Di atas tuntutan tugas, sekali lagi penulis dikehendaki mengembara ke negara orang. Kali ini ke Bangkok. Jika sekadar melihat berita di akhbar dalam dan luar negeri nescaya tiada siapa yang mahu ke Bangkok pada waktu ini. Tetapi diatas tuntutan tugas yang memerlukan ianya dilaksanya segera maka kami bertekad untuk bermusafir.
Setibanya di lapangan terbang dan keluar ke kawasan bandar, kami melihat tiada tanda-tanda yang wujud rusuhan di kotaraya ini. Kotaraya Bangkok yang luasnya saujana mata memandang memperlihatkan pembangunan yang luar biasa. Kemudahan infrastrukturnya mengambarkan kesungguhan kerajaan dalam membangunkan negara ini. Lebuhraya yang luas dan bertingkat menjadi nadi utama perhubungan di kota ini.
Mungkin inilah yang dikatakan kesan media. Media mampu mengambarkan sesuatu yang amat buruk kepada sesuatu tempat walaupun kenyataannya amat jauh berbeza. Sekiranya masyarakat hanya bergantung kepada media utama maka akhirnya masyarakat akan dibentuk mengikut acuan dan diprogramkan menurut empunya media.
Alhamdulillah, akhirnya tiba di tempat yang di tuju.
Dalam perjalanan pulang ke lapangan terbang barulah kelihatan pihak keselamatan yang mengadakan post kawalan lalulintas. Itupun mereka tidak memeriksa lalulintas. Sekadar menunjukkan kehadiran mereka sahaja.
Kelihatan di tepi lebuhraya tersergam indah bangunan masjid. Malangnya masa yang amat terhad kami tidak berkesempatan untuk singgah ziarah.
Insyallah mungkin satu hari nanti akan datang kembali.....
Kini tugas di sini sedia menanti. Meneruskan perjuangan untuk menyebarkan maklumat dan kesedaran kepada masyarakat. Tugas yang memerlukan komitment yang tinggi dan pengorbanan masa dan fikiran.
Pergolakkan politik tempatan dan masalah sosial yang tidak berkesudahan sentiasa menuntut kita untuk memikirkan jalan penyelesaian dan pilihan yang terbaik. Mudah-mudahan diberikan kekuatan dan istikomah dalam perjuangan ini. Insyallah.

No comments:
Post a Comment