Tuesday, August 31, 2010

Merdeka : Selepas 53 Tahun


Sesuatu yang sepatutnya dibanggakan dan perlu disambut dengan penuh rasa gembiradan megah kini umpama ditelan mati emak diluah mati bapak. Merdeka yang kita capai lebih 53 tahun tidak lebih menjadi alat untuk mengkayakan sekelompok pemerintah elit dan segelintir penyokongnya lalu meninggalkan rakyat di dalam keadaan yang amat tertekan hingga ada yang terpinggir, merempat dan papa kedana di negara sendiri.

Demi untuk mengekalkan tahap kehidupan mewah mereka, kelompok elit ini akan berbuat apa sahaja demi terus mengekalkan hidup umpama maharaja di negara ini. Mereka membolot segala yang ada dan membelanjakan seluruh khazanah hasil mashul negara tanpa memikirkan nasib orang Melayu yang kononnya diperjuangkan dan membiarkan anak bangsa yang lain umpama anak ayam kehilangan ibu.

Namun adakah rakyat umum khususnya orang Melayu sedar akan ini semua. Ataupun mereka masih diulit mimpi perkauman yang masih menebal. Masih menggangap tuan kepada tanah walaupun hakikatnya hampir segalanya telah tergadai.

Apa yang tidak dijual oleh UMNo? Dari hasil bumi, kontrak kerajaan, tanah rezab melayu, telaga simpanan minyak, tanah KTM, warganegara dan hampir segalanya termasuklah kerusi yang majoritinya adalah orang Melayu. Kalau tidak percaya lihatlah kerusi yang ditandingi oleh persiden MIC dan MCA. Yang terbaru kerusi Hulu Selangor. Sedangkan semua orang faham negara demokrasi memberi keutamaan kumpulan majoriti. Kumpulan majoriti akan menentukan siapakah yang patut menjadi calon dan bertanding.

Disebabkan tekanan oleh arus perubahan yang semakin bertiup kencang, kini pemimpin Melayu cuba bertahan dengan meniupkan api perkauman dan keagamaan bagi menjamin sedikit kuasa yang berbaki. Mereka melihat sekiranya mereka tidak mendapat memerintah negara mereka akan memastikan orang lain pun tidak akan dapat. Akibatnya menang jadi abu dan kalah menjadi arang.

Islam yang sepatutnya menjadi alat perpaduan kini menjadi bahan eksklusif orang Melayu dan menafikan hak bangsa lain untuk mendekati dan memahaminya. Islam yang sepatutnya menjadi rahmat untuk sekelian alam kini dijadikan senjata politik murahan yang amat mengaibkan. Al-Quraan yang diturunkan di bulan Ramadhan sepatutnya menjadi panduan seluruh manusia kini dihalang dari didekati oleh orang bukan Islam. Seolah oleh Islam ini Melayu dan orang lain tak boleh menghampirinya. Institusi masjid yang sepatutnya pusat kegiatan masyarakat kini menjadi benting pemisah antara Islam dan bukan Islam.

Ke mana arah negara ini hendak dibawa oleh pemimpin UMNo ini? Adakah mereka ingin menjadikan masyarakat tidak tenteram dan tertekan agar rakyat marhain terus menangis dan merintih memohon pertolongan daripada UMNo. Dan ketika itu, pimpinan UMNo akan berlagak umpama superhero dan bukan setakat itu mereka akan memastikan rakyat jelata ini sebagai pekakas bagi mencapai kemenangan dalam pilihanraya ke 13 yang akan datang.

Kini pemimpin UMNo semangkin tertekan, mereka umpama orang yang sedang hanyut dan lemas lalu menggunakan segala avenue dan peluang yang ada demi mendapat sokongan daripada rakyat demi survival politik. Hatta sanggup 'membakar' rumah rakyat dan berlakon menjadi ahli bomba demi menunjukkan bahawa merekalah hero yang sebenarnya.

Mereka marah orang bukan Islam masuk masjid..... tetapi tidak pernah peduli orang Islam yang tidak pernah dan tidak berminat masuk masjid. Mereka marah orang bukan Islam bercakap tentang Islam tetapi mereka tidak kisah dengan orang Islam yang terperangkap di dalam lembah kejahilan. Kini mereka membina jurang yang amat besar antara orang Melayu bagi memastikan orang bukan Islam jauh terpisah dengan Islam.

Mereka tidak peduli semua itu. Membujur lalu melintang patah. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.

Kemanakah arah kita hendak di bawa selepas ini? Adakah kita ingin terus terperangkap di dalam politik perkauman dan kebencian? Ingatlah janji Allah sekiranya kita gagal melaksanakan misi Islam..... ingatlah Allah akan memilih satu bangsa lain bagi mengalas tanggungjawab itu. Ketika itu berlaku jangan kita menyesal...... kerana semuanya telah terlambat.

Peluang masih ada. PAS menyediakan ruang dan wadah perjuangan kepada seluruh umat di negara ini. Islam yang diperjuangkan tidak pernah zalim terhadap semua. Tidak zalim terhadap tuan tanah. Dan tidak pernah menzalimi tetamu yang datang. Muhajirin ataupun ansar mereka ada hak mereka masing-masing. Jangan kita ditipu dengan politik perkauman sempit yang bakal menghancurkan negara dan harapan anak cucu kita.

Selamat menyambut kemerdekaan. Semoga masa depan kita lebih gilang-gemilang bersama Islam. Ameeen....

Monday, August 30, 2010

Merdeka: Selangor lancar kempen anti zina

Kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan kempen anti zina sempena sambutan program kemerdekaan dan penghayatan Ramadhan.

Program tersebut anjuran Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor dengan kerjasama Pejabat Daerah, Jabatan Agama Islam Selangor, Lembaga Zakat Selangor, PKNS, Masjid Negeri Selangor, MBSA, MBPJ, MPSJ, PDRM, RELA, Yayasan Amal Selangor, Tourism Selangor, KDEB, SSIC.

Pelancaran tersebut merupakan salah satu aktiviti menarik yang disusun untuk program yang bermula jam 3.30 petang Isnin dan berakhir pada jam 7.30 pagi Selasa.

Program tersebut akan dirasmikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Antara aktiviti yang akan menarik minat golongan muda ialah konsert amal merdeka, laungan kemerdekaan dan ekpedisi dakwah iaitu ‘Konvoi Anti Zina Malam Merdeka’ yang akan dilepaskan oleh menteri besar sendiri.

Pihak MTD dan JPD Dusun Tua juga tidak ketinggalan dalam gerakkan anti zina dan dakwah ini. Peringatan untuk anak muda supaya tidak terjebak dalam kancah zina dan maksiat. Jadikan Ramadhan ini sebagai titik tolak dalam menjauhi perbuatan mungkar ini.

Tak Salah Bukan Islam Masuk Masjid/Surau

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan tindakan anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral, Ahad lepas.

Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Parlimen tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.

"Tidak salah orang bukan Islam termasuk wanita masuk dalam masjid sama ada untuk berucap atau apa sahaja asalkan berpakaian sopan bagi bukan Islam dan menutup aurat bagi orang Islam," katanya kepada pemberita, sebagaimana dipetik Bernama.

Beliau diminta mengulas tindakan Anggota Parlimen DAP itu yang menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat utama surau terbabit.

Tindakan Teo itu menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan Majlis Agama Islam Selangor menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pengurusan surau tersebut.

Mengulas lanjut, Nik Abdul Aziz berkata tindakan itu dilihat ganjil kerana umat Islam sekarang terlalu jahil dengan agama sedangkan pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. baginda mengajak orang kafir Quraisy tinggal di dalam masjid termasuk dibenar tidur, makan dan minum.

"Cuma apa yang dilihat (benda) itu sebagai pelik di zaman ini menunjukkan umat Islam kita terlalu jahil dengan agama," katanya.

Monday, August 23, 2010

Pengarah JPD / MTD di Taman Perkasa

Ramadhan yang menjelang menjanjikan peluang beribadat dan pahala yang berganda. Namun ianya tidak dirasai oleh kebanyakkan orang. Merka lebih teruja dengan jualan murah dan bazar Ramadhan.

Sempena Ramadhan Al-Mubarak Pengaraj JPD yang juga merangkap Pengarah MTD mengambil peluang untuk bersama penduduk Taman Perkasa memberikan tazkirah dan seterusnya berkongsi pengalaman. Beliau memberikan peri pentingnya Islam dalam kehidupan. Terutama sekali didalam suasana masyarakat yang semangkon gawat dengan masalah sosial.

Hanya dengan islam sahaja mampu menyelesaikan.... bukannya Insyallah tetapi kita yakin ianya mampu mengubati penyakit masyarakat yang kian kritikal.

Diakhir program, beliau juga menyampaikan bantuan kepada penduduk yang kurang bernasib baik.








Saturday, August 21, 2010

Berbuka Puasa Bersama DYMM Sultan Selangor

Kehadiran DYMM Sultan Selangor mencemar duli bertemu rakyat jelata di Masjid Pekan Bt 14 disambut meriah oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Saksikan sekitar program di http://www.flickr.com/photos/jmatekali/





Munaqashah Ucapan Presiden peringkat Hulu Langat

Program bersama Timbalan Presiden YB YB UstazNasharuddin Mat Isa dan Ustaz Mohd Firdaus Jaafar bagi menterjemahkan ucapan dasar presiden di muktamar baru-baru ini.... Islam adil untuk semua. Nur Lembah Pangsun menjadi tempat pilihan kali ini.

Ia adalah untuk merialisasikan hasrat Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang agar semua lapisan masyarakat dapat bersama dengan Islam yang dibawa oleh PAS kerana 'Islam Adil Untuk Semua" . Tema ini telah dijadikan sebagai topik utama Ucapan Dasarnya dalam muktamar PAS ke 56 baru-baru ini.

Tema ini dipilih kerana mereka yang adil lebih dekat dengan taqwa dan PAS mahu keadilan diberikan kepada semua tanpa mengira siapa mereka, kata Abdul Hadi dalam ucapan dasar yang diberikan beliau dalam muktamar yang diadakan di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) hari ini. Keadilan untuk Melayu UMNo, Cina MCA, India MIC, Cina Gerakan dan tidak ketinggalan mereka yang menjadi penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat.

PAS akan terus memperjuangkan keadilan untuk semua yang diberikan oleh Islam tanpa mengira apa-apa batasan. UMNo walaupun berkata akan memperjuangkan Melayu dan Islam tetapi pada hakikatnya sedang menghancurkan Islam dan Melayu juga. Ini kerana tindak tanduk UMNo jelas merosak Melayu dan Islam, katanya.

Tindakan UMNo merosakkan negara dan juga kaum lain di negara ini. Kehilangan blok minyak merugikan negara ratusan bilion ringgit. UMNo juga terperangkap dalam retorik perkauman yang jauhkan kaum lain di negara ini. Inilah kecelaruan yang di bawa UMNo.

Apa yang nyata umat Islam terus ketinggalan dan berlakunya hakisan kesedaran dan kuasa, adalah hasil dari kesilapan kepimpinan negara kita yang tidak memperkasakan kepimpinan umat Islam dengan hanya melahirkan pemimpin yang tidak bermoral ddengan politik wang tanpa kewibawaan.

UMNo telah mengakibatkan malapetaka dahsyat berlaku terhadap masyarakat Melayu Islam apabila menanam kefahaman salah kepada mereka. UMNo mendabik dada kononnya merekalah penyelamat Melayu dan Islam. Hakikatnya mereka telah gagal dan mengundang padah dan malapetaka. Imej Islam begitu murni telah tercalar akibat dari kegagalan dan ketidakadilan UMNo.

Umno juga katanya menjadikan ekonomi negara sebagai modal pusingan di kalangan pemimpin mereka sahaja. Blok minyak katanya diserah begitu sahaja kepada negara lain sebagai pertukaran.

Sehubungan itu PAS wajib mentafsirkan Islam secara sempurna dan lengkap bagi membebaskan khurafat pemikiran yang dibawa UMNo. Keadaan ini mewajibkan kita berusaha sedaya upaya supaya orang Melayu yang majoritinya Islam ini dibebaskan daripada kepompong yang rosak itu. Di atas kegagalan UMNo ini maka kita perlu mendampingi kelompok orang Melayu supaya mereka dapat bersama dengan PAS untuk diberikan kefahaman Islam yang sebenar.

Seterusnya menyiapkan landasan yang kukuh bagi PAS untuk mengambil alih peranan mentadbir negara dari UMNo. Apa yang tinggal hanyalah sokongan orang Melayu sahaja. Sekiranya ianya menjadi kenyataan maka negara Insyallah akan melihat pembaharuan yang menyeluruh dalam sistem pentadbiran negara.






















Friday, August 20, 2010

Ahlan Wa Sahlal Wal Marhaban kepada DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah

MTD Dusun Tua Mengalu-alukan kunjungan ke bawah DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah ke DUN Dusun mudah-mudahan Allah merahmati dan sentiasa berada didalam keimanan dan ketakwaan.

Seluruh rakyat di DUN Dusun Tua dan sekitar diseru untuk hadir bagi menyambut kunjungan kebawah Duli Sultan. Kecik tapak tangan nyiru kami tadahkan.

Monday, August 16, 2010

Berbuka Puasa Bersama DYM Sultan Selangor



Rahmat bulan Puasa.... Masjid batu 14 kini berwajah baru bagi menanti ketibaan DYM Sultan Selangor. Semoga keceriaan wajah baru ini akan mendorong orang mengimarahkan mercu tanda Pekan Hulu Langat ini.

DYM Sultan Selangor akan mencemar duli bagi menghadiri majlis berbuka puasa dan solat tarawih pada Jumaat ini 20 Ogos 2010 bermula 5.30 petang. Semua dijemput hadir.

Friday, August 13, 2010

Cerdik Tidak Boleh Diikut, Bodoh Tidak Boleh Diajar


Sempena Ramadhan Al-Mubarak ini marilah kita renungkan semula situasi masyarakat kita yang semakin gawat. Yang terbaru, walaupun bukanlah isu baru ialah masalah buang dan bunuh bayi. Kini kerajaan mahu kelasifikasikan kes ini dibawah Seksyen 302 dan 304 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati mandatori.

Bukan masalah buang atau bunuh bayi tetapi ini sebenarnya adalah masalah lain yang tidak kurang pentingnya. Kebanyakkan kes ini adalah berpunca dari kes zina. Malangnya kerajaan gagal melihat zina sebagai punca buang bayi, lalu kerajaan menghukum kesan sedangkan punca tidak dihapuskan. Sampai bila pun lalang terus tumbuh bila hanya disabit pokoknya.... kenapa tidak dicabut bersama akarnya?

Ini adalah kerana kerajaan di bawah pimpinan Presiden UMNo tidak kisah pasal zina. Mungkin beliau tidak merasakan zina iti satu kesalahan.

Inilah juga yang mereka cuba capai dari pendidikan seks disekolah. Bukan untuk menghindarkan zina tetapi untuk melakukan zina yang selamat. Selamat menurut erti kata tidak menggandung. Pada mereka kalau orang berzina dan tidak mengandung maka kes buang bayi dapat dikurangkan.

Inilah bila pemimpin tidak mengambil Islam sebagai panduan hidup. Mereka mengambil Islam sebagai ritual semata-mata. Sedangkan banyak lagi tentang Islam yang kita tidak dedahkan kepada masyarakat. Ini adalah kerana ke engganan mereka ataupun mereka melihat cenderung dengan Islam akan menyusahkan mereka.

Ini adalah kerana UMNo melihat orang yang cenderung kepada Islam ini lambat-laun akan menyokong PAS. Akibatnya mereka membuat keputusan..... biar orang Melayu jahil tentang agamanya sendiri.... Asalkan mereka terus memerintah.

Sampai bila kita terus dibebalkan oleh mereka yang benci kepada Islam ini. Mungkin mereka merasakan mereka benci terhadap PAS..... tetapi sebenarnya mereka benci terhadap Islam. Oleh itu marilah kita sama-sama tingkatkan ilmu Islam kita agar kita tidak terus disesatkan ataupun menyesesatkan orang lain.

Di bulan yang mulia ini banyak program tazkirah diadakan disana-sini...... Luangkanlah sedikit masa untuk mendengar dengan dengan hati yang terbuka. Mudah-mudahan nur Islam akan menerangi kita. Semoga Allah memberi kekuatan dan petunjuk kepada kita hamba-Nya yang lemah ini.

Selamat berpuasa.

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Kareem

Saya mohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang saya mengendalikan ruangan ini terdapat salah dan silap. Sempena Ramadhan yang penuh keberkatan ini marilah kita sama-sama meningkat amalan solleh. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini adalah yang terbaik bagi kita.

Marilah kita sama-sama merenung kembali sejauh mana sumbangan kita terhadap Islam. Adakah kita sudah melaksanakan amanah yang ditanggungkan diatas pundak kita. Semoga Ramadhan yang menjelang akan memberikan kita kekuatan untuk terus berjuang mempertabatkan Islam di muka bumi ini.

Jadikan Badar Al-Kubra sebagai pembakar semangat kita. Selamat terus berjuang sehingga kita dijemput untuk menghadap Allah SWA. Semoga kita kembali dengan bangga kerana telah berjuang untuk Islam dan kembali sebagai pejuang Islam.

Monday, August 9, 2010

Usrah Khas MTD Hari ini 9/8/2010

Semua teman-teman pendokong dan penyokong PAS MTD Dusun Tua, pimpinan dan ahli PAS dijemput hadir ke Usrah Khas pada malam ini 9 August 2010, 9.30 malam di Markaz Bt 17. Sila maklumkan kepada semua. Jamuan istimewa disediakan oleh penganjur.

Saturday, August 7, 2010

Perbezaan Pandangan : Satu Penyelesaian

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyifatkan kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai hak dan keistimewaan orang Melayu serta Bumiputera yang perlu dikekalkan termasuk dasar diskaun dalam pemilikan hartanah adalah sebagai sesuatu yang amat tepat. Namun dalam masa yang sama beliau mempertikaikan perbezaan pendapat antara PAS dan PKR dan juga DAP.

Saya melihat penyelesaian untuk perbezaan ini adalah amat mudah. Suara politik adalah suara majoriti. Sekiranya suara majoriti yang mengeluarkan kenyataan maka ianya diterima sebagai suara pemutus. Malangnya oleh kerena kerusi PAS dalam perlimen amat rendah maka suara dan kenyataan pemimpin PAS bukan dilihat sebagai suara pemutus.

Untuk membolehkan suara PAS didengar oleh semua maka sokongan terhadap PAS perlu mengatasi semua parti. Ini semua hanya dapat dicapai dengan semua calon PAS diperingkat DUN dan Parlimen menang. Kemenangan ini hanya dapat dicapai dengan sokongan kuat orang Melayu kepada PAS. Ini adalah kerana PAS bertanding di kawasan yang majoritinya pengundi Melayu. Sekiranya PAS gagal bermakna suara Melayu akan berkurangan. Lebih malang sekiranya Melayu menyokong UMNo dan UMNo menjadi pembangkang.

Kenyataan ini perlu dilihat secara lebih serius oleh masyarakat Melayu.... Sama ada untuk menyokong PAS atau UMNo yang bakal menjadi pembangkang selepas PRU13 nanti. Pilihan ditangan kita dan suara kita yang menentukan.

Semoga ini dapat memberi sedikit kesedaran kepada rakyat di negara ini. Insyallah.

Forum Perdana MTAZ







Amanat YB Ust Nasharudin