Wednesday, October 15, 2008

Akhirnya harga minyak bergerak turun

Seperti biasa kerajaan cakap 'bohong'. Dato' Shahrir Samad kata minyak akan turun pada hari Jumaat tetapi hari ini dah turun. Bukan tak suka tetapi kalau tak pasti bila nak turun baik tak payah cakap. Penurunan 15 sen masih jauh daripada harga yang kita semua harapkan. Tetapi alhamdulillah.....

Kini harga minyak mentah dunia dibawah USD80 setong. Tetapi sehingga kini formula bagaimana kerajaan nenentukan harga petrol masih lagi menjadi tanda tanya. Apakah tanda aras atau rujukkan yang digunakan untuk menentukan harga minyak? Harga minyak mentah hanyalah menjadi panduan kerana kita tak masukkan minyak mentah dalam tangki kereta kita. Ada sesiapa yang boleh beri penjelasan?

Berita Hairan heboh menjaja bahawa kerajaan memberi subsidi sebanyak 30 sen setiap liter. Persoalannya ialah mana kita tahu kerajaan memang bagi 30 sen atau tidak. Formula harga minyak pun kita tak tahu. Sekarang kerajaan nak kita percaya dia bagi subsidi 30 sen.

Note : Diskaun untuk pelabur asing dipanggil insentif tetapi diskaun harga minyak dipanggil subsidi. Kita ni warga subsidi ke? Ataupun kerajaan sengaja nak hina kita!

No comments: