Tuesday, October 21, 2008

Islam Hadhari Lahir Dari Pemimpin Jahil

Satu lagi projek Barisan Nasional
Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato’ Ustaz Muhamed Daud Iraqi berkata tindakan mengubah Islam sebagaimana yang dinyatakan dalam al-Quran kepada Islam Hadhari adalah tindakan yang lahir dari pemimpin yang jahil.

”Serupa (sebagaimana) umat Islam hari ini pimpinan kebanyakkan tidak terdiri dari bukan ulama’, hatta Islam sendiri itu dia ubah (kepada) Islam Hadhari, ”sedangkan Islam itu Allah bawa turun dalam al-Quran, Allah kata “Aku Redha Islam sebagai ugama”, “tiba-tiba dia ubah (menjadi) Islam Hadhari, kerana apa? Kerana dia jahil,”kata beliau yang ditemui selepas Konvensyen Kebajikan PAS Negeri Terengganu, di Markaz Tarbiyyah PAS Kuala Ibai kelmarin.

Menurutnya pemerintahan kerajaan Islam dahulu menjadi maju kerana umat Islam ketika itu dipimpin oleh ulama’, namun kini umat Islam menjadi lemah kerana dipimpin oleh orang jahil, umat Islam menjadi lemah.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pendapat sesetengah pihak yang mengatakan bahawa kepimpinan ulama’ sudah tidak relevan lagi buat zaman ini.

Beliau mengambil contoh Negara Iran yang menjadi sebuah Negara Islam yang maju sekarang ini kerana dipimpin oleh ulama’.

”Iran sekarang ini boleh naik (maju) kerana kepimpinan dia ulama’ ataupun sekurang-kurangnya dia pimpinan dibawah arahan ulama’,

“ulama’ yang mentaujihkan, ulama’ yang mengarahkan, ulama’ yang menentukan dasar,”katanya yang merujuk Presiden Ahmadinejad sebagai pentabir negara, dibimbing dibawah majlis ulama’.

Justeru menurutnya, Malaysia perlu mengambil contoh tersebut dan mengambil kepimpinan ulama’ sebagai pimpinan yang paling atas, dengan sokongan golongan profesional lain.

“Profesional kita tak boleh tolak, nak buat bangunan kena profesional, nak buat (bangunkan) ekonomi kena profesional,” ”katalah nak buat bank, orang profesional nak buat bank (Islam) dia tak tahu, yang mana (satu) riba, yang mana tak riba, ulama’ yang akan menentukan,”jelasnya

No comments: