Thursday, April 9, 2009

Majlis Usrah dan Pengiktirafan Kelab Penyokong PAS

Selepas mendengar tazkirah/usrah yang di sampaikan oleh ustaz jemputan, satu majlis ringkas telah dijalankan bagi mengiktiraf kewujudan kelab Penyokong PAS di peringkat Dusun Tua. Semoga dengan penyertaan ahli kelab penyokong PAS dalam program-program tarbiyah ini maka masyarakat bukan Islam dapat memahami perjuangan PAS, keadilan Islam dan sekiranya mereka berminat untuk masuk Islam adalah lebih-lebih baik lagi.

Tetapi apa yang lebih penting masyarakat bukan Islam kini tidak lagi fobia dengan Islam dan PAS. Ini dapat dilihat di kebanyakkan program-program PAS yang dihadiri oleh masyarakat bukan Islam tanpa rasa takut dan janggal. Bahkan mereka ini boleh sama-sama mendengar kuliah-kuliah agama yang disampaikan oleh ustaz-ustaz.

No comments: