Monday, April 6, 2009

Esok Rakyat Membuat Keputusan

Malam ini tepat 12 tengah malam, semua pihak akan menghentikan semua program kempen. Esok pula, rakyat di 2 bukit dan satu sungai (batang) akan membuat keputusan. Keputusan mereka akan kita ketahui malam esok. Sekiranya keputusan dikeluarkan awal kita tahu siapa yang menang. Sekiranya hingga pukul 12 tengah malam masih belum ada keputusan bermakna PR menang.

Marilah kita sama-sama berdoa agar rakyat dipimpin oleh Allah supaya memberi kemenangan kepada calon PR yang diwakili PAS dan PKR. Keputusan di Perak amat penting bagi mengesahkan kerajaan mana pilihan rakyat. Sekiranya PAS menang maka DS Nizar perlu mengadap Sultan Perak bagi memohon perkenan untuk membubarkan seterusnya memberi jalan supaya pilihanraya baru dijalankan.

Marilah kita sama-sama berdoa agar hak rakyat dikembalikan....... Dan maruah negara di dipulihkan. Amin. Wassalam.

No comments: