Tuesday, April 14, 2009

Malam genap 1 bulan yang mendebarkan

13hb Mac 2009 yang lalu masih segar dalam ingatan saat kebanyakkan kawasan di DUN Dusun Tua di landa banjir yang agak besar.

Bermula petang semalam sehingga malamnya 13hb April 2009 hanya sebulan saja jarak masa telah menimbulkan kerisauan kebanyakkan penduduk di sini.

Hujan yang turun tidak berhenti sejak petang sehingga jam 10.00 malam tadi menyebabkan air Sungai Langat agak tinggi dan mula menyebabkan banjir walaupun tidak sebesar banjir bulan lalu.

Walaubagaimanapun hanya beberapa rumah dan kedai yang dilimpahi air terutama kawasan rendah yang berhampiran dengan tebing sungai.

Sempat bersama penduduk tempatan iaitu YB Dr Che Rosli Che Mat yang turut meninjau sebahagian kawasan yang dilanda banjir.

Tiada kerosakan dan kerugian besar dilaporkan. Diharapkan sistem penyebaran maklumat banjir dapat diperbaiki khasnya untuk memberi makluman segera kepada para penduduk dalam menghadapi serta membuat persiapan awal banjir.














* Panorama selepas hujan berhenti, bulan mengambang penuh...

No comments: