Thursday, April 9, 2009

Azilah dan Sirul dihukum gantung sampai mati


SHAH ALAM: Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar hari ini dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam setelah didapati bersalah atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu.

Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin berkata kedua-dua mereka gagal membuktikan sebarang keraguan bagi kes dakwaan tersebut sebaliknya hanya menyalahkan antara satu sama lain.
_______________________________

Sehingga kini kedua orang ini masih tidak dikenali umum. Tiada gambar wajah mereka. Adakah mereka akan digantung?

Kenapa Altantuya Shaariibu dibunuh? Siapa yang membuat keputusan supaya dia dibunuh? Siapa yang tembak? Siapa yang meletupkan bom? Mati ditembak atau mati dibom? Adakah ada arahan untuk wanita ini dibunuh? Siapa yang arahkan?

Adakah ini keputusan mereka berdua? Apakah kepentingan mereka ini berdua? Adakah untuk menambat hati 'bos' mereka? Siapa 'bos' mereka ini sebenarnya? Atau memang mereka ini 'pembunuh' berlesen...... Atau mereka ini memandai-mandai.

Biasanya bila 2 orang terlibat dalam pembunuhan, satu membunuh dan satu lagi membantu. Bagaimana mungkin mereka sama-sama membunuh secara serentak. Bahkan jika sama-sama menembak sekalipun doktor perlu menilai tembakkan mana satu yang menyebabkan kematian. Sekiranya tembakkan ketempat yang sama sekalipun forensic perlu menilai siapa yang tembak dahulu. Yang labih munasabah adalah yang membunuh dihukum gantung dan yang membantu di hukum penjara seumur hidup. Bagaimana mungkin mereka digantung sekali.

Sehingga kini lebih banyak persoalan dari jawapan. Kita tunggu rayuan kes ini kalau ada.

No comments: