan perkara tidak boleh tersebut?
Rakyat yang membaca soalan ini pasti akan ketawa melihat reaksi Umno yang begitu panik dan culas dalam membuat bantahan.
Soalan pertama jelas sebagai sindiran kepada Kerajaan Persekutuan yang ditadbir BN kerana begitu sibuk mencampuri hal ehwal urusan Agama Islam di Kedah. Nasir membuat soalan ini selepas mendapat laporan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB. Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Hj Baharom mengunakan JAKIM untuk memanggil imam-imam seluruh negeri Kedah mengadapnya dalam satu program di SP Inn pada 4 April 2010.
Jadi beliau mahu tahu sejauh manakah kuasa Kerajaan Persekutuan dalam hal ini berbanding kuasa Sultan yang menaungi segala program dan aktiviti keagamaan di negeri Kedah.
Soalan kedua jelas menunjukan bahawa beliau mahu satu penjelasan dari pihak Kerajaan berhubung bidang kuasa Kerajaan negeri dalam pentadbiran hal ehwal Islam dinegeri berkenaan sebagai memudahkan rakyat dikawasannya dan diseluruh negeri melihat kuasa-kuasa Kerajaan negeri dan Sultan dalam urusan berkaitan. Ini adalah satu cara untuk mendidik rakyat melihat hak pemimpin mereka ke atas agama dan diri mereka serta hak mereka terhadap pemimpin mereka.
Dalam kedua-dua soalan ini PAS tidak nampak sebarang unsur penghinaan kepada Sultan dan Umno jelas memutar belitkan fakta sebenar lantaran kedangkalan mereka sendiri.
Rakyat tidak lupa sejarah Umno menghina Sultan-sultan selama ini:
- Pada tahun 1991 dalam Persidangan Agung Umno, Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan Umno kalah di Kelantan.
- Tahun 1983, Umno membelasah Raja-Raja Melayu di Parlimen kerana menolak cadangan supaya kuasa Yang DiPertuan Agong mengenai pengistiharan darurat dikurangkan.
- Umno turut berdemo dan menghantar memorandum kepada Sultan Kelantan sebagai tanda protes serta mendesak harta DiRaja disiasat.
- Umno juga cuba merampas kuasa dengan menabalkan Tengku Ibrahim Inderaputera untuk mengganti Sultan Ismail Putera pada 29hb April 1993 di Ketereh Kelantan.
- Dato’ Zahid Hamidi yang menjadi Ketua Pemuda Umno ketika itu mencabar supaya Sultan Kelantan Ismail Petra turun takhta.
- Pada 2008 Umno Terengganu mengumpulkan ahli-ahlinya untuk berdemo membantah tindakan Sultan yang kini menjadi Yang DiPertuan Agong kerana memilih Dato’ Mohd Said sebagai Menteri Besar dan menolak cadangan Umno yang mahukan Datuk Idris Jusoh dilantik semula. Kain rentang menghina Sultan dan memanggil baginda sebagai “Binatang” diarak dalam demontrasi itu.
- Pada tahun yang sama Perlis menyaksikan Sultannya di boikot oleh Bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Shahidan Kasim yang ditolak Istana dalam Istiadat perlantikan Menteri Besar Baru, Datuk Seri Mohd Isa Sabu.
Banyak lagi kisah-kisah penderhakaan Umno yang tidak pernah serik memaki hamun Sultan hingga ke hari ini. Ternyata sikap PAS dan Umno terhadap Istana begitu jauh berbeza.
Umno menganggap tindakan PAS yang bertanya secara baik dalam DUN sebagai menghina Sultan dan dalam masa yang sama mereka menganggap tindakan mereka memaki Sultan sebagai teguran kepada Istana.
Rakyat perlu melihat perkara ini dan memahami bahawa mereka bukanlah rakyat yang bodoh, yang tidak pandai membezakan soalan atau makian.
Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
Saturday, May 1, 2010
Ke Bangkok
Di atas tuntutan tugas, sekali lagi penulis dikehendaki mengembara ke negara orang. Kali ini ke Bangkok. Jika sekadar melihat berita di akhbar dalam dan luar negeri nescaya tiada siapa yang mahu ke Bangkok pada waktu ini. Tetapi diatas tuntutan tugas yang memerlukan ianya dilaksanya segera maka kami bertekad untuk bermusafir.
Setibanya di lapangan terbang dan keluar ke kawasan bandar, kami melihat tiada tanda-tanda yang wujud rusuhan di kotaraya ini. Kotaraya Bangkok yang luasnya saujana mata memandang memperlihatkan pembangunan yang luar biasa. Kemudahan infrastrukturnya mengambarkan kesungguhan kerajaan dalam membangunkan negara ini. Lebuhraya yang luas dan bertingkat menjadi nadi utama perhubungan di kota ini.
Mungkin inilah yang dikatakan kesan media. Media mampu mengambarkan sesuatu yang amat buruk kepada sesuatu tempat walaupun kenyataannya amat jauh berbeza. Sekiranya masyarakat hanya bergantung kepada media utama maka akhirnya masyarakat akan dibentuk mengikut acuan dan diprogramkan menurut empunya media.
Alhamdulillah, akhirnya tiba di tempat yang di tuju.
Dalam perjalanan pulang ke lapangan terbang barulah kelihatan pihak keselamatan yang mengadakan post kawalan lalulintas. Itupun mereka tidak memeriksa lalulintas. Sekadar menunjukkan kehadiran mereka sahaja.
Kelihatan di tepi lebuhraya tersergam indah bangunan masjid. Malangnya masa yang amat terhad kami tidak berkesempatan untuk singgah ziarah.
Insyallah mungkin satu hari nanti akan datang kembali.....
Kini tugas di sini sedia menanti. Meneruskan perjuangan untuk menyebarkan maklumat dan kesedaran kepada masyarakat. Tugas yang memerlukan komitment yang tinggi dan pengorbanan masa dan fikiran.
Pergolakkan politik tempatan dan masalah sosial yang tidak berkesudahan sentiasa menuntut kita untuk memikirkan jalan penyelesaian dan pilihan yang terbaik. Mudah-mudahan diberikan kekuatan dan istikomah dalam perjuangan ini. Insyallah.
Mungkin inilah yang dikatakan kesan media. Media mampu mengambarkan sesuatu yang amat buruk kepada sesuatu tempat walaupun kenyataannya amat jauh berbeza. Sekiranya masyarakat hanya bergantung kepada media utama maka akhirnya masyarakat akan dibentuk mengikut acuan dan diprogramkan menurut empunya media.
Pergolakkan politik tempatan dan masalah sosial yang tidak berkesudahan sentiasa menuntut kita untuk memikirkan jalan penyelesaian dan pilihan yang terbaik. Mudah-mudahan diberikan kekuatan dan istikomah dalam perjuangan ini. Insyallah.
Wednesday, April 28, 2010
Zaid mahu fail petisyen, saman SPR
KUALA LUMPUR, 28 April — Datuk Zaid Ibrahim yang tewas dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor Ahad lalu akan memfailkan petisyen pilihan raya dalam waktu terdekat — minta mahkamah mengisytiharkan keputusan tidak sah.Selain itu beliau juga akan memfailkan kes terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana cuai melaksanakan tanggungjawabnya sebagai badan pengendali pilihan raya.
Pada sidang media diadakan di sini, Zaid berkata beliau juga bercadang untuk memfailkan saman fitnah terhadap akhbar Utusan Malaysia kerana melabelkanya sebagai “kaki arak”.
_____________________________
KUALA LUMPUR, April 28 — Defeated PKR candidate Datuk Zaid Ibrahim will file an election petition to declare the Hulu Selangor by-election as void, claiming the Election Commission was biased in the Sunday vote.
He also said he will sue Utusan Malaysia for calling him an “alcoholic”, the main personal attack in the eight-day campaign period.
“I’ve made a decision to file an election petition to declare the results as not valid. My legal team will file it soon,” Zaid told a press conference here today.
“The Election Commission must be seen to be impartial. My opinion is that they are extremely partial, and [we] will act against them,” he added.
He then announced his plan to initiate legal proceedings against Umno-owned daily, Utusan Malaysia.
“I will also take action against Utusan Malaysia for labelling me an ‘alcoholic’, Zaid said.
'Jangan lapor bukan-bukan', rayu ibu Aminulrasyid
Ibu kepada pelajar berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah, yang mati ditembak polis awal pagi semalam, meminta polis menyiasat kes kematian anaknya dengan telus bagi "mencari keadilan".Norsiah Mohamad, 60, seorang ibu tunggal, juga mendakwa anaknya itu tidak terlibat dalam aktiviti jenayah, seperti dilaporkan media.
"Saya tau anak saya, dia bukan seperti yang disebarkan dalam akhbar. Saya tau siapa anak saya," katanya dalam sidang media di rumahnya di Shah Alam hari ini.
Dalam sidang media itu, Norsiah ditemani oleh anak perempuannya, Norazura Amzah dan menantunya, Kamarudin Hassan.
Aminulrasyid merupakan anak bungsu daripada lapan adik beradik.
Beliau berharap media tidak melaporkan "yang bukan-bukan" kerana "saya sebagai ibu tak sanggup nak baca."
Ditanya sama ada pihaknya akan menyaman polis, Norsiah berkata, perkara itu akan dibincangkan bersama anggota keluarganya yang lain.
Ibunya kelihatan sedih dan bergenang air mata ketika mengulas perkara itu.
Laporan polis
Sementara itu, kira-kira jam 2 petang tadi, Norsiah turut membuat laporan di ibupejabat polis daerah (IPD) Shah Alam di Seksyen 11, antaranya menuntut kes anaknya itu disiasat ibu pejabat polis Bukit Aman sendiri.
“Saya meminta supaya suatu siasatan yang bebas dijalan oleh polis daripada ibu pejabat persekutuan PDRM (Polis Diraja Malaysia) Bukit Aman ke atas semua pihak polis yang terlibat termasuk pegawai atasan yang membenarkan insiden ini berlaku,” dakwanya dalam laporan tersebut.
Beliau ditemani beberapa pemimpin PKR dan aktivis peguam ketika membuat laporan tersebut. Turut hadir ialah ketua penerangan PKR Latheefa Koya, exco kerajaan Selangor Yaakob Sapari, ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad dan ahli parlimen Kapar S Manikavasagam.
Aktivis peguam pula yang menawarkan diri sebagai peguam keluarga terbabit N Surendran dan Puspawati Rosman, turut hadir.
Norsiah bagaimanapun enggan bercakap panjang kepada media kerana sudah mengadakan sidang akhbar di rumahnya di sebelah pagi.
“Saya mahukan pembelaan (arwah) untuk anak saya,” katanya ringkas.
Sementara itu, dalam laporan polisnya petang ini, yang salinannya ditunjukkan oleh Latheefa, Norsiah mempersoalkan kenapa kereta yang dipandu anaknya tidak ditahan atau dihalang sahaja kerana “Tiada ada apa-apa sebab munasabah kenapa pihak polis perlu menembak”.
"Saya ingin menegaskan anak saya tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah dan tidak pernah terlibat dalam apa jua kes jenayah termasuk rompakan,” dakwanya dalam aduannya itu.
Ibu tunggal kepada lapan anak itu mendakwa, berdasarkan tembakan yang dilepaskan dari belakang, anaknya bukan satu ancaman kepada keselamatan pihak polis.
Monday, April 26, 2010
Syabas dan Tahniah......
Jangan kita kecewa dan sedih..... Ingatlah kalau matlamat kita untuk menyampaikan maklumat dan memberi kesedaran kepada rakyat. Kita sebenarnya telah berjaya. Mungkin perlu di tingkat terutama di kawasan majoriti orang Melayu.
Walaupun dengan keterbatasan ini, kita masih mampu bertahan dan memberi saingan yang amat sengit. Sekiranya kita nilai jumlah wang ringgit yang ditaburkan oleh BN dan seluruh jentera kerajaan dan menteri-menteri yang turun ke Hulu Selangor, kemenangan BN setakat 1,725 itu adalah tidak padan.
Mungkin selepas ini Najib menyangka rakyat sudah mula menyokong mereka. Maka, bolehlah dia berkira-kira untuk mengadakan PRU13 dalam masa terdekat.... mungkin akhir tahun atau awal tahun hadapan.
Satu tugas berat bakal menunggu. Selamat berjuang.
Subscribe to:
Posts (Atom)