Monday, July 5, 2010

Muhyiddin kata Anwar punca perpecahan Melayu

'Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan beberapa tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak akhir-akhir ini merupakan suatu pengkhianatan kepada bangsa kerana ia telah menyebabkan perpecahan di kalangan orang-orang Melayu.'

Perpecahan timbul apabila wujud perbezaan pendapat. Perpecahan timbul apabila ada pihak mendakwa mereka betul dan orang lain salah. Perpecahan timbul apabila semua orang enggan duduk dalam satu jemaah.

Apa pun perpecahan cuba digunakan sebagai bahan kempen bagi menguatkan hujah bahawa orang Melayu dalam keadaan lemah dan perlu pertolongan. Pertolongan inilah yang cuba digambarkan oleh Muhyiddin. Beliau cuba menjadi hero apabila mengatakan beliau boleh tolong orang Melayu yang lemah ini kalau orang Melayu sokong UMNo?

Persoalannya ialah Muhyiddin nak tolong orang Melayu atau UMNo sahaja? Sekiranya berterusan begini sikap pemimpin seperti Muhyiddin ini maka selamanya orang Melayu akan terus berpecah.

Pernahkah orang Melayu fikir bahawa perbezaan pendapat adalah dibenarkan dan perpecahan merugikan. Sekiranya perbezaan pendapat tidak dibenarkan masakan wujud banyak mahzab. Adakah Muhyiddin berfikir hanya dengan UMNo sahaja Melayu boleh berjaya? Bukankan jika kita banyak kumpulan maka kita banyak pandangan dan banyak idea. Bila banyak idea maka lebih banyak pilihan yang kita ada.

Pada pandangan saya apa yang Muhyiddin lakukan hanyalah untuk membuktikan bahawa beliau layak menjadi pengganti Najib. Beliau boleh buat apa yang Najib tak mampu lakukan.

Bukan sokong UMNo yang memberi kekuatan kepada Melayu... tetapi hanya dengan menyokong Islam sahaja Melayu akan berjaya memulihkan kekuatan dan menjadi bangsa yang disegani. Sokong Islam nescaya berjaya di dunia dan berjaya di akhirat.

No comments: