Hampir semua ucapan dalam Perhimpunan Agong Umno (PAU) diarah kepada Pakatan Rakyat (PR). Ucapan berdegar-degar dengan pelbagai ugutan, amaran dan ego sehingga Menteri Besar Pahang menggunakan frasa seperti “potong telinga” dan “terjun sungai Pahang” seandainya PR berjaya menawan Bentong.
Malah, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil pula tidak segan-silu mengugut rakyat bahawa peristiwa Mei 13 bakal berulang seandainya UMNO ditolak dalam pilihanraya umum (PRU) akan datang.
Biasanya PAU adalah medan penting kerajaan bagi merangka dasar membela nasib bangsa Melayu dan perancangan masa depan negara, samada ekonomi, sosial dan agama. Namun, persidangan kali ini diadakan seolah-olah sebagai pra-kempen PRU13 dengan menghentam PR dan medan Umno berkempen sesama ahli Umno.
Namun semua ini jelas menandakan Umno kini berada dalam situasi ketakutan tidak menentu. Gambaran ketakutan ini mencerminkan gelora dalaman Umno bahawa mereka kini berhadapan dengan realiti rakyat yang akan menolak mereka dalam PRU13.
Lebih menarik, perhimpunan kali ini diwarnai dengan serangan ahli perniagaan kontroversial Deepak Jaikishan terhadap ‘kawan lamanya’ Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya secara langsung.
Sesungguhnya, rakyat menanti respon PM dalam ucapan penggulungannya, namun sayang ianya langsung tidak disentuh oleh beliau di PAU. Jika peluang diambil untuk membuat penjelasan, sudah tentu ia didengari oleh kebanyakan rakyat kerana ucapannya diberi liputan begitu meluas.
Membiarkan tuduhan sebesar ini tanpa penjelasan menambahkan keyakinan dan persepsi umum terhadap kebenaran dalam segala yang dinyatakan oleh Deepak.
Demikian juga serangan terbuka oleh bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan terhadap Naib Presiden Umno dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang mendakwa beliau mencampuri urusan pihak polis. Dakwaan yang disambut dengan desakan agar Hishamuddin meletakkan jawatan juga dibiarkan begitu tanpa sebarang ulasan diberikan di PAU.
Perwakilan Umno juga tidak bimbang maruah negara tercemar, bilamana negara luar ( Perancis) membicarakan soal rasuah pemimpin negara dalam isu Scorpene dengan sikap berdiam diri mereka mengenai isu tersebut ketika PAU. Ketakutan tehadap peguam Prancis sehingga beliau tidak dibenar masuk ke Malaysia, dan terpaksa mengadakan pendedahan di Singapura adalah sesuatu yang sangat mengaibkan.
PM juga tidak mengambil peluang untuk menjelaskan kegagalan beliau menunaikan janji untuk menurunkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud dalam pilihanraya negeri dua tahun lepas. Isu royalti minyak, penghapusan kabotaj, isu tanah di Sabah dan Sarawak, isu keselamatan negara antara isu utama yang rakyat menanti kenyataan dari pimpinan Umno khasnya PM, juga tidak kedengaran di PAU.
Lebih penting lagi, PM juga tidak menggunakan peluang untuk mengisytihar perang terhadap budaya rasuah yang melanda kerajaan pimpinannya.
Namun bagi Umno, semua ini bukan isu besar ibarat kata sebilangan perwakilan Umno bahawa skandal RM40 juta yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman melibatkan jumlah yang sedikit dan remeh untuk diperjelaskan.
Namun, tiada yang perlu dihairankan kerana sikap ini jelas terpapar di PAU Wanita Umno. Meskipun kini berhadapan dengan ejekan, Wanita Umno masih menyanjung ketuanya, Shahrizat yang terpalit dengan isu NFC kerana ketiadaan tokoh lain dalam sayap tersebut.
Yang ada di PAU hanyalah kebimbangan PM terhadap sabotaj dalaman parti bilamana akan ada yang tidak bersetuju apabila mereka tidak dicalonkan. Kebimbangan PM menampakan bahawa isu cah keting sesama Umno bukan lagi cerita di sebalik tabir, tetapi ugutan secara terang-terangan.
Di sebalik keyakinan PM bahawa BN boleh menguasai majoriti besar dalam pilihanraya umum, kenapa masih ada ugutan kepada rakyat dan serangan khusus kepada PR di PAU. Ternyata mereka sedar keadaan semasa adalah sebaliknya dan tindakan itu adalah sekadar reaksi panik kebimbangan terhadap perubahan yang bakal berlaku.
PAS menggesa seluruh jentera parti meningkatkan gerakerja berfokus kepada sasaran dan mengemaskini seluruh jentera parti di semua peringkat.
Medium terbaik ialah bertemu pengundi secara terus dan berhemah bagi menjelaskan segala kekeliruan yang sengaja ditimbulkan oleh media perdana. Kita perlu menembusi setiap rumah pengundi dengan maklumat yang jelas dan membina keyakinan mereka.
Paluan gendang perang telah dibunyi. Jangan ada yang menghabiskan masa menimbulkan polemik dalaman. Jaga perangkap musuh dan elakkan diri daripada menjadi jurucakap bagi pihak musuh.
Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat

No comments:
Post a Comment