(Cedera dibahu akibat tusukan benda tajam)
GOMBAK: Majlis ceramah Jelajah Merdeka Rakyat dekat sini kecoh dan seorang petugas luka dibahu akibat tusukan benda tajam.
Ia berlaku apabila sekumpulan pemuda Umno Gombak dikatakan merempuh tempat ceramah Merdeka Rakyat itu.
Menurut Adun Batu Caves, Amirudin Shari, Pemuda Umno yang diketuai oleh Ketua Pemuda Umno Gombak dan exco Pemuda Pusat cuba rempuh untuk menghalang ceramah itu.
(Pemuda Umno cuba menganggu ceramah Merdeka Rakyat di Gombak)
Menurut beliau, batu juga dilemparkan ke tengah orang ramai yang menyertai ceramah itu.
Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) juga kelihatan di kawasan ceramah itu.
Walaupun diganggu, orang ramai tetap datang untuk mendengar ucapan para pemimpin Pakatan Rakyat.
(Anggota FRU yang dikerah untuk mengawal keadaan)
(Sebahagian orang ramai yang mahu mendengar ceramah tetapi diganggu)
No comments:
Post a Comment