SHAH ALAM: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali meminta Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merombak portfolio anggota exco kerajaan negeri sekarang.
Beliau berkata ia perlu dilakukan secara lebih teratur dan menerusi perbincangan sesama PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Pelantikan ahli exco tidak boleh berdasarkan parti dan kaum, tetapi lebih kepada keupayaan mereka untuk mentadbir dengan berkesan," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Beliau berkata Menteri Besar perlu menilai semula prestasi exco kerajaan negeri.
Ditemui kemudiannya, Khalid berkata rombakan tidak akan dilakukan dalam masa terdekat.
Ia hanya berupa cadangan dan tidak memadai hanya datang dari seorang Adun, katanya dan menambah beliau bagaimanapun akan menilai prestasi barisan exconya. BERNAMA
No comments:
Post a Comment