Kira-kira tujuh juta pemilik telefon pintar di negara ini diancam penggodam siber yang menjadikan ia instrumen dalam kegiatan penggodaman untuk menipu bagi mendapatkan wang.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata kurangnya kesedaran terhadap risiko keselamatan telefon pintar menjadikan pengguna ini mudah disasarkan sebagai mangsa.
"Modus operandi antaranya dijalankan dengan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dikenali sebagai 'SMS Trojan' kepada pengguna yang tanpa disedari kos dikenakan ke atas pengguna dengan hanya membalas sms berkenaan. Pengguna
hanya menyedari perkara itu apabila mereka menerima bil telefon yang tinggi sedangkan mereka tidak menggunakannya," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Katanya, kegiatan itu juga dikesan dengan menipu menerusi aplikasi-aplikasi yang terdapat di dalam peranti (telefon bimbit) sebagai contoh aplikasi 'Type-On' yang sekiranya dimuat turun akan menyebabkan pengguna menanggung kos yang kononnya dikenakan selepas memuat turun aplikasi tersebut walaupun mangsanya telah menghentikan aplikasi berkenaan.
'Lookout Mobile Security' yang dipetik dari agensi berita luar negara, AFP, menganggarkan pengguna di seluruh dunia mengalami kerugian jutaan dolar pada tahun lepas melalui virus 'malware' dan 'toll fraud' yang menyerang pengguna telefon pintar kerana mendapatkan aplikasi daripada sumber tidak rasmi berbanding sumber yang dipercayai seperti Apple atau Google 'online shops'.

No comments:
Post a Comment