Friday, July 30, 2010

Sumbangan Kebakaran : Tahfiz Az-Zubir Semungkis



Selepas lawatan YAB MB, insyallah petang ini YB Exco Dato' Dr Hasan Ali akan mengadakan lawatan serta memberi sumbangan kepada sekolah Tahfiz Az-Zubir pada hari ini Jumaat 30/7/2010 pukul 3 petang. Semoga mereka yang terlibat dapat bersabar dan tabah menghadapi dugaan ini.

Marilah kita sama-sama membantu institusi agama seperti ini agar terus semarak dan berkembang dalam usaha kita membangun masyarakat yang celik agama. Seterusnya institusi ini juga diharapkan dapat melahirkan ubat kepada masyarakat dan penyakit sosial yang semakin membarah di dalam masyarakat kita.

Marilah kita sama-sama hadir.

Sunday, July 25, 2010

Kemenangan PR Rahmat Besar Kepada Selangor

Hari ini rata-rata bila kita berjalan di seluruh Selangor pelbagai aktiviti dilaksanakan oleh PR dan BN@UMNo. Dari pertandingan bola sepak, futsal, badminton, takraw, ceramah, mesra rakyat dan pelbagai-bagai lagi. Ini semua hampir tidak kelihatan semasa UMNo menguasai Selangor. Kenapa?

Jawapannya adalah kerana apabila PR menang, PR tidak pernah menyekat program untuk masyarakat. Buatlah dimana jua pun. Sama ada di padang awam, dewan orang ramai, kawasan lapang atau dimana sahaja. Hatta kalau UMNo nak guna dewan PAS pun kita akan benarkan.

Adakah ini berlaku semasa UMNo menguasai Selangor?

Sekiranya UMNo memerintah Selangor adakah suasana ini akan berterusan? Saya pasti tidak. Yang pastinya tekanan terhadap PR akan dipertingkatkan. Penggunaan kemudahan awam kembali kepada UMNo sahaja. Bukan setakat nak buat program ceramah dan mesra rakyat. Silap haribulan main bola petang-petang pun tak boleh.

Sekiranya kita manu suasana sekarang ini berterusan dan rakyat mendapat manfaatnya kita perlu pastikan UMNo terus menjadi pembangkang di negara ini.

Selangor PAS May Be Pakatan's Saviour

KUALA LUMPUR: In Pakatan Rakyat Selangor, PAS appears to be the strongest pillar holding up the loose alliance. It is seen as a better bet than PKR to attract Malay voters and keep the state from falling into the clutches of the Barisan Nasional. With PKR in disarray, PAS has emerged as soild as a rock with members swearing unwavering loyalty to the party leadership. They remain steadfast in their commitment and determination to defeat the BN in the next encounter. They cannot be swayed by “sweet talks” or “offers of bribes”.

In Selangor, PAS is putting down firms roots as it works assiduously on its Islamic agenda without jeopardising its ties with the non-Muslims.

The leadership tussle in the state does not seem to bother its members who consider it as mere “ripples” normal in any party.

However, the one issue that still rankles them is any talk of co-operation with Umno. State party chief Hassan Ali had attempted to walk down this tempting path after Pakatan captured the state in the 2008 general election.

Sources said Hassan had met Umno federal leaders to work out “an alliance” but it fizzled out when party stalwart and Shah Alam MP, Khalid Samad, got wind of it.

Economic stature

Hassan, an intellectual and religious man, is a nationalist who sees nothing wrong cooperating with Umno for the sake of Malay unity. It was said that his motivational business grew under the patronage of Umno in the 90s.

He joined PAS with a broader perspective in mind -- as a nationalist, he wants to see the Malays grow in economic stature and their spiritual development enhanced.

Khalid, on the other hand, is a fundamentalist fighting for the Islamic cause and he had even been detained under the Internal Security Act in the late 80s for the very same reason.

However, Khalid is closely linked to PKR de facto chief Anwar Ibrahim as both had been student activists as well as partners in the Islamic Youth Movement (Abim).

His close association with Anwar has put him in the camp of the liberals, who are seen as eager to take over the reins of the party.

The row between Hassan and Khalid is not centred on who wants to lead the party in the state but on the broader issue of the party's struggle -- Hassan wants Malays to enjoy better protection under government policies while Khalid is keen to nurture closer rapport with PKR.

Anwar's men

Moreover, Khalid and other PAS leaders such as Husam Musa in Kelantan are seen as Anwar’s men whereas Hassan, though a close friend of Anwar at one time, is closer to former Selangor strongman Muhammad Muhammad Taib.

While Hassan and Khalid are fighting their personal war, PAS members and supporters in the state are coolly going about with their campaigns and ceramah in mosques and suraus.

With the formation of a non-Muslim wing in June, the party can be counted upon to deliver the votes and keep the body and soul of Pakatan together.-FMT

KENYATAAN AKHBAR YB DATO DR HASAN BIN MOHAMED ALI

Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah menyekat malah sentiasa menggalakkan ahli-ahli Exconya mengadakan pertemuan dengan mana-mana pihak tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik mereka. Pertemuan seperti ini diatur bagi meningkatkan keupayaan, kemampuan, prestasi serta profesionalisme ahli-ahli Exco berkenaan. Dengan cara ini sistem pengurusan dan pembangunan negeri terus dapat dipertingkatkan.

Pertemuan saya dengan Dato’ Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan pada kira-kira dua bulan yang lepas merupakan salah satu daripada “engagement” sedemikian yang dilakukan atas sifat saya sebagai ahli Exco Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab secara langsung antara lainnya portfolio Hal Ehwal Islam dan Adat-adat Melayu.

Pertemuan tersebut diatur bagi membolehkan saya meninjau ilmu dan pengalaman beliau secara amali mengurus Hal Ehwal Islam dan Adat-adat Melayu. Saya dimaklumkan beliau telah berkhidmat lebih 30 tahun sebagai Mufti dan sebelum itu menjawat jawatan sebagai Kadhi Besar Negeri Perak Darul Ridzuan. Ilmu dan pengalaman yang begitu luas yang beliau miliki sudah tentu dapat dimanfaatkan untuk kebaikan bersama dan umat Islam seluruhnya.

Saya ingin menegaskan bahawa:


1. Pertemuan tersebut adalah pertemuan di antara saya selaku ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor dengan beliau selaku Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan;

2. Pertemuan diatur bagi meraih kebaikan bersama demi untuk kemajuan Islam dan kesejahteraan umat;

3. Pertemuan tersebut bukan pertemuan sulit, malah diadakan secara terbuka ditempat yang terbuka.

4. Saya tidak pernah diberi mandat oleh parti saya untuk membincangkan hal-hal politik perpaduan, oleh itu tidak ada agenda khusus membincangkan soal itu;

5. Pertemuan tersebut tidak menatijahkan apa-apa tindakan susulan di kedua-dua pihak bahkan tidak ada sebarang perhubungan antara kami berdua selepas itu;

6. Pertemuan itu diadakan sehari sebelum mesyuarat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri. Saya telah diminta mewakili kerajaan negeri dalam mesyuarat tersebut. Saya menjadikan pertemuan itu sebagai sebahagian daripada persediaan saya menghadiri mesyuarat tersebut.

Kepada sesiapa yang mempunyai prasangka dan agenda jahat terhadap saya dalam hal ini, saya menyeru supaya mereka dapat merenung semula dan bermuhasabah diri agar tidak menghabiskan masa dengan kerja-kerja yang tidak memberi manfaat kepada kemajuan agama, parti yang sama-sama kita cintai dan umat seluruhnya. Marilah kita bersama-sama menumpukan tenaga dan pemikiran bagi menghadapi cabaran Pilihanraya Umum Ke 13 yang dijangka akan berlaku tidak berapa lama lagi.

Sekian terima kasih.

24 Julai 2010

YB Dato’ Dr Hasan Bin Mohamed Ali
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam,
Adat-adat Malayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam
Tingkat 2, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Friday, July 23, 2010

Subsidi - Rakyat Beban Negara?

Dosa-Dosa & Facebook

Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.

Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .

3) Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.

4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.

5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.

Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.

Ini boleh menjadi dosa, kerana :-

a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.

6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan

Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.

Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.

KESIMPULAN

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

PAS : Parti Islam Se-Malaysia


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang ditubuhkan pada 1951 kini mengorak langkah lebih jauh sebagai parti yang berteraskan perjuangan Islam dan membawa mesej Islam yang terbesar dinegara ini.

Kita tidak menafikan sumbangan rakan-rakan NGO lain yang turut sama memperjuangkan dakwah Islamiah dinegara ini dan dari semasa ke semasa PAS turut menjalinkan hubungan yang akrab serta saling bekerjasama dengan mereka.

PAS memilih untuk menyertai politik dan pilihanraya sebagai satu wadah bagi menyumbang kepada penyebaran dakwah serta mengangkat martabat umat Islam dinegara ini disamping kekal menjalankan tanggungjawab mengharmonikan hubungan antara kaum dan agama lain.

PAS parti yang mengutamakan keamanan, perpaduan serta berpegang teguh kepada prinsip bahawa akidah Islam dan dasar-dasar Islam mampu memberikan kesejahteraan kepada semua.

PAS bukanlah parti perkauman yang khusus buat kaum-kaum tertentu, tetapi kita tidak nafikan bahawa majoriti ahli PAS adalah dari kalangan umat Melayu. Namun mereka bersama dengan parti ini atas semangat Islam dan bukannya kerana semangat Melayu.

PAS juga jelas berdiri teguh menghormati dan mempertahankan hak-hak istimewa orang Melayu khususnya dalam aspek agama, budaya, tanah dan juga sosialogi yang lain. PAS prihatin dengan nasib umat Melayu akhir-akhir ini yang sering dijadikan mangsa dasar Liberalisasi dan Model Ekonomi Baru Kerajaan BN yang akhirnya mengecilkan kuota ekuiti Melayu daripada 30 peratus kepada 12.5 peratus sahaja. Banyak lagi hak Istimewa orang Melayu yang gagal diangkat oleh Umno walaupun mereka bangga mengatakan bahawa merekalah Parti Melayu Terbesar.

PAS sedar kepentingan orang Melayu dan mengajak seluruh umat Melayu untuk bangkit berjuang atas nama Islam, kerana hanya dengan Islamlah mereka akan lebih dihormati. Perpaduan umat Melayu atas nama Islam adalah pilihan terbaik berbanding apa yang ditawarkan oleh Umno, kerana dalam Islam kita tegas mengharamkan apa yang haram dan menghalalkan apa yang halal.

PAS akan terus berjuang untuk semua, kerana PAS yakin setiap yang lahir kedunia ini ada hak untuk diperjuangkan tanpa mengira apa bangsa mereka. Keterbukaan PAS ini jelas dengan kelahiran Dewan Himpunan Penyokong PAS, dimana sebagai parti Islam kita juga mempunyai sokongan yang kuat kalangan bukan Islam untuk memimpin negara ini.

Pemerintahan PAS di Kedah dan Kelantan berjaya membuktikan bahawa Islam adalah agama yang memberikan kesejahteraan kepada semua bangsa dan agama. Tidak cukup dengan itu, kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat jelas memberikan manfaat kepada rakyat keseluruhannya. Dan PAS dari semasa ke semasa akan terus menerapkan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran Kerajaan yang harus difahami bahawa sesuatu perkara yang ingin dilakukan haruslah bermula dari tangga pertama hingga tangga terakhir secara bijaksana.

Oleh itu, PAS terus menyeru kepada rakyat untuk sama-sama menyertai parti ini, menyokong parti ini dan memberikan kepercayaan untuk parti ini menjadi alternatif kepada Umno menjelang Pilihanraya ke-13.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Thursday, July 22, 2010

Perpaduan Melayu; Supaya Lupa Isu Negara

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengingatkan kepada semua pimpinan dan ahli PAS di semua peringkat jangan terpedaya dengan tektik media Umno untuk menenggelamkan isu negara yang bertimbun-timbun sekarang yang mengambarkan kerajaan yang ditunjangi Umno di negara ini semakin rapuh dan reput. Ketika gelombang krisis keyakinan kepada Umno dan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sedang karam, maka perpaduan Melayu dijadikan sebagai benteng untuk menutup bangkai gajah yang terlalu besar. Slogan 1 Malaysia nampak tidak menjadi dengan gelagat Perkasa dan kenyataan Datuk Nasir Safar.

PAS menyedari ini adalah sebahagian daripada tektik media untuk mengalih isu yang sebenar dan melupakan isu pokok yang mencengkam rakyat. Mereka melontarkan isu ini melalui proksi mereka Tan Sri Harussani yang hendak menjadi perantara, untuk menunjukkan bahawa mufti yang mencadangkan perpaduan ini, apabila PAS menolak maka ada peluang untuk menuduh PAS sombong dan angkuh.

Perlu diingat bahawa isu perpaduan Melayu diuar-uarkan ketika rakyat didahulukan dengan kenaikan harga minyak dan kenaikan harga gula pada 16/7/2010. Pemimpin Umno hendak rakyat leka dan berbincang mengenai isu perpaduan Melayu, yang tidak pernah berbangkit langsung dalam mesyuarat tertinggi PAS. Hajat mereka supaya rakyat tidak marah mengenai kenaikan harga minyak dan gula. Perlu dingatkan bahawa gula, tepung dan minyak akan dinaikkan secara berperingkat-peringkat kearah untuk menghapuskan subsidi di negara ini dalam masa 3-5 tahun.

PAS hendak mengingatkan kepada rakyat, bagaimana media diarahkan supaya jangan sama sekali meletakkan tajuk berita “harga barang naik”, ketika ditaklimat pada 15 hb Julai 2010. Sebaliknya media perlu meletakkan “subsidi dikurangkan”, “rasionalisasi”, menstrukturkan semula supaya rakyat yang tidak faham dan ada yang faham harga barang turun. Maka tidak hairanlah kepada kita pada hari ini media proksi Umno memainkan isu perpaduan supaya rakyat lupa isu negara yang begitu banyak dan kenaikan harga barang.

PAS hendak memaklumkan kepada semua ahli dan pimpinan PAS supaya fokuskan kerja kita untuk menggantikan Umno di negara ini. Penerangan dan dakwah kepada ahli Umno yang tidak faham perjuangaan PAS perlu dilakukan secara berterusan, usahkan dilayan segala ajakan dan pujuk rayu Umno untuk melamar PAS, kita biarkan cinta Umno tidak berbalas dan biarkan Umno “angau” seorang diri.

Petunjuk ekonomi negara semakin tertekan dengan kadar faedah pinjaman bank dinaikkan. Bank Negara Malaysia pada 8 Julai lalu menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) bagi kali ketiga tahun ini kepada 2.75 peratus. Susulan itu, bank turut menaikkan Kadar Pinjaman Asas (BLR) dan Kadar Pembiayaan Asas (BFR) masing-masing. Maybank menaikkan BLRnya sebanyak 0.25 peratus kepada 6.30 peratus. Semuanya gara-gara pemimpin negara yang boros dan rasuah sehingga amat dirasai oleh rakyat biasa di negara ini.

Begitu banyak isu-isu negara yang mengambarkan Umno sudah tidak mampu mengemudi negara, antaranya peruntukan saham bumiputera lesap sebanyak RM52 bilion, jenayah meningkat, anak luar nikah Melayu sahaja 17,303 orang (2009), enjen kapal terbang hilang, kapal selam berharga RM1.7 bilion tidak boleh menyelam, hutang negara RM362.4 bilion, serah telaga minyak blok L dan M pada Brunei yang bernilai RM320 bilion (kalau perbelanjaan negeri Kedah RM400 juta, dapat belanja selama 700 tahun), terlepas Pulau Batu Putih pada Singapura, Pos Malaysia rugi RM 227 juta, 217 hektar tanah serah pada Singapura, serah 50 peratus kepada Singapura untuk membangun Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI), wang Felda susut daripada RM4.08 bilion 2004 hanya tinggal RM1.35 bilion pada tahun 2009, membazir wang rakyat RM77 juta kepada APCO Israel setahun untuk menjadi penasihat komunikasi.

Isu-isu inilah yang perlu disampaikan kepada rakyat, maka jangan kita hiraukan pujukan Umno melalui proksinya, PAS sudah tegas dengan Pakatan Rakyat. PAS tidak akan mencari nahas untuk untuk mencari pasangan hidup dengan orang yang ada masalah kesihatan yang sukar hendak diubat.

Ustaz Idris Haji Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Wednesday, July 21, 2010

SAMAN EKOR : PEGUAM AKAN BANTU

Pakatan Rakyat (PR) menawarkan khidmat nasihat guaman percuma kepada rakyat tanpa mengira sentimen politik yang ingin membawa isu saman ekor ke mahkamah bagi menuntut keadilan.

Pengarah Pilihan Raya Pas Perak, Asmuni Awi berkata, tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang enggan memperbaharui cukai jalan kepada pesalah sama ekor adalah bertentangan undang-undang.

Asmuni yang juga seorang pengamal undang-undang berkata, pesalah saman ekor seperti dianiaya kerana mereka tidak pernah dibuktikan bersalah sama ada melalui pengakuan ataupun pihak pendakwa.

“Justeru, ia kelihatan seperti satu penganiayaan kepada pengguna jalan raya kerana mereka sendiri tidak tahu apa sebenarnya kesalahan yang dilakukan,” katanya pada sidang media di Pejabat Pas Perak di sini, semalam.

Beliau berkata, kegagalan pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan seolah-olah sudah terbukti bersalah oleh mahkamah dan ini bercanggah dengan prinsip keadilan.

“Justeru, pengguna jalan raya mesti dibuktikan bersalah terlebih dahulu dan diberi peluang membela diri di mahkamah sebelum menjatuhkan hukuman ke atas mereka,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Timbalan Pesuruhjaya Pas I, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, beliau akan membangkitkan isu saman ekor dalam Dewan Rakyat kerana telah menimbulkan banyak masalah kepada orang ramai.

Menurutnya, tindakan polis menguatkuasakan saman ekor bercanggah dengan undang-undang kerana pemilik kenderaan hanya boleh didakwa dan didapati bersalah di mahkamah dan bukannya diminta terus membayar saman.

“Sejak 10 tahun lalu kira-kira 10 juta saman ekor dikeluarkan di seluruh negara dan disebabkan pengeluaran saman itu agak samar saya akan menegakkan keadilan dengan membawa perkara itu ke Dewan Negara supaya rakyat tidak akan teraniaya pada masa hadapan.

“Jika dihitung jumlahnya mencecah RM2 bilion dan saman ekor ini seolah-olah untuk mendapatkan hasil kutipan cukai dengan cara paling mudah,” katanya.

Mohammad Nizar berkata, rakyat yang berhadapan dengan masalah itu boleh hadir ke Pejabat PR untuk mendapatkan khidmat nasihat guaman percuma daripada peguam mereka.

Bila Sudah Hilang Arah Dan Pertimbangan

Sekali lagi UMNo mencuba membangkitkan isu perpaduan Melayu dengan kerjasama UMNo dan PAS. Namun usaha Mufti Perak dan Lokman nampaknya seperti hilang punca dan kewarasan. Ideanya seolah-olah mereka ini ketua UMNo yang cuba memperbodohkan orang PAS.

Untuk membolehkan PAS melaksanakan hudud tidak perlu PAS dan UMNo bergabung. Apa yang diperlukan adalah kerjasama dan kebenaran. Namun, disebabkan politik perkauman keterlaluan yang mereka perjuangkan maka kaum itu menjadi keutamaan dalam perbincangan.

Untuk meningkatkan kuasa politik Malayu dan Islam supaya kuat tidak perlu UMNo dan PAS bergabung. Apa yang perlu ialah UMNo mengambil Islam sebagai dasar perjuangan. Ini secara automatik UMNo dan PAS adalah satu. Apa-apa yang PAS lakukan dan selaras dengan Islam, Al-Quraan, Hadith, Ijma' dan Qias maka UMNo tidak akan bantah dan halang. Malahan UMNo perlu sokong dan bantu.

Namun kita lihat itu semua bukanlah tujuannya. UMNo lebih berminat untuk memastikan mereka terus berkuasa...... Berkuasa untuk apa? Selepas lebih 50 tahun apakah tidak cukup masa untuk meletakkan Islam dan segala syariatnya yang lengkap ditempat yang sepatutnya?

Kenapa bila mula hilang kuasa, kepercayaan dan pengaruh baru ingatkan PAS? Bila sudah berkuasa PAS adalah musuh mereka yang jelas. Tidak cukup dengan fitnah, tangkap, sembur gas, ISA dan lain-lain tindakkan yang tidak masuk akal........ Kini cuba memperbodohkan diri dengan lakonan yang sumbang.

Kata nak mencari titik pertemuan... Mulut kata nak perpaduan. Namun dalam masa yang sama PAS terus ditindas, dimaki, diperlekeh dan diperlakukan umpama kucing kurap. Nak dengar mereka berkata atau nak lihat mereka buat?

Hentikanlah berjuang untuk perut dan bawah perut baru berbicara tentang perjuangan.

Bercertia tentang perjuangan kenapa tidak dibubarkan UMNo dan semua masuk PAS. Bukankah itu salah satu penyelesaikan yang paling munasabah? Kenapa nak pecah kepala dan bersusah payah. Nak pertahankan apa lagi pada UMNo itu? Ini kerana dasar UMNo yang bukan Islam menyukarkan merubahan perlembagaan dan dasar perjuangan.

Kalau nak perpaduan semua orang Melayu masuk PAS... Selesai masalah.

Friday, July 16, 2010

Menambah Keperitan Hidup Rakyat

Pemimpin PAS negeri Terengganu menyifatkan kenaikan harga bahan api utama, minyak dan gas serta gula yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak semalam akan menambahkan keperitan kepada kehidupan rakyat di negeri Terengganu.

Ia adalah merupakan satu bukti yang sangat jelas, bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak langsung prihatin dengan kesusahan yang dihadapi oleh rakyat negeri ini.

"Semasa rakyat sedang bersiap-siap untuk menghadapi bulan Ramadhan dan Syawal yang bakal tiba, kenaikan (harga) ini akan menjadi beban berganda kepada rakyat,"kata Bendahari PAS Terengganu, Haji Muhyidin Abdul Rashid

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Ustaz Wan Hassan Ramly berkata, kehidupan rakyat berpendapatan rendah akan menjadi lebih parah lagi kerana barangan yang diumumkan, yang terlibat dengan kenaikkan harga adalah merupakan barangan kegunaan harian rakyat.

"Ia cukup membebankan, sepatutnya subsidi minyak dan gas tidak ditarik balik. Begitu juga dengan gula. (Tetapi) Ketirisan dan kebocoran projek-projek dan pemerolehan kerajaan serta syarikat-syarikat kepentingan kerajaan( GLC) sepatutnya ditangani,"katanya ketika dihubungi Buletinonline semalam.

Menurutnya, kerajaan BN tidak patut mengurangkan subsidi diwaktu yang sama meraih hasil dari kenaikan ini untuk dibelanjakan demi kepentingan para Menteri dan keluarga.

Manakala Penolong Setiausaha, Haji Hanafiah Mat berkata, kenaikkan harga tersebut merupakan satu lagi mercu tanda produk 1Malaysia, rakyat di dahulukan.

"Ia sebagai bukti rakyat lah (yang lebih dahulu) menjadi mangsa kerakusan pemimpin Umno/BN setiap kali memngumumkan kenaikan harga minyak."jelasnya.

Menurutnya kenaikkan bahan api utama itu tidak akan terhenti di situ, ia turut akan menaikkan harga bahan mentah dipasaran kerana semua bahan mentah tersebut diangkut menggunakan petrol dan diesel.

Sehubungan itu, Pemuda PAS Terengganu menyeru rakyat supaya terus bangkit menolak BN dalam pilihanraya yang akan datang kerana tindakan menaikkan harga tersebut merupakan penganiyaan kepada rakyat terutama golongan sederhana dan bawahan.

Timbalan Ketuanya, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah menggesa kerajaan membuang slogan rakyat diutamakan kerana katanya ia adalah retorik Najib semata-mata.

"Slogan 1Malaysia tidak memberi sebarang makna kepada rakyat, ia tidak memberi manfaat bahkan mengkhianati mandat rakyat,"katanya.

Wan Sukairi berkata, tindakan Najib menggunakan helah kononya 'menyelaraskan semula subsidi' tetapi pada masa yang sama menaikkan harga menunjukkan kegagalan rancangan ekonomi yang baru saja dibentangkan oleh kerajaan.

Kerajaan BN semalam, mengumumkan bahawa subsidi bahan api, khususnya petrol, diesel dan petroleum gas cecair (LPG), serta gula, akan dikurangkan sebagai langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat berkuat hari ini Jumaat, 16 Julai.

Selamat Hari Raya?

Harga petrol, diesel, gula dan Petroleum Gas Cecair (LPG) naik berkuatkuasa mulai hari ini.

Petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen. RON97 naik 5 sen dan tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik, berikutan penyelarasan harga subsidi yang diumumkan kerajaan hari ini.

Manakala harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram

Kenaikan harga barangan berkenaan diumumkan oleh Presiden UMNo yang juga Pengerusi BN merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu pengumuman malam ini.

Menurut perdana menteri, penyelarasan semula harga barangan tersebut akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk tahun ini.

Ia merupakan langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat mulai esok.

Bagaimanapun, tambanya, kerajaan masih membelanjakan kira-kira RM7.82 bilion untuk subsidi bahan api dan gula pada 2010.

Harga bahan api dan gula di Malaysia, tegas Najib, masih antara yang terendah di rantau ini.

Berikut adalah harga baru:

  • Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
  • Petrol RON 97 - RM2.10 seliter.
  • Diesel - RM1.75 seliter.
  • Gula - RM1.70 sekilogram
  • Gas LPG - RM1.85 sekilogram

Berikut adalah harga baru gas..... Bukannya naik 10 sen:

* Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)

* Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)

* Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

Thursday, July 15, 2010

KDN perbaharui permit penerbitan Harakah dengan amaran keras

KUALA LUMPUR, 15 Julai — Kementerian Dalam Negeri (KDN) memutuskan untuk memperbaharui permit penerbitan lidah rasmi PAS, Harakah,dengan memberi amaran keras supaya ia hanya dijual di markas dan pejabat urusan parti itu sahaja.

Permit penerbitan akhbar itu tamat pada 7 Julai lepas.

Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan & Teks AL-Quran kementerian itu Datuk Zaitun Ab Samad berkata keputusan untuk memperbaharui permit penerbitan Harakah dibuat setelah KDN berpuas hati dengan kerjasama, penjelasan dan janji pihak pengurusan Harakah untuk mematuhi syarat-syarat permit penerbitan serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Menurutnya, pihak pengurusan Harakah memberi perhatian serius terhadap surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh KDN dan telah menunjukkan kerjasama yang baik.

Pengerusi Jemaah Pengarah Harakah Datuk Mustafa Ali dan Pengarah Urusan Datuk Kamarudin Jaafar telah datang berjumpa Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Mahmood Adam pada 12 Julai lepas untuk memberi penjelasan.

Zaitun berkata pihak Harakah juga telah menjawab surat tunjuk sebab pada 13 Julai dengan membuat akujanji akan mematuhi syarat-syarat permit penerbitan seperti mencetak perkataan “Untuk Ahli Sahaja” dan menghantar lapan naskhah setiap keluaran Harakah kepada kementerian sebaik sahaja ia dicetak.

“Kementerian akan sentiasa memantau penerbitan Harakah untuk memastikan pematuhan,” katanya.

Keputusan itu diumumkan sehari selepas mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat memutuskan bahawa penerbitan lidah rasmi komponennya Suara Keadilan, Harakah dan Roket akan ditangguhkan sementara waktu sehingga pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilakukan bagi membincangkan isu pembaharuan permit ketiga-tiga akhbar berkenaan.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP telah menjawab surat tunjuk sebab yang diberikan kementerian berkenaan berhubung isu pembaharuan permit dan artikel yang disiarkan akhbar itu.

Sebelum ini, Kementerian Dalam Negeri menyatakan permit Suara Keadilan yang tamat tempoh pada 30 Jun lepas tidak akan diperbaharui sehingga kementerian menerima penjelasan yang memuaskan berhubung penyiaran beberapa artikel termasuk yang terbaru bertajuk “Felda Bangkrap”.

PAS turut menerima surat tunjuk sebab berhubung permit yang tamat tempoh pada 7 Julai lalu manakala DAP pula menerima dua surat tunjuk bagi akhbar Roket edisi bahasa Inggeris dan Cina yang tempoh permit penerbitannya masing-masing tamat pada 30 Jun lalu dan 30 November lalu.

Dalam pada itu, Kamarudin ketika dihubungi The Malaysian Insider sebentar tadi berkata, PAS menyambut baik keputusan kementerian meluluskan permohonan memperbaharui permit penerbitan Harakah.

“Kami akan sedaya upaya cuba mematuhi syarat-syarat yang dikenakan dengan sepenuhnya... kami juga berharap kerjasama daripada pihak kerajaan dan orang ramai supaya memahami keadaan ini,” katanya.

Ketika ditanya sama ada akhbar dwimingguan Harakah akan dikeluarkan esok seperti biasa, Kamarudin berkata, beliau perlu mengadakan perbincangan dengan pengurusan dan pencetak.

Mengenai keputusan Pakatan Rakyat menangguhkan penerbitan kesemua organ mereka termasuk Harakah, beliau berkata, keputusan semalam dibuat berdasarkan kedudukan permit masih belum diperbaharui.

“Tetapi permit Harakah sudah diperbaharui sekarang, saya rasa tiada masalah dan ia akan diterbitkan macam biasa,” katanya.

Penerbitan semua akhbar Pakatan ditangguh

Pakatan Rakyat memutuskan untuk menghentikan penerbitan semua parti komponennya ekoran ancaman yang berulangkali dari Kementerian Dalam Negeri (KDN), yang mengeluarkan permit penerbitan mereka.

Ia diputuskan dalam mesyuarat pucuk pimpinan Pakatan di Parlimen hari ini, di mana pemimpin tertingginya memutuskan untuk menangguhkan penerbitan, sementara menunggu satu pertemuan dengan pegawai KDN.

Akhbar rasmi parti komponen Pakatan - Harakah (PAS), Suara Keadilan (PKR) dan Rocket (DAP) telah menerima surat tunjuk sebab dari KDN kerana didakwa melakukan pelbagai kesalaan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mereka akan bekerjasama dengan mematuhi prosedur yang diperlukan dan garispanduan yang dikenakan.

"Buat sementara waktu, lidah rasmi parti sama ada Suara Keadilan, Harakah dan Roket ditangguhkan penerbitannya dan keputusan ini akan dikaji semula minggu depan bagi membolehkan kita bertemu Hishammuddin.

"Kami akan menjawab semua surat tunjuk sebab itu," kata Anwar yang juga ketua umum PKR dalam sidang akhbar selepas mesyuarat tersebut.

Menurutnya, penerbitan semua akhbar rasmi parti-parti komponen Pakatan ditangguh hingga minggu depan sehingga keputusan dibuat selepas pihaknya mengadakan pertemuan dengan menteri dalam negeri.

Sebelum ini, KDN menyatakan permit Suara Keadilan yang tamat tempoh pada 30 Jun lalu tidak akan diperbaharui sehingga kementerian menerima penjelasan memuaskan berhubung penyiaran beberapa artikel termasuk mengenai FELDA.

PAS turut menerima surat tunjuk sebab daripada KDN berhubung permit yang tamat tempoh pada 7 Julai lalu, kelewatan menghantar salinan keluaran dan menjual akhbar kepada bukan ahli.

Sementara itu, DAP menerima dua surat tunjuk sebab bagi akhbar Roket edisi Bahasa Inggeris dan Cina yang tempoh permit penerbitannya masing-masing tamat pada 30 Jun lalu dan 30 November tahun lalu.

YB Dr Mujahid Yusof Rawa

Program dimulakan di Masjid bt 14 dengan kuliah Maghrib. YB menyentuh isu arak dan judi yang dilihat masih lagi menjadi barah dalam masyarakat. Apa yang jelas arak dan judi adalah jelas haram dan langkah perlu dibuat bagi menghadkan aktiviti ini. Apa pun yang paling penting peranan dakwah bagi memberi kesedaran kepada masyarakat perlu dipertingkatkan. Bukan sahaja untuk memantapkan akidah orang Islam bahkan memberi penerangan tentang Islam kepada mereka yang bukan Islam juga agar bukan Islam tidak lagi takut atau perjudis terhadap Islam.



Bersama menjamu selera dengan AJK masjid.



Bersama Pengarah JPD untuk menikmati durian Langat dan bertukar-tukar fikiran bagi memantapkan program kemasyarakatan dan meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat.


Tauke durian.



Tidak ketinggalan bergambar dengan YB Dr Mujahid.


Wednesday, July 14, 2010

CNN Dedah Tembelang Utusan

Alhamdulillah saya dan Azizah dapat menunaikan ibadat umrah dengan tenang. Doa kami moga umrah mabrur, sa'i mashkur dan amalan solehah.

Rupa-rupanya tatkala di Makah al Mukarramah, serangan fitnah bertali arus ditujukan kepada peribadi saya (Anwar Ibrahim, gambar kanan). Namun apa yang baru? Pencak mereka hanyalah fitnah, jika tidak agen Cina, India pastinya tali barut CIA. Khabar ini langsung tidak mengejutkan. Apatah lagi walau UMNO-BN punyai dana puluhan juta, kemiskinan idea begitu terserlah apabila mahu memintal fitnah.

Hanya dengan mengutip tulisan blog Elaine Supkis(kononnya blog terkenal) dan kenyataan seseorang yang bernama Joshua Trevino, Utusan Malaysia milik UMNO, tanpa berpandukan etika kewartawanan mulai satu kempen dangkal dan berakarkan kebencian. Terpampang di muka hadapan fitnah Anwar Agen CIA. Pimpinan UMNO pula bersahuti-sahutan menyokong. Tidakkah mereka sedar rakyat Malaysia mual untuk disogok dengan berita sedemikian?

Hari ini terungkailah segala pembohongan yang dipintal serta dianyam pimpinan UMNO yang diketuai Najib Razak. CNN telahpun mengeluarkan satu kenyataan bahawa organisasi media tersebut tidak menerima sebarang bentuk bayaran dari saya. Kemunculan saya untuk ruang "Connect The World" merupakan keputusan penerbit program tersebut.

Penafian CNN bukan sahaja meruntuhkan bongkah penipuan media berhaluan kanan ekstrem seperti New Ledger, namun mendedahkan makar Utusan selaku lidah rasmi UMNO yang berusaha memfitnah saya. Malahan organisasi CNN yang berpengkalan di Hong Kong berpandangan adalah janggal mengapa tiada usaha dari pihak Utusan untuk mendapatkan kepastian dari pihak mereka. Namun bagi kita tidaklah mengejutkan kerana mengetahui peranan Utusan yang selama ini sudahpun luluh integritinya sebagai sebuah organisasi yang bebas.

Anwar Ibrahim

Kempen Tutup Mulut dan Minda Rakyat

Selepas Suara Keadilan, Harakah dan kini Rocket pula menjadi 'mangsa' tindakkan yang dilihat cuba menghalang suara rakyat. Kalau laporan mereka salah kenapa tidak didakwa sahaja. Biar mahkamah menjelaskan siapa yang benar dan siapa yang salah.

Jangan semata-mata akhbar-akhbar ini berbeza pandangan dan pendapat maka kerajaan mengambil pendekatan untuk menutup medan suara rakyat. Mungkin perti yang mendokong kerajaan semakin kekalutan dan bimbang hilang pengaruh dan hilang kuasa akibat kesedaran yang meningkat di kalangan rakyat.

Kini BN dilihat meniti masa yang amat sukar dan mereka amat merasainya. Umpama orang yang sedang nazak dan amat pasti akan mati. Dia akan berbuat apa sahaja untuk terus hidup. Hatta meminta nyawa orang lain sebagai ganti.

Biarlah mereka terkapai-kapai kelemasan. Kita perlu meneruskan perjuangan dan memastikan tanggungjawab kita terlaksana dan rakyat akhirnya yang mendapat manfaat.

Monday, July 12, 2010

Sayang Ibu






Kebakaran di Taman Sri Nanding



Najib dicurigai serah tanah kepada Singapura

KUALA LUMPUR, 12 Julai: Kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan terus dicurigai rakyat selagi beliau sendiri enggan menjelaskan tujuan sebenar tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar diserahkan kepada kerajaan Singapura.

Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar berkata, selagi Najib tidak menjelaskan mengapa tanah itu diserahkan kepada Singapura, selagi itu rakyat terus sangsi dengan kabinetnya.

Beliau yang juga Ketua Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Pusat berkata, tindakan Najib yang seakan menjual kedaulatan negara itu akhirnya banyak menimbulkan kesedaran rakyat, khususnya kaum Melayu sendiri.

Pun begitu, beliau berkata, jentera pemuda PAS khususnya di negeri Johor tidak wajar bergantung pada isu tersebut semata-mata.

Sebaliknya, beliau berkata, PAS negeri sepatutnya menggandakan program bersama rakyat dengan turut mendedahkan kegiatan Najib menggalakkan campur tangan Singapura dalam perlaburan di Wilayah Pembangunan Malaysia (WPI) belakangan ini kepada rakyat.

"Najib minta kita (PAS) dan rakyat bersikap terbuka dalam isu WPI (Wilayah Pembangunan Iskandar) ini, sedangkan motif beliau berbaik dengan Singapura tidak pula didedahkan kepada kita dan rakyat," kata beliau.

Sehubungan itu, rakyat wajar mempersoal tindakan Najib memelihara kepentingan Singapura di wilayah komersial itu.

"Lihat di WPI, apakah keuntungan yang rakyat dapat apabila tanah ini dibuka untuk pihak luar.

"Berapa banyak premis di WPI dimilik oleh rakyat dan berapa banyak premis di WPI dinikmati oleh pihak luar," katanya.

Tuntas dari itu, beliau mengajak rakyat mengetepikan fahaman politik masing-masing dengan kembali bersatu mempertahankan kedaulatan negara dari dikhianati oleh pemimpin tertentu yang hanya mementingkan diri semata-mata.

"Tidak ada jalan lain, kecuali rakyat tak kira penyokong kerajaan atau pembangkang, sama-sama kita beri ingatan kepada pemimpin-pemimpin ini," tegas beliau sambil mengajak rakyat melakukan perubahan menggunakan kuasa mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.

Najib, petang semalam, dilaporkan meminta rakyat supaya bersikap terbuka dalam menilai tindakan kerajaan terhadap Singapura.

"Jika kita mahu melihat Iskandar Malaysia dan Johor maju, kita mesti bersikap terbuka terhadap semua pelaburan," ujar beliau seperti dipetik dari Bernama.

Tambahnya lagi, pelaburan di wilayah komersial itu seharusnya mementingkan keuntungan, sama ada hasil pelaburan Amerika Syarikat mahupun Singapura sendiri.

"Apa yang berbeza di antara pelaburan Singapura dan Amerika Syarikat, tiada bezanya, asalkan menguntungkan," jelas beliau ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Pulai, Johor Bahru.

Manakala, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat sejak bulan lepas mendakwa tindakan Najib menyerahkan tanah Tanjong Pagar kepada Singapura adalah tidak sah kerana isu itu tidak pernah dibawa ke Parlimen serta diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Sunday, July 11, 2010

Kenapa PAS?

Sebahagian masyarakat negara ini masih lagi perjudis dengan PAS dan perjuangan kami. Ini mungkin akibat kejahilan mereka ataupun kurangnya pendedahan..... Atau mungkin juga kejayaan UMNo dalam memberi gambaran yang negatif terhadap PAS.

Mungkin juga kelemahan yang wujud didalam PAS. Namun kelemahan parti wujud dalam mana-mana parti politik. Malangnya kelemahan dan kesilapan kecil inilah yang menjadi isu besar dan menjadi sasaran kecaman UMNo. Memandangkan seluruh media menyebelahi ataupun dikuasai oleh UMNo maka tiada ruang untuk PAS mempertahankan diri.

Walaupun kecaman yang dibuat kadang-kala mengecam Islam dan bukannya mengecam PAS. Tetapi akibat kejahilan UMNo, mereka tidak dapat membezakan antara Islam dan PAS. Ini adalah kerana PAS memperjuangkan Islam dan PAS bergerak berlandaskan Al-Quraan, Hadith, ijmak dan qias.

Serangan-serangan ini akan berterusan sehingga pilihanraya yang ke 13 nanti. Akibat serangan yang berlebihan ini masyarakat akan merasa muak dan mula mempertikaikan matlamat UMNo menyerang PAS sedemikian rupa. Kenapa UMNo sanggup menghina agamanya sendiri. Sedangkan mereka mendakwa mereka juga memperjuangkan Islam.

Bila kita menyorot perkembangan negara sejak Merdeka, kita melihat pembangunan negara terlalu menumpukan kepada perkembangan material. Ini menyebabkan pembangunan sumber manusia bergerak amat perlahan ataupun tidak berubah bahkan ada yang tercicir dibelakang. Adakan ini memang disengajakan?

Pembangunan material dan sosial yang tidak seimbang mengakibatkan kemusnakan institusi keluarga dan masyarakat. Apabila peningkatan kos sara hidup tidak seimbangan dan wujud perbezaan yang ketara antara yang kaya dan yang miskin maka ada pihak yang terkial-kial untuk hidup. Akibatnya mereka ini menumpukan kepada mencari sara hidup dan institusi keluarga terbiar.

