Tuesday, July 21, 2009

Tahniah MTD Telah Melepasi 9000 Hit....

Alhamdulilah dengan berkat sokongan dan dokongan semua pihak Blog MTD Dusun Tua ini masih aktif dan berfungsi sebagaimana sepatutnya. Blog ini adalah wadah perjuangan dan sumber maklumat penduduk dan pendokong PR terutamanya PAS. Walaupun 9000 itu bukanlah satu angka yang sangat besar juka dibandingkan seperti Blog Che Det atau Ruhaini Ahmad. Tetapi saya gembira kerana kita mencapai angka itu dalam masa kita bukan seliberiti yang dikenali ramai.

Dengan sumber yang terhad kita terus mampu menghidupkan blog ini walaupun kadang-kala maklumat yang dipaparkan hanyalah salinan dari media-media lain. Ianya cukup untuk memberi tahu pengunjung bahawa kami masih hidup dan bernyawa. Insyallah perjuangan ini akan berteruskan walaupun dimana saya berada. Wassalam.

Dhaka, Bangladesh.

1 comment:

Saupi Azran bin Muhamad Tamjis said...

Syabas.. berkat usaha dan istiqamah Tuan.. kita akan terus perluaskannya..