Wednesday, December 5, 2012

UmNo Dalam Fobia....Seperti Hidup Di 'Zaman Batu'



(Cedera dibahu akibat tusukan benda tajam)

GOMBAK: Majlis ceramah Jelajah Merdeka Rakyat dekat sini kecoh dan seorang petugas luka dibahu akibat tusukan benda tajam.

Ia berlaku apabila sekumpulan pemuda Umno Gombak dikatakan merempuh tempat ceramah Merdeka Rakyat itu.

Menurut Adun Batu Caves, Amirudin Shari,  Pemuda Umno yang diketuai oleh Ketua Pemuda Umno Gombak dan exco Pemuda Pusat cuba rempuh untuk menghalang ceramah itu.

(Pemuda Umno cuba menganggu ceramah Merdeka Rakyat di Gombak)

Menurut beliau, batu juga dilemparkan ke tengah orang ramai yang menyertai ceramah itu.

Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) juga kelihatan di kawasan ceramah itu.

Walaupun diganggu, orang ramai tetap datang untuk mendengar ucapan para pemimpin Pakatan Rakyat.















(Anggota FRU yang dikerah untuk mengawal keadaan)


(Sebahagian orang ramai yang mahu mendengar ceramah tetapi diganggu)

Tuesday, December 4, 2012

Orang Melayu Perlu Buat Keputusan Sekarang... Bersama PAS atau menjadi pembangkang selepas PRU13.

KUALA LUMPUR: 53 peratus akan melompat parti manakala 31 peratus lagi akan sabotaj Umno jika mereka tidak terpilih sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang.

Keputusan ini dicapai dari 7,894 perserta bancian Sinar Harian selepas ditanya soalan yang diandai Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak ketika menggulong perbahasan di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2012 kelmarin.

Dalam bancian itu, Sinar bertanya kepada pelayarnya, "Menjawab soalan cepumas DS Najib di AGM Umno, jika anda ahli Umno, pilihan anda"

Berdasarkan bancian Sinar yang dibuat mulai semalam itu, hanya 6 peratus atau 473 peserta bancian sahaja yang berkata "Sokong penuh Umno meskipun tidak dipilih calon."

Hanya 2 peratus pula yang berkata "Masih sokong Umno meskipun tidak dipilih calon".

Manakala 7 peratus berkata, "Tidak akan kerja masa PRU13".

Kesemua jawapan ini memberikan serangan saikoloji yang kuat kepada Umno khasnya Najib yang membuat semua andaian itu.

Ramli Yusuff Lawan Musa Hassan Lawan Hishammuddin Hussein



KUALA LUMPUR, 4 Dis – Tan Sri Musa Hassan juga pernah menyalahgunakan kuasanya semasa memegang jawatan  Ketua Polis Negara (KPN) dan bersubahat dengan Peguam Negara (AG) menggugurkan satu kes jenayah melibatkan dirinya pada 2006, kata bekas rakan setugas dan pesaingnya Datuk Ramli Yusuff.

Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) memberi respon kepada dakwaan bekas KPN dalam sidang media minggu lalu, di mana Musa menuduh Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai antara menteri dan ahli politik yang campur tangan dengan  urusan polis.

“JSJK pernah menangkap seorang penjenayah bernama Goh Cheng Poh@Tengku Goh pada Disember 2006.

“Tengku Goh membuat afidavitnya dan membabitkan nama Musa Hassan.

“Kemudiaan, saya serahkan kepada pejabat AG, namun tidak difailkan di mahkamah mengakibatkan permohonan habeas corpus oleh Tengku Goh dibenarkan dan dibebaskan,” kata Ramli. The Malaysian Insider

Monday, December 3, 2012

Serang PR Dalam PAU – Panik Umno Terhadap Kebangkitan Rakyat

Hampir semua ucapan dalam Perhimpunan Agong Umno (PAU) diarah kepada Pakatan Rakyat (PR). Ucapan berdegar-degar dengan pelbagai ugutan, amaran dan ego sehingga Menteri Besar Pahang menggunakan frasa seperti “potong telinga” dan “terjun sungai Pahang” seandainya PR berjaya menawan Bentong.

Malah, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil pula tidak segan-silu mengugut rakyat bahawa peristiwa Mei 13 bakal berulang seandainya UMNO ditolak dalam pilihanraya umum (PRU) akan datang.

Biasanya PAU adalah medan penting kerajaan bagi merangka dasar membela nasib bangsa Melayu dan perancangan masa depan negara, samada ekonomi, sosial dan agama. Namun, persidangan kali ini diadakan seolah-olah sebagai pra-kempen PRU13 dengan menghentam PR dan medan Umno berkempen sesama ahli Umno.

Namun semua ini jelas menandakan Umno kini berada dalam situasi ketakutan tidak menentu. Gambaran ketakutan ini mencerminkan  gelora dalaman Umno bahawa mereka kini berhadapan dengan realiti rakyat yang akan menolak mereka dalam PRU13.

Lebih menarik, perhimpunan kali ini diwarnai dengan serangan ahli perniagaan kontroversial Deepak Jaikishan terhadap ‘kawan lamanya’ Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya secara langsung.

Sesungguhnya, rakyat menanti respon PM  dalam ucapan penggulungannya, namun sayang ianya langsung tidak disentuh oleh beliau di PAU. Jika peluang diambil untuk membuat penjelasan, sudah tentu ia didengari oleh kebanyakan rakyat kerana ucapannya diberi liputan begitu meluas.

Membiarkan tuduhan sebesar ini tanpa penjelasan menambahkan keyakinan dan persepsi umum terhadap kebenaran dalam segala yang dinyatakan oleh Deepak.

Demikian juga serangan terbuka oleh bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan terhadap Naib Presiden Umno dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang mendakwa beliau mencampuri urusan pihak polis. Dakwaan yang disambut dengan desakan agar Hishamuddin meletakkan jawatan juga dibiarkan begitu tanpa sebarang ulasan diberikan di PAU.

Perwakilan Umno juga tidak bimbang maruah negara tercemar, bilamana negara luar ( Perancis) membicarakan soal rasuah pemimpin negara dalam isu Scorpene dengan sikap berdiam diri mereka mengenai isu tersebut ketika PAU. Ketakutan tehadap peguam Prancis sehingga beliau tidak dibenar masuk ke Malaysia, dan terpaksa mengadakan pendedahan di Singapura adalah sesuatu yang sangat mengaibkan.

PM juga tidak mengambil peluang untuk menjelaskan kegagalan beliau menunaikan janji untuk menurunkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud dalam pilihanraya negeri dua tahun lepas. Isu royalti minyak, penghapusan kabotaj, isu tanah di Sabah dan Sarawak, isu keselamatan negara antara isu utama yang rakyat menanti kenyataan dari pimpinan Umno khasnya PM, juga tidak kedengaran di PAU.

Lebih penting lagi, PM juga tidak menggunakan peluang untuk mengisytihar perang terhadap budaya rasuah yang melanda kerajaan pimpinannya.

Namun bagi Umno, semua ini bukan isu besar ibarat kata sebilangan perwakilan Umno bahawa skandal RM40 juta yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman melibatkan jumlah yang sedikit dan remeh untuk diperjelaskan.

Namun, tiada yang perlu dihairankan kerana sikap ini jelas terpapar di PAU Wanita Umno. Meskipun kini berhadapan dengan ejekan, Wanita Umno masih menyanjung ketuanya, Shahrizat yang terpalit dengan isu NFC kerana ketiadaan tokoh lain dalam sayap tersebut.

Yang ada di PAU hanyalah kebimbangan PM terhadap sabotaj dalaman parti bilamana akan ada yang tidak bersetuju  apabila mereka tidak dicalonkan. Kebimbangan PM menampakan bahawa isu cah keting sesama Umno bukan lagi cerita di sebalik tabir, tetapi ugutan secara terang-terangan.

Di sebalik keyakinan PM bahawa BN boleh menguasai majoriti besar dalam pilihanraya umum, kenapa masih ada ugutan kepada rakyat dan serangan khusus kepada PR di PAU. Ternyata mereka sedar keadaan semasa adalah sebaliknya dan tindakan itu adalah sekadar reaksi panik kebimbangan terhadap perubahan yang bakal berlaku.

PAS menggesa seluruh jentera parti meningkatkan gerakerja berfokus kepada sasaran dan mengemaskini seluruh jentera parti di semua peringkat.

Medium terbaik ialah bertemu pengundi secara terus dan berhemah bagi menjelaskan segala kekeliruan yang sengaja ditimbulkan oleh media perdana. Kita perlu menembusi setiap rumah pengundi dengan maklumat yang jelas dan membina keyakinan mereka.

Paluan gendang perang telah dibunyi. Jangan ada yang menghabiskan masa menimbulkan polemik dalaman. Jaga perangkap musuh dan elakkan diri daripada menjadi jurucakap bagi pihak musuh.

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat

Datuk Rahman Maidin sertai PAS untuk bantu jatuhkan BN

TASEK GELUGOR: Bekas Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Rahman Maidin bersedia jadi ombak untuk menghempas benteng lama sehingga pecah.

Ujarnya, biar pecah benteng lama yang sudah tidak kukuh dan membina kembali dengan benteng yang kuat dan padu.

"Jika digambarkan suasana di lautan, saya pilih ombak sebab ombak dia boleh bersihkan pantai bahkan bukan setakat bersih, dia boleh hancurkan benteng yang tak kukuh, " ujarnya ketika ditanya selepas berucap di majlis makan malam anjuran Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pulau Pinang dengan kerjasama PAS Kawasan Tasek Gelugor di Taman Desa Murni, Sungai Dua semalam.

Beliau berkata, sudah sampai masanya, benteng usang diganti supaya rumah atau pokok yang ada berdekatan pantai dapat diselamatkan.

Jika ombak kuat berlaku di tengah lautan pun tegasnya, alunannya boleh menenggelamkan kapal besar yang muatannya berlebihan.

"Kemasukan saya dalam PAS bukan untuk apa-apa tujuan melainkan ingin membantu PAS bersama Pakatan Rakyat menjatuhkan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum ke 13 nanti," katanya yang juga bekas Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang.

Berucap sama dalam program tersebut ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Pengerusi DHPP Pusat, Hu Pang Chaw.

Jalan Ditutup : Laluan di Sg Tekali Ditutup Akibat Tanah Runtuh


Laluan Sg Takali ke Empangan Semenyih ditutup hingga 26/2/2012 akibat tanah runtuh. Kepada yang ingin ke Kuala Kelawang dinasihatkan supaya melalui Kg Jawa Bt 18 ke laluan Sg Lui.

Antara Tukar Kerajaan Dengan Tukar Pemimpin!


Maka meroyanlah pimpinan parti Melayu yang 'terbesar' di dunia cuba mengugut, menakut dan memperlekeh bangsanya sendiri. Maka keluarlah pelbagai istilah yang tidak sepatutnya dikeluarkan oleh orang yang mendakwa penguasa negara. Lagak mereka lebih mirip seperti pembangkang yang suaranya tidak mahu didengar orang.

Terbaru apabila Pakatan Rakyat berjaya mengumpulkan lebih kurang 30,000 orang penduduk Johor di Parit Raja, Batu Pahat, Johor.... Negeri tumpahnya darah parti Melayu itu, maka bertambah panik lagilah mereka ini. Penduduk datang secara sukarela tanpa perlu diangkut dan dibayar untuk datang berduyun-duyun dari segenap pelusuk negari Johor yang mahukan perubahan.

Kalau di Johor pun parti Melayu itu terkantoi, apa lagi di negeri-negeri lain!

Kini parti Melayu ini cuba mencanang supaya rakyat tidak membuat eksperimen dengan menukar kerajaan. Mereka berbicara seolah-oleh kerajaan ini parti itu punya. Maka terkejutlah rakyat dan mereka mula rasa takut bila kerajaan mahu ditukar.....

Persoalan.... Pakatan Rakyat mahu tukar kerajaan atau hanya menukar pemimpin kerajaan.

Pemimpin datang dan pergi... Dalam parti Melayu itu pun pemimpin silih bertukar ganti.... Dari Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein, Tun Hussein bin Dato' Onn, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan yang terakhir sekali Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak.

Pemimpin negara terus bertukar.... Apa bezanya bila kita tukar kepada Datuk Seri Anwar bin Datuk Ibrahim?

Rakyat kini ada pilihan.... Bila rakyat kuat pemimpin, dengar masalah rakyat. Bila pemimpin kuat rakyat ditindas, dihina, dibiar merempat, miskin, papa kedana.

Hi Tea Pakatan Rakyat Di Dewan Bt 9 Suntex









Pastikan Dahulu Sebelum 'ON'

Kira-kira tujuh juta pemilik telefon pintar di negara ini diancam penggodam siber yang menjadikan ia instrumen dalam kegiatan penggodaman untuk menipu bagi mendapatkan wang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata kurangnya kesedaran terhadap risiko keselamatan telefon pintar menjadikan pengguna ini mudah disasarkan sebagai mangsa.
   
"Modus operandi antaranya dijalankan dengan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dikenali sebagai 'SMS Trojan' kepada pengguna yang tanpa disedari kos dikenakan ke atas pengguna dengan hanya membalas sms berkenaan. Pengguna
hanya menyedari perkara itu apabila mereka menerima bil telefon yang tinggi sedangkan mereka tidak menggunakannya," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Katanya, kegiatan itu juga dikesan dengan menipu menerusi aplikasi-aplikasi yang terdapat di dalam peranti (telefon bimbit) sebagai contoh aplikasi 'Type-On' yang sekiranya dimuat turun akan menyebabkan pengguna menanggung kos yang kononnya dikenakan selepas memuat turun aplikasi tersebut walaupun mangsanya telah menghentikan aplikasi berkenaan.
   
'Lookout Mobile Security' yang dipetik dari agensi berita luar negara, AFP, menganggarkan pengguna di seluruh dunia mengalami kerugian jutaan dolar pada tahun lepas melalui virus 'malware' dan 'toll fraud' yang menyerang pengguna telefon pintar kerana mendapatkan aplikasi daripada sumber tidak rasmi berbanding sumber yang dipercayai seperti Apple atau Google 'online shops'.

Saturday, December 1, 2012

Hi-Tea Perdana Bersama YB Dato' Hj Husam Hj Musa, ADUN Salor merangkap EXCO Kerajaan Negeri Kelantan

Turut sama YB Dr Che Rosli Ahli Parlimen Hulu Langat dan Pengerusi DAP Hulu Langat:
Sabtu 1/12/2012
5.00 petang
Dewan Pekan Suntex, Batu 9 Hulu Langat

Jualan tiket akan dibuat di tempat majlis diadakan bagi mengutip dana pilihanraya PRU13 dan
aktiviti kemasyarakatan.

Semua dijemput hadir.