Apabila ini berlaku maka banyaklah isu-isu seperti keruntuhan akhlak remaja, pergaulan bebas, penyalahgunaan dadah, buang bayi, ragut, rompak, samun dan seumpanya. Akibatnya masyarakat hidup dalam suasana ketakutan dan kebimbangan. Hidup dirumah umpama dipenjara yang dipenuhi jeriji besi. Apabila berlaku musibah kebakaran penghuni kerap terperangkap dan tidak mampu keluar.

Dimanakah berakhirnya musibah ini. Setelah lebih 53 tahun, UMNo dilihat gagal menangani masalah ini.... bahkan lebih buruk lagi. Polis pula merasa tertekan dalam menjalankan tugas kerana diberikan KPI yang tinggi sedangkan undang-undang yang ada tidak membantu mereka.

Peningkatan jenayah rogol, rompak, samun bersenjata, curi kenderaan, pecah rumah, bunuh membuktikan kerajaan berada didalam landasan yang salah dalam menangani masalah ini. Walaupun Islam menyediakan penyelesaian kepada ini semua, namun UMNo seolah-olah tunjuk pandai dan ego tak tentu punca. UMNo tahu Islam mampu menyelesaikan masalah. Namun kerana takut dilabel meniru PAS mereka terus cuba tunjuk pandai dan akibatnya masyarakat menanggung beban.

Rakyat terus dibebankan oleh UMNo dan pembelaan yang sewajarnya tidak kunjung tiba. Kita lihat apabila sesuatu kes wujud siapakah yang mendapat keuntungan? Contohnya apabila ahli keluarga kita dibunuh siapa yang mendapat keuntungan? Mahkamah menjatuhkan hukum denda, penjara atau hukum bunuh....... Siapa yang untung?

Bila didenda berpuluh ribu kerajaan untung. kalau dihukum penjara rakyat perlu tanggung dan jika dihukum bunuh siapa pun tidak tahu. Akibatnya ahli waris terus melopong tanpa pembelaan.

Bagaimana dengan Islam? Islam menyediakan hukuman yang memberi hak kepada waris untuk menuntut gantirugi atau diat sehingga 100 ekor unta. Ini bermakna keluarga simati boleh menunutut gantirugi sehingga RM500,000. Ini semua makamah yang menentukan bukannya keluarga simati perlu bersusah payah mencari peguam dan memfailkan saman. Yang akhirnya plantif (orang yang menuntut) terpaksa menangung kos perbicaraan.

Sekiranya pesalah perlu dihukum dibunuh pula waris sahaja yang berhak mengampunkan pesalah. Adakah ini berlaku dalam makamah kita sekarang? Sekiranya pesalah dijatuhi hukuman bunuh siapa yang tahu? Tiada siapa yang melihat. Ini adalah kerana semuanya dilakukan didalam penjara. Akibatnya penjenayah tidak rasa gerun terhadap hukuman yang ada.

Islam mempunyai penyelesaian kepada ini semua namun UMNo pula tidak berminat melaksanakan islam dan menyelesaikan masalah rakyat. Adakah rakyat mahu terus bersama UMNo?

Dengan peningkatan kesedaran teknologi maklumat masyarakat terpelajar dan yang berada dibandar menyedari perkara ini. Inilah antara punca masyarakat bandar menolak UMNo. Malangnya masyarakat luar bandar terutama masyarakat Melayu generasi awal masih tertipu dengan Perikatan atau BN. Mereka merasa terhutang budi kepada UMNo sedangkan UMNo terus mengaut keuntungan dari kuasa yang diberi oleh rakyat.

Akibatnya UMNo dan kroninya terus mengecapi kekayaan dan hidup di mahligai umpama raja. Rakyat terus hidup umpama hamba yang terpaksa mendapatkan ikhsan dari UMNo. Dimanakah akhirnya ini semua....?

Disinilah peranan PAS yang menjadi pengerak perubahan dan memberi kesedaran kepada rakyat. Segala kemudahan yang ada perlu di manfaatkan untuk memberikan kesedaran tentang hak dan apa yang rakyat perolehi bila bersama PAS dan Pakatan Rakyat.

Rakyat perlu sedar dan perlu berubah. Semoga hari esok akan lebih baik dari hari ini.

Usrah Kawasan - Saujana Prima








Thursday, July 8, 2010

Umno Selangor: Zahrain, Zul Noordin antara sertai roadshow

KUALA LUMPUR, 8 Julai — Ahli-ahli Parlimen Bebas khususnya mereka yang meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) awal tahun ini akan menyertai program jelajah yang bakal dianjurkan Umno Selangor untuk mendedahkan “sandiwara” Pakatan Rakyat.

Ketua Penerangan Umno Selangor, Abd Shukor Idrus berkata, kehadiran wakil rakyat terbabit dapat memberi penerangan jelas kepada rakyat berhubung apa yang berlaku terutama membabitkan isu politik di Selangor.

“Hanya mereka sahaja yang tahu apa yang berlaku, mereka ini pernah berada dalam parti terbabit seperti Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim dan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bahru, Zulkifli Noordin,” kata beliau dipetik Umno Online hari ini.

Kedua-dua mereka sebahagian daripada anggota Konsensus Bebas yang ditubuhkan oleh lima wakil rakyat yang dahulunya merupakan pemimpin PKR.

Tiga yang lain ialah Wee Choo Keong (Wangsa Maju), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai).

Shukor berkata melalui program ini Umno Selangor yakin dapat memberi penjelasan terutama membabitkan pembohongan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat Selangor supaya “rakyat tidak terus ditiipu dengan permainan mereka.”

Shukor berkata, program yang diadakan itu dijalankan secara berterusan sehingga pilihan raya umum ke-13.

Ia akan bermula di Selayang minggu ini.

Selain mengenai politik Selangor, kata beliau, penceramah terbabit akan menjelasakan tipu muslihat dan pembohongan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam merealisasikan cita-cita peribadinya.

“Ini adalah antara gerak kerja berterusan Umno Selangor dalam usaha memastikan Selangor berjaya ditawan semula oleh Barisan Nasional,” katanya.

Ahad lalu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata Umno Selangor akan mengadakan program jelajah seluruh Selangor mulai minggu ini bagi menjelaskan mengenai pembohongan yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat terhadap rakyat di negeri itu.

Noh berkata, program itu diadakan rentetan kemelut terkini yang berlaku dalam PKR membabitkan Naib Presidennya Azmin Ali dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Apa juga masalah yang berlaku dalam PKR bagi kita itu sandiwara mereka. Kita tidak payah campur tangan supaya kita tidak akan terperangkap dengan taktik dan cara mereka.

“Yang penting kita mesti terangkan kepada rakyat bahawa perkara itu berlaku semata-semata kerana nak tarik perhatian rakyat kepada PKR, supaya rakyat tidak lupa PKR.

“Ini kerana rakyat dah mula lupa mereka sebab mereka tidak dapat menunaikan janji kepada rakyat dan bangunkan Selangor,” katanya.

Pada 27 Jun lalu, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak diumumkan sebagai Pengerusi PKR Selangor menggantikan Khalid berkuat kuasa serta merta oleh Presiden parti itu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR.

Note : Apa yang kita nak kata kepada mereka ini. Pejuang atau pengkhianat perjuangan? Dulu mereka ini mendakwa pejuang keadilan dan rakyat..... kini bersekongkol dengan UMNO untuk mengkhianati mandat rakyat. Bukan itu sahaja malah mereka ini mengkhianati mereka yang bersengkang mata berkempen, keluar tenaga dan wang dari poket sendiri bagi kemenangan mereka ini. Tak pernah fikir itu semua ke?

Tuesday, July 6, 2010

UMNO Perbaharui Kontrak APCO

Putrajaya renews controversial APCO contract
By Shazwan Mustafa Kamal
July 06, 2010

KUALA LUMPUR, July 6 — The Najib administration has renewed its contract with APCO Worldwide for another year, despite the firm’s alleged links with Israeli intelligence operatives.

Political foes have made the public relations consultancy’s work for the government a major focus point, as any link with Israelis is a taboo in Muslim majority nations.

It is understood that APCO has hired more local consultants for the new contract, which sources in the Prime Minister’s Department say is not as lucrative as the whopping RM76.8 million paid for the first year from July 15, 2009 to June 4, 2010 in exchange for its public relations services to boost Malaysia’s image internationally.

“The Najib administration has renewed its contract with APCO Worldwide for at least another year,” the government source told The Malaysian Insider.

It is understood approval in principle was given a few weeks ago, with both sides told to keep it confidential due to the opposition uproar over the firm’s links to former Israeli agents.

The source also told The Malaysian Insider that the conditions of the newly-signed contract differed from the deal.

“This time around, the agreement between APCO and Malaysia is more open-ended. Under the new deal, both sides have an option to terminate the agreement at any given time before the contract expires in approximately a year’s time,” said the source.

The Malaysian Insider understands that new APCO officials have also been appointed to oversee the terms and conditions of the newly-inked deal.

“There was general unhappiness on both sides over how the issue of APCO’s appointment had spiralled out of control with the media coverage and both parties were dissatisfied with how the issue was handled on a public relations level.

“This time around, I can say that five new APCO officials have been appointed to oversee this new agreement, and to make sure everything runs smoothly,” he added.

It is understood that one of the new key officials is the former head of external communications at the group CEO’s office of a public utility.

APCO officials based in its Singapore office have declined to comment or confirm the new deal between Prime Minister Datuk Seri Najib Razak’s office and the firm when queried by email and phone calls from The Malaysian Insider.

“It is APCO’s policy not to discuss contracts publicly,” said a company spokesman via email to The Malaysian Insider.

The firm in Singapore is now headed by former managing director Garry Walsh, who is also global account lead for Microsoft, one of APCO’s key clients.

The government’s hiring of APCO’s services dominated the last parliamentary proceedings where Pakatan Rakyat (PR) de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim had accused the global consultancy of having Zionist ties.

Anwar claimed that several prominent Israeli army officers were working as high-ranking APCO officials.

To further illustrate his point, Anwar had linked former Israeli Prime Minister Ehud Barak’s One Israel campaign to Najib’s 1 Malaysia campaign, as “proof” that there was an Israeli conspiracy behind APCO.

APCO had denied its links with One Israel and said that the 1 Malaysia initiative was conceived prior to the company’s appointment.

Najib announced the 1 Malaysia concept when taking office on April 3 last year, pledging to listen to the people and declaring that “the era where the government knows best is over.”

Anwar had during the last parliamenty session, in his speech to debate the royal address questioned why Najib had engaged APCO and his allegations landed him to face the Rights and Privileges Committee after the Dewan Rakyat was not satisfied with the explanation given by the former deputy prime minister.

The committee’s investigation into the Permatang Pauh’s allegations has been postponed indefinitely.

Founded in 1984, APCO Worldwide clients include corporations and governments; industry associations and nonprofit organisations; and seven of the top 10 companies on Fortune’s Global 500. The firm is a majority women-owned business.

Apabila kita ada pengerusi SPR tahap @^%$^

Bodoh tak boleh diajar, cerdik tidak boleh diikut. Itulah bahasa yang mampu kita ucapkan kepada pengerusi SPR ini. Ini juga mencerminkan tahap ketuanya dan juga Perdana Menterinya iaitu perdana menteri kita iaitu ketua UMNo.

Susah sangat ke nak mewajibkan dan mendaftarkan secara automatik semua rakyat Malaysia? Apa yang mereka perlu buat ialah, JPN bagi maklumat peribadi yang terkini kepada SPR dan SPR daftarkan mereka sebagai pengundi. Sebagaimana maklumat dalam IC, disitulah tempat mengundi mereka. Kalau mereka mendaftar sendiri pun SPR akan gunakan maklumat dalam IC juga.

Jika pengundi tak puas hati dengan tempat mengundi kerana telah berpindah, kemaskinikan maklumat di JPN dan tukar alamat. Susah sangat ke nak buat kerja 'cut & paste' ini. Kalau dulu kusangka mereka ini bangang.... kini telah sah mereka ini bangang. Bukan marah tetapi saya sebagai pembayar cukai berhak bersuara terhadap ketidakcekapan jentera kerajaan.

Dalam masa mereka kata orang Melayu enggan mendaftar sehingga ada yang mengatakan setiap seorang Melayu yang mendaftar ada 40 pengundi bukan melayu mendaftar sebagai pengundi baru. Betul atau tidak kita tidak pasti.... Yang pastinya kerajaan perlu menyelesaikan masalah ini.

Sekarang ini pun mendaftar pengundi perlu mengikut alamat dalam kad pengenalan. kalau nak tukar tempat mengundi pun kita perlu kemaskini maklumat dalam kad pengenalan. Jadi apa yang SPR dan JPN cuba buat disini...... Nak buat lawak bodoh ke? Tidak boleh ke kata kepada JPN 'Bagi saya maklumat semua warganegara dan kita akan daftarkan semua rakyat Malaysia yang layak mengundi secara automatik.' Mengundi adalah satu kewajipan bukan pilihan. Begitu duga dengan mendaftar sebagai pengundi.

Malangnya berita sebegini pula yang keluar di akhbar:

Huru-Hara Laksana Sistem Daftar Pengundi Automatik - SPR

Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN

PETALING JAYA: Cadangan pelaksanaan sistem pendaftaran pengundi secara automatik akan menimbulkan huru-hara dan mengganggu kelancaran proses pilihan raya pada hari pengundian.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, adalah mustahil melaksanakan sistem itu kerana maklumat yang dibekalkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kepada suruhanjaya berkenaan tidak dikemaskini.

“Kita ada masalah untuk dapatkan maklumat terkini daripada JPN, kerana waris si mati tidak mengambi sijil kematian daripada JPN.

“Ini menyebabkan maklumat mengenai orang yang telah meninggal dunia tidak dapat dikemaskini dan dibersihkan daripada daftar pemilih yang dikeluarkan oleh SPR. Jadi kami tidak boleh dipersalahkan 100 peratus dalam hal ini,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan yang dikemukakan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menggesa SPR melaksanakan sistem daftar pemilih automatik bagi menggalakkan lebih ramai orang muda mendaftar sebagai pengundi pada PRU13.