Saturday, August 21, 2010

Munaqashah Ucapan Presiden peringkat Hulu Langat

Program bersama Timbalan Presiden YB YB UstazNasharuddin Mat Isa dan Ustaz Mohd Firdaus Jaafar bagi menterjemahkan ucapan dasar presiden di muktamar baru-baru ini.... Islam adil untuk semua. Nur Lembah Pangsun menjadi tempat pilihan kali ini.

Ia adalah untuk merialisasikan hasrat Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang agar semua lapisan masyarakat dapat bersama dengan Islam yang dibawa oleh PAS kerana 'Islam Adil Untuk Semua" . Tema ini telah dijadikan sebagai topik utama Ucapan Dasarnya dalam muktamar PAS ke 56 baru-baru ini.

Tema ini dipilih kerana mereka yang adil lebih dekat dengan taqwa dan PAS mahu keadilan diberikan kepada semua tanpa mengira siapa mereka, kata Abdul Hadi dalam ucapan dasar yang diberikan beliau dalam muktamar yang diadakan di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) hari ini. Keadilan untuk Melayu UMNo, Cina MCA, India MIC, Cina Gerakan dan tidak ketinggalan mereka yang menjadi penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat.

PAS akan terus memperjuangkan keadilan untuk semua yang diberikan oleh Islam tanpa mengira apa-apa batasan. UMNo walaupun berkata akan memperjuangkan Melayu dan Islam tetapi pada hakikatnya sedang menghancurkan Islam dan Melayu juga. Ini kerana tindak tanduk UMNo jelas merosak Melayu dan Islam, katanya.

Tindakan UMNo merosakkan negara dan juga kaum lain di negara ini. Kehilangan blok minyak merugikan negara ratusan bilion ringgit. UMNo juga terperangkap dalam retorik perkauman yang jauhkan kaum lain di negara ini. Inilah kecelaruan yang di bawa UMNo.

Apa yang nyata umat Islam terus ketinggalan dan berlakunya hakisan kesedaran dan kuasa, adalah hasil dari kesilapan kepimpinan negara kita yang tidak memperkasakan kepimpinan umat Islam dengan hanya melahirkan pemimpin yang tidak bermoral ddengan politik wang tanpa kewibawaan.

UMNo telah mengakibatkan malapetaka dahsyat berlaku terhadap masyarakat Melayu Islam apabila menanam kefahaman salah kepada mereka. UMNo mendabik dada kononnya merekalah penyelamat Melayu dan Islam. Hakikatnya mereka telah gagal dan mengundang padah dan malapetaka. Imej Islam begitu murni telah tercalar akibat dari kegagalan dan ketidakadilan UMNo.

Umno juga katanya menjadikan ekonomi negara sebagai modal pusingan di kalangan pemimpin mereka sahaja. Blok minyak katanya diserah begitu sahaja kepada negara lain sebagai pertukaran.

Sehubungan itu PAS wajib mentafsirkan Islam secara sempurna dan lengkap bagi membebaskan khurafat pemikiran yang dibawa UMNo. Keadaan ini mewajibkan kita berusaha sedaya upaya supaya orang Melayu yang majoritinya Islam ini dibebaskan daripada kepompong yang rosak itu. Di atas kegagalan UMNo ini maka kita perlu mendampingi kelompok orang Melayu supaya mereka dapat bersama dengan PAS untuk diberikan kefahaman Islam yang sebenar.

Seterusnya menyiapkan landasan yang kukuh bagi PAS untuk mengambil alih peranan mentadbir negara dari UMNo. Apa yang tinggal hanyalah sokongan orang Melayu sahaja. Sekiranya ianya menjadi kenyataan maka negara Insyallah akan melihat pembaharuan yang menyeluruh dalam sistem pentadbiran negara.






















No comments: