Dalam mendepani apa jua keperluan dan permasalahan masyarakat jentera pentadbiran perlu diperkasakan. Ini bukan sahaja bagi memenuhi keperluan masyarakat dan rakyat, tetapi juga menjelaskan tanggungjawab masyarakat kepada negara.
Tanggungjawab yang paling besar adalah keputusan yang perlu dibuat oleh rakyat setiap lima tahun sekali. Apabila diberitakan bahawa lebih dari 3 juta pengundi masih lagi tidak berdaftar maka ini sebenarnya menggambarkan tahap kesedaran masyarakat terhadap hak dan tanggungjawab mereka.
Apakah tahap kesedaran rakyat kita masih terlalu rendah atau kemudahan tiada atau mereka ini jenis tidak kisah. Asalkan mereka boleh kerja, makan, berjalan dan berumah tangga itu sudah memadai bagi mereka. Adakah itu sahaja tanggungjawab kita? Kalu begitu apakah beza kita dengan mereka yang membelakangkan langit?
Bukankah kita dilahirkan di muka bumi ini ada tujuan. Tuang yang paling utama adalah untuk menjadi wakil Allah yang digelar khalifah. Kita punya tanggungjawab untuk mendirikan agama mentadbir dunia ini dengan agama. Adakah masyarakat kita ini telah tersesat jauh di dalam dunia kejahilan tentang tujuan mereka hidup di dunia ini. Atau mereka ini terus dilekakan agar mudah diprogramkan dan dicucuk hidung.
Kesedaran ini perlu disemarakkan. Penerangan perlu digerakkan. Kesedaran perlu bajai. Untuk membina masyarakat yang bertamadun, kita perlu terlebih dahulu membangunkan sumber manusia ini. Masyarakat perlu mempunyai pengetahuan dan juga kesedaran. Mereka perlu membuat keputusan di atas kesedaran dan ilmu bukan sekadar ikut-ikut sahaja.

No comments:
Post a Comment