Monday, December 3, 2012

Antara Tukar Kerajaan Dengan Tukar Pemimpin!


Maka meroyanlah pimpinan parti Melayu yang 'terbesar' di dunia cuba mengugut, menakut dan memperlekeh bangsanya sendiri. Maka keluarlah pelbagai istilah yang tidak sepatutnya dikeluarkan oleh orang yang mendakwa penguasa negara. Lagak mereka lebih mirip seperti pembangkang yang suaranya tidak mahu didengar orang.

Terbaru apabila Pakatan Rakyat berjaya mengumpulkan lebih kurang 30,000 orang penduduk Johor di Parit Raja, Batu Pahat, Johor.... Negeri tumpahnya darah parti Melayu itu, maka bertambah panik lagilah mereka ini. Penduduk datang secara sukarela tanpa perlu diangkut dan dibayar untuk datang berduyun-duyun dari segenap pelusuk negari Johor yang mahukan perubahan.

Kalau di Johor pun parti Melayu itu terkantoi, apa lagi di negeri-negeri lain!

Kini parti Melayu ini cuba mencanang supaya rakyat tidak membuat eksperimen dengan menukar kerajaan. Mereka berbicara seolah-oleh kerajaan ini parti itu punya. Maka terkejutlah rakyat dan mereka mula rasa takut bila kerajaan mahu ditukar.....

Persoalan.... Pakatan Rakyat mahu tukar kerajaan atau hanya menukar pemimpin kerajaan.

Pemimpin datang dan pergi... Dalam parti Melayu itu pun pemimpin silih bertukar ganti.... Dari Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein, Tun Hussein bin Dato' Onn, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan yang terakhir sekali Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak.

Pemimpin negara terus bertukar.... Apa bezanya bila kita tukar kepada Datuk Seri Anwar bin Datuk Ibrahim?

Rakyat kini ada pilihan.... Bila rakyat kuat pemimpin, dengar masalah rakyat. Bila pemimpin kuat rakyat ditindas, dihina, dibiar merempat, miskin, papa kedana.

No comments: