Friday, October 31, 2008

Dr Hasan Temui MB Berhubung Pelantikan Pemangku Pengurus Besar PKNS

SHAH ALAM, 28 Oktober - Pesuruhjaya Pas Selangor, Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali hari ini mengadakan pertemuan dengan Dato’ Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung isu pemilihan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang kini dipangku oleh Low Siew Moi.

Ketika menemui media selepas pertemuan itu, Dato’ Dr Hasan berkata Dato Menteri Besar telah bersetuju dan menyatakan kesediaan memendekkan tempoh setahun pemangkuan Low sebagai Pengurus Besar jika Pas berjaya mendapatkan calon pengganti yang sesuai, berwibawa, profesional dan mampu mengendalikan organisasi sebesar PKNS.

“Kalau PAS dapat mengemukakan calon-calon tersebut maka perkhidmatan Madam Low akan ditamatkan bila calon tersebut kita ambil,” katanya sambil menjelaskan kepada media bahawa pertemuan bersama Dato’ Menteri Besar itu turut membincangkan kenapa dua pegawai iaitu Timbalan Pengurus Besar Pentadbiran, Md Nasir Md Arshad dan Timbalan Pengurus Besar Teknikal, Abdul Ghani Hassan tidak dipertimbangkan untuk jawatan tersebut.

Dalam pada itu, Dr Hasan berkata pemilihan akan dibuat daripada kalangan orang dalam PKNS atau orang luar untuk mengisi jawatan tersebut.

“Pas Selangor akan bermesyuarat bagi memilih calon yang sesuai untuk diketengahkan bagi mengisi jawatan itu,” katanya yang sudah mempunyai beberapa calon untuk mengisi jawatan tersebut.

Dalam perkembangan yang sama, hari ini wakil pegawai dan kakitangan PKNS yang diketuai Presiden Persatuan Pegawai Kanan PKNS, Idris Ishak menyerahkan memorandum bantahan kepada Menteri Besar berikutan pemangkuan jawatan tersebut oleh Low.

Tuesday, October 21, 2008

Islam Hadhari Lahir Dari Pemimpin Jahil

Satu lagi projek Barisan Nasional
Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato’ Ustaz Muhamed Daud Iraqi berkata tindakan mengubah Islam sebagaimana yang dinyatakan dalam al-Quran kepada Islam Hadhari adalah tindakan yang lahir dari pemimpin yang jahil.

”Serupa (sebagaimana) umat Islam hari ini pimpinan kebanyakkan tidak terdiri dari bukan ulama’, hatta Islam sendiri itu dia ubah (kepada) Islam Hadhari, ”sedangkan Islam itu Allah bawa turun dalam al-Quran, Allah kata “Aku Redha Islam sebagai ugama”, “tiba-tiba dia ubah (menjadi) Islam Hadhari, kerana apa? Kerana dia jahil,”kata beliau yang ditemui selepas Konvensyen Kebajikan PAS Negeri Terengganu, di Markaz Tarbiyyah PAS Kuala Ibai kelmarin.

Menurutnya pemerintahan kerajaan Islam dahulu menjadi maju kerana umat Islam ketika itu dipimpin oleh ulama’, namun kini umat Islam menjadi lemah kerana dipimpin oleh orang jahil, umat Islam menjadi lemah.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pendapat sesetengah pihak yang mengatakan bahawa kepimpinan ulama’ sudah tidak relevan lagi buat zaman ini.

Beliau mengambil contoh Negara Iran yang menjadi sebuah Negara Islam yang maju sekarang ini kerana dipimpin oleh ulama’.

”Iran sekarang ini boleh naik (maju) kerana kepimpinan dia ulama’ ataupun sekurang-kurangnya dia pimpinan dibawah arahan ulama’,

“ulama’ yang mentaujihkan, ulama’ yang mengarahkan, ulama’ yang menentukan dasar,”katanya yang merujuk Presiden Ahmadinejad sebagai pentabir negara, dibimbing dibawah majlis ulama’.

Justeru menurutnya, Malaysia perlu mengambil contoh tersebut dan mengambil kepimpinan ulama’ sebagai pimpinan yang paling atas, dengan sokongan golongan profesional lain.

“Profesional kita tak boleh tolak, nak buat bangunan kena profesional, nak buat (bangunkan) ekonomi kena profesional,” ”katalah nak buat bank, orang profesional nak buat bank (Islam) dia tak tahu, yang mana (satu) riba, yang mana tak riba, ulama’ yang akan menentukan,”jelasnya

Monday, October 20, 2008

Lagi berita bergambar.

Bayangkan jika dia ini jadi Perdana Menteri:

dan barisan kabinetnya pelakon xxx ini :

Apakah nasib anak bangsa kita?..... Apakah yang diharapkan dari mereka ini. Ya Allah selamatkan negara aku dari musibah ini ameen.

Ini bukan aksi Kampung Baru Plentong Tengah


Bukan Budaya Kita..... Pemuda UMNO Rantau Panjang Kelantan, mengundi dibawah kawalan FRU yang dipanggil setelah berlaku kekecohan!

Zunar......

Wednesday, October 15, 2008

Polisi Perlaksanaan Projek Ternakan Babi Masih Dikaji

SHAH ALAM, 13 Oktober – Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari hari ini berkata kerajaan negeri Selangor masih mengkaji polisi perlaksanaan pusat ternakanan babi moden di Sepang walaupun pembinaannya dijadualkan bermula hujung tahun ini.

Katanya, projek ternakan babi di Ladang Tumbuk, Kuala Langat yang membabitkan kos RM100 juta itu masih diteliti dan kerajaan negeri masih mengambil kira kepentingan penduduk setempat.

“Pencemaran yang (ada) serius dan kita hendak atasi masalah itu dan dalam masa yang sama kita hendak pastikan ianya seimbang dengan kehendak penduduk,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya,di sini.

Ketika ditanya pemberita mengenai adakah projek ternakan babi moden itu melibatkan kawasan yang sama, Yaakob berkata pihaknya masih meneliti dan menimbangkan perkara itu.

“Kita akan kaji itu semua kerana di Selangor ini kita ada banyak kawasan, cuma kita kena kaji kesesuaian sebab masih ada protes dari penduduk yang perlu dipertimbangkan,” ujarnya.

Katanya, jika masih ada rungutan dari orang ramai pihaknya akan menyerahkan semula kepada jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan untuk mengkaji dan melihat semula perkara itu.

Sementara itu, dalam pertemuan hari ini Pengerusi Pergerakan Perpaduan Islam Malaysia (PPPIM) Dato’ Zulkifli Muhamad bersama beberapa anggota PPIM menyerahkan memorandum kedua berhubung cadangan untuk memindahkan projek ternakan babi di Ladang Tumbuk itu.

Memorandum itu diserahkan sendiri kepada Yaakob di pejabatnya di Tingkat 14, Bangunan SSAAS dekat sini petang tadi.

Dalam pada itu, Yaakob berkata pihaknya menerima baik cadangan tersebut dan akan mengkaji semula semua polisi berkenaan mengikut keadaan dan kesesuaian. – MURIZA ABDUL HAMI

Note : Mungkin ada baiknya atau lebih mudah jika ladang tersebut dibina di kawasan penempatan orang bukan Islam. Sekiranya mereka juga membantah. Tak payah buat lagi baik.

Akhirnya harga minyak bergerak turun

Seperti biasa kerajaan cakap 'bohong'. Dato' Shahrir Samad kata minyak akan turun pada hari Jumaat tetapi hari ini dah turun. Bukan tak suka tetapi kalau tak pasti bila nak turun baik tak payah cakap. Penurunan 15 sen masih jauh daripada harga yang kita semua harapkan. Tetapi alhamdulillah.....

Kini harga minyak mentah dunia dibawah USD80 setong. Tetapi sehingga kini formula bagaimana kerajaan nenentukan harga petrol masih lagi menjadi tanda tanya. Apakah tanda aras atau rujukkan yang digunakan untuk menentukan harga minyak? Harga minyak mentah hanyalah menjadi panduan kerana kita tak masukkan minyak mentah dalam tangki kereta kita. Ada sesiapa yang boleh beri penjelasan?

Berita Hairan heboh menjaja bahawa kerajaan memberi subsidi sebanyak 30 sen setiap liter. Persoalannya ialah mana kita tahu kerajaan memang bagi 30 sen atau tidak. Formula harga minyak pun kita tak tahu. Sekarang kerajaan nak kita percaya dia bagi subsidi 30 sen.

Note : Diskaun untuk pelabur asing dipanggil insentif tetapi diskaun harga minyak dipanggil subsidi. Kita ni warga subsidi ke? Ataupun kerajaan sengaja nak hina kita!

Tuesday, October 14, 2008

Teori Rahman


Apakah kesudahan teori ini? http://www.malaysiakini.com/news/91193. Apakah N itu untuk Najib? Ataupun Najib pun tidak layak kerana namanya ialah Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Siapakah yang layak sebenarnya atau siapakah yang terpilih itu?

Adakah Najib akan terpalit dengan insiden baru yang menghalangnya dari menjadi PM. Adakah ada orang lain yang mempunyai N sebagai awalan namanya? Kita sama-sama tunggu.

Monday, October 13, 2008

Harga Minyak Dunia Terus Turun


Hari ini harga minyak dunia telah berada di paras bawah USD80 satu tong dan meneruskan trend penurunannya. Walaupun begitu, kerajaan masih berdolak-dalik untuk menurunkan harga bahan bakar (petrol/disel) utama ini. Khabarnya kerajaan hanya akan mengkaji penurunan harga minyak pada hujung bulan ini? Atau mereka masih tercari-cari alasan lain untuk bertahan pada harga RM2.45. Sedangkan pada tahun lepas pada paras harga ini (USD80 setong) harga petrol adalah RM1.92.

Adakah kerajaan masih tercari-cari kaedah untuk menampal kesilapan memberi rebat cukai/minyak kepada kereta dan motor yang memberi kesan kawangan secara terus dan dalam jangka masa yang agak panjang (satu tahun). Adakah ini bermakna keputusan kerajaan untuk memberi rebat tersebut tidak wajar dan satu kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan. Siapa yang patut dipertanggungjawabkan? Disebabkan kesilapan itulah kerajaan terpaksa menanggung kos rebat hingga 1 April 2009.

Kini harga barang masih tidak berganjak walaupun setelah kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak 25 sen. Ini adalah disebabkan oleh kenaikkan yang amat tinggi dan mendadak minyak disel oleh Pak Lah@Noor Mohamed Yaakob bulan Jun lepas. Kesannya kos pengangkutan tidak dapat ditampung oleh penurunan tersebut.

Kerajaan ini perlu ditukar dengan segera untuk mengelak dari terus membuat kerosakkan. Mereka telah banyak melakukan kesilapan dan kesalahan. Jangan bebankan kesalahan ini dibahu rakyat. Mereka buat keputusan mereka tanggung. Tukar kerajaan ini dengan segera. Bersihkan negara dari kurafaat yang hanya BN boleh memerintah.

Friday, October 10, 2008

Nasihat Yang Tidak Diminta Buat Mohd Najib

A Kadir Jasin

PAGI tadi, ketika sarapan nasi lemak bungkus daun pisang di Kelana Jaya dengan blogger Pahit Manis, saya kiaskan peralihan kuasa daripada Abdullah Ahmad Badawi kepada Mohd Najib Abdul Razak dengan tukar “bas charter” untuk memudahkan pemahaman.

Dalam perjalanan kita ke Gua Musang (contoh saja), bas charter kita mati di Merapoh. Hari dah nak malam dan majlis di Gua Musang lepas Maghrib.

Masa itu kita tak peduli lagi kalau bas ganti yang dihantar itu baru, lama atau lebih teruk daripada bas yang mati. Matlamat kita adalah sampai ke Gua Musang sebelum Magrib.

Bila dah sampai di Gua Musang dan selesai majlis barulah kita fikir fasal bas charter ganti tadi. Kalau teruk atau rosak juga, kita mintalah yang lebih baik, gerenti tak rosak dan selesa.

Nasihat Percuma Buat Mohd Najib

Kepada Mohd Najib, berikut adalah nasihat saya yang tidak beliau minta. Atau boleh jadi juga nasihat yang beliau tidak suka dengar.

Tetapi saya akan bagi juga kerana saya adalah rakyat Malaysia, pengundi dan walaupun dah pencen masih bayar cukai pendapatan.

1. Pengundi memilih (atau tidak memilih) Datuk Seri. Mereka tidak pilih isteri, anak, menantu dan kawan rakan Datuk Seri;

2. Rakyat jelata menuntut hak dan pembelaan daripada Datuk Seri bukan daripada isteri, anak, menantu dan kawan rakan Datuk Seri;

3. Pembayar cukai menampung pembiayaan Datuk Seri selaras dan sejajar dengan kemudahan yang diberikan kepada Datuk Seri oleh Perlembagaan dan atur cara kewangan negara;

4. Tidak payahlah ada “presidential office” ala “4th Floor” (aka budak-budak tingkat 4) atau “spin doctor” yang putar-belitkan maklumat;

5. Seri Perdana pun sudah tersedia indah. Abdullah baru membelanjakan lebih RM12 juta mengubahsuai dan memperbaikinya. Tak perlulah belanja lagi. Ramai lagi rakyat jelata yang tinggal di rumah robek; dan

6. Ambillah iktibar daripada naik dan jatuh pendahulu (predecessor) Datuk Seri --- bagaimana dalam masa kurang lima tahun Abdullah bertukar daripada “Mr Nice” dan “Mr Clean” yang sangat disayangi kepada seorang yang pemergiannya dinanti-nanti.

Saya tidak mengharapkan Mohd Najib ingat segala maklumat dan nasihat yang diberikan kepadanya. Maklumlah dia orang besar. Ramai orang nak beri nasihat.

Tetapi kalau Datuk Seri ingat, saya pernah memberi nasihat yang serupa lama dulu ketika kita berbual satu sama satu di rumah Datuk Seri di Jalan Duta dan dua bulan puasa lalu di kediaman Datuk Seri di Putrajaya.