Monday, May 3, 2010

Pakatan sedia selesai masalah utama kaum India


CAMERON HIGHLANDS, 3 Mei: PAS dan Pakatan Rakyat (PR) akan memberi perhatian serius untuk menyelesaikan dua masalah besar yang dihadapi masyarakat India di negara ini jika diberikan mandat memerintah negara, kata Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menjawab soalan wartawan pada sidang media khas selepas pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS Cameron Highlands, di Hotel Coolpoint, Tanah Rata, dekat sini, semalam, Tuan Ibrahim berkata masyarakat India di negara ini menghadapi masalah pendidikan dan sosial yang teruk walau pun Umno/BN telah menguasai pemerintahan lebih 50 tahun.

“Kalau PR diberikan kuasa pemerintahan di negara ini selepas pilihan raya umum akan datang, kita akan fokuskan usaha kita untuk menyelesaikan dua isu besar yang dihadapi masyarakat India iaitu pendidikan dan sosial.

“Isu besar masyarakat India adalah isu pemilikan tanah dan rumah. Walau pun telah 50 tahun mereka duduk di ladang, tenaga mereka diperah namun sampai tua, sudah beranak, bercucu pun masih tak ada tanah dan rumah.

“Begitu juga saya pergi ke Johor, saya dibawa ke sebuah sekolah Tamil, ada sekolah yang didirikan dalam keadaan yang amat dhaif, macam bukan sekolah. Pendidikan kaum India merupakan isu besar yang akan diberikan fokus,” katanya.

Turut hadir pada sidang media tersebut ialah Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pahang, N Balasubramaniam, Pengerusi Kelab Penyokong PAS Perak, Suria Nayaran, Pengerusi Penaja Kelab Penyokong PAS Cameron Highlands, Rajagopal a/l Katiappan dan pimpinan PAS Pahang.

Nota : Jangan ketinggalan ceramah Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man di Dewan Taman Sri Nanding 4 Mei 2010 9 malam. Semua dijemput hadir.

No comments: