Wednesday, July 15, 2009

PAS Menang Dengan Majoriti 65 Undi


Tahniah kepada pengundi Manik Urai kerana memilih Pas untuk mewakili mereka dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan. Mohd Fauzi Abdullah, menang tipis 65 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat. Mohd Fauzi, 50 memperoleh 5,348 undi berbanding Tuan Aziz yang mendapat 5,283 undi. Sebanyak 117 undi rosak.

Setelah jutaan wang dijanjikan dan dibelanjakan oleh BN untuk menawan Manik Urai, ternyata pengundi lebih bijak dan itulah ketentuan Allah. Kemenangan tipis ini mungkin dapat memberi sedikit keyakinan kepada BN untuk membubarkan DUN Perak. Kalau BN yakin bahawa rakyat telah kembali menyokong mereka maka BN patut tidak gentar untuk membubarkan DUN Perak. Kita tunggu dan lihat.

No comments: