Friday, April 3, 2009

Najib angkat sumpah - Abdullah dan Jeanne terima anugerah Tun


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah hari ini masing-masing menerima anugerah bergelar "Tun" daripada Yang diPertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara di sini hari ini.

Abdullah, 69, menerima anugerah tertinggi negara "Seri Maharaja Mangku Negara" (SMN) manakala Jeanne, 55, menerima anugerah "Seri Setia Mahkota" (SSM).

Istiadat penganugerahan itu berlangsung selepas majlis mengangkat sumpah jawatan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri yang baru.

Abdullah, yang dilantik sebagai perdana menteri pada 31 Oktober 2003, melepaskan jawatan itu semalam. BERNAMA
______________________________________

Dengan ini maka sempurnalah teori RAHMAN. Teori apa pula yang akan muncul selepas ini. Adakah teori kepupusan UMNO atau sebaliknya. Mari kita sama-sama tunggu.

No comments